Cempedak Goreng versus Pisang Goreng

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cempedak Goreng versus Pisang Goreng / Allhamdulillah, syukur kelmarin mak call dia nak pos buah cempedak dengan bas. Pagi lagi mak saya call masa kat ofis. Duk sembang dengan sahabat, kat sana baru musim ke? hehehe... ye la kat Kedah dah habis musim cempedak. Ntah la, saya rasa kat kebun mak ayah saya tu lambat kot berbuah kot! sebab kalau musim buah dokong ke, kat tempat lain dah habis kat kebun mak ayah saya baru lum masak lagi. Mak ayah saya kata teringat kat anak cucu. Nak pos bas pagi tapi bas pancaran matahari yang selalu mak pos barang kat saya tak de trip pagi. Malam baru ada. Kena tunggu malam la, nanti sampai Kedai kat tempat saya dalam 4.30 pagi. Ok tak apa la,,,, nak pos dengan bas mutiara driver bas nak  RM30 kalau bas pancaran biasanya RM10 je mak saya bagi.... semoga Allah sentiasa murahkan rezeki mak ayah saya dan kurniakan syurga pada mereka. 


Nak dijadikan cerita kelmarin tolong ajarkan sahabat buat analisis tesisnya, ada sahabat lain bawa pisang dan kerepek pisang dari kebunnya juga. 


Sahabat ni terus bagi bagi, saya kata nanti saya bayar ye. Tak apa la, biar dia yang bayarkan sebab saya dah ajarkan dia buat analisis.... hehehe... Subhanallah... Murahkan rezeki sahabat-sahabat saya. 


Dah tunggu bas sampai dalam pukul 5.15 pagi. Balik rumah terus buka cempedak. Satu tupperware mak saya hantar siap bagi tepung beras lagi... hehehe.... banyak rasanya dah lepas goreng tu boleh lagi 2, 3 kali goreng... 


Pagi tu apa lagi kerje menggoreng la saya. Saya goreng guna butter dan tambah dengan minyak. Saya guna 2 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum, secubit garam, sedikit serbuk kunyit, dan sebiji telur. Berapa harga cempedak boleh check SINI


Siap! dapat dua menu cempedak dan pisang goreng
Allhamdulillah.... terima kasih Ya Rabb


2 comments:

  1. Sedapnya buat sendiri kan makan banyak pun xpe hihihihi

    ReplyDelete
  2. sedapp buat sendiri ni.lama dah tak makan ni

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.