Inspire
Inspire Jogging dengan Alam
Allhamdillah. Inspire Jogging dengan alam, rentetan entry lama. Kalau dalam entry di bawah ni saya kurus masa Nur Jannah 6 bulan, kini Nur Jannah hampir 3 tahun 6 bulan, saya pun dah membesar dengan jayanya. Hari ni sempat saya p mengurut, kata tukang urut mana tak besarnya, duk saja. Masak makan tidur... Hehehe. Kalau dulu tak pa la saya keje. Macam tau tau ja rutin saya... ☺️🤣
Apa pun... Allhamdulillah, syukur sejak sebulan ni saya dapat walking not jogging again bersama Nur Jannah. Jadi la labu... urat banyak simpul, keras mengeras, tak excersize, kang tak bangun saya jadinya. Apa pun jom baca entry lama 👇🏻 apa beza saya dengan sekarang di sebalik walking n jogging...
Allhamdulillah.... excited tiap pagi memang bergegas la keluar pergi ofis hantar anak sekolah awal-awal.... sebab kat sekolah kakak kalau hampir 7.30 akan sesak....
Semalam yang indah, sebab tak makan nasi seharian.... sempat pergi jogging! dah seminggu tak jongging, minggu lepas pun hanya sempat jogging sekali sahaja.
Cuaca yang sangat baik. Kelmarin, Selasa kenyakan pelajar tak ada kelas, so ramai la kat pusat sukan. Tak lah ralat sangat seseorang jogging kat jalan.... kalau tak trek ramai dan lapang. Saya lebih suka jogging pusing pusat sukan, padang golf dan inasis pelajar sampai semula ke pusat sukan. Satu pusingan cukup la tuk saya yang dekeh-dekah ni.... hehehe.... itu pun dah basah berpeluh. Saya salut tengok staf perempuan yang boleh jogging pusing UUM.... tak tahu la berapa kilometer. UUM ni besar, tapi dalam banyak universiti awam di Malaysia, UPM paling luas kot. Luas UUM 107 hektar. Itu luas, kalau ikut jalan raya utama saya tak pasti berapa kilometer.
Natijahnya, jogging bukan untuk saya kuruskan badan, cuma untuk kekalkan kesihatan dan stamina. Pengambilan makanan yang minumum bak kata baginda Rasulullah saw, "makan sebelum lapar, berhenti sebelum keyang" juga yang dapat membantu mengurangkan berat badan.
Selepas bersalin, dan kini baby Jannah hampir masuk 6 bulan, saya tak ambil apa-apa supplement bersalin cuma ada minum akar kayu sahaja. Itu pun hanya beberapa kali semasa pantang dan beberapa kali masa baby Jannah usia 4 bulan. Lepas tu terus stop hingga sekarang. Ramai yang tegur kurus. "Dah kurus nak jogging lagi"! Ada yang cakap "patut la kak sheila kurus...." bukan sebab apa, sebab stamina ibu yang dah berumur 37 tahun ni, banyak urat saraf dah putus, terpeleot.... terpaksa jua gagahi tuk jogging. Saya tak la kurus sangat! BMI cukup makan saja!
Stop kenapa ambil ubatan tradisional?
Sebab saya ni pemalas nak amalkan akar kayu dan ubatan traditional. Sekali dua saya minum lepas tu saya malas nak amalkan... hehehe... senang sangat kan reason. kekeke.... jangan tiru saya!
Allhamdulillah.... dengan jogging saya rasa badan saya cergas.... yang penting, semasa jogging perkara utama yang saya buat semasa memulakan langkah
1. bagi salam pada tumbuhan, rumput, pokok sekeliling yang saya lalu
2. istigfar
3. zikir
4. bersyukur
sehinggalah saya sampai semula ke pusat sukan. Dah habit saya bila lalu dekat tumbuhan, saya akan bagi salam sebab mereka ni juga makhluk Allah yang "tak pernah berhenti berzikir, cuma kita sahaja yang tak faham zikir mereka"..... bukan saya nak cakap yang saya ni kuat zikir, ke laut juga saya ni cuma bila faham tentang makhluk Allah selain manusia rasa hinanya kita berbanding mereka....
------->>>> Rahsia Wanita Paling Tua di Malaysia, apa dia amalkan <<<<<<<------
Itu la inspire saya dengan jogging dan alam.
Yang membezakannya, sekarang baju dah size L dan XL. Kalau dulu size M ja... Muahahaha... Syabas betey... Apa pun walking ke jongging ke tetap kena buat as a routine in my life. Ye la urat orang pompuan tak sama macam buat orang laki. Badan saya ni jenis kena selalu excercise walaupun semakin membesar pun nak kena buat juga. Dan kena pergi berurut. Kalau tak teruk saya tak boleh nak bangun.
Uols, apa uols buat ye kalau sakit urat macam saya ni... Jom kongsi dengan saya petua or pemakanan tang uols amalkan...
SUBHANALLAH BERPAGI BERSAMA ALAM SEKITAR SEGAR INDAH...SALAM PADA TUMBUHN AKN KMBALI KPD KITA
ReplyDeleteBetul..setiap makhluk berzikir dengan cara masing-masing kan kak...kalau kita berkomunikasi dengan alam...tumbuhan,haiwan tidak salah...
ReplyDeletecara sis sheila kongsi memang betul.. tq ya
ReplyDeletebetul tu sgt setujuuu. :) terima kasih kongsi :)
ReplyDeletefollow sini #1473
jenjalan dan follow balik okay :D
Ya betul tumbuhan2 Dan alam x pernah berhenti berzikir. Dulu mama pun selalu tegur diorg tp dh lama x buat. Bolehlah mama mulakan balik
ReplyDeletebestnya.... lagilah bila awal pagi dan tak ramai orang lagi
ReplyDeleteA aa.. awal pg org belum ramai masuk ofis ok la...
Deletesaya suka minum akar kayu..
ReplyDeletemmg nak cari ubat periuk, tapi itulah!
STILL tak jumpa nak beli kat mana. huhuhuhu
Ubat periuk ye.. ni akak lum pernah dengar. Minum air akar kayu bgs ni. Thanks for sharing.
Deletewah bestnya joging, iena suka joging tapi kalau sorang sorang tak berani..kene ada kawan hehe..tapi tak ramai kawan yang free nak temankan hehe..sekali sekala iena g hiking ngan kawan2.. biasa kalau sakit2 urat lepas hiking tu iena ada sapu gel doktor bagi..biasa sakit urat kalau iena hiking tempat yg mencabar..jarang kene sakit urat..tp bila kene terus g amek ubat kat doktor :D
ReplyDeleteWah bgsnya eina... Bgs gk xtvt hiking tu.. hilang stress. Ada kala ubat sakit urat gk tu. Bila slu hiking badan dh mula fit sakit urat pun kurang. Nice sharing
Deletebagus sheila..saya pun dah lama x bermesra dgn alam..
ReplyDeletesibuk dgn kerja harian..skali2 nk berjoging tp xde teman pulak
byk kan alasan saya ^_^
Bestnya dapat joging atau briwsk walk macam nie. Kak Sue plan juga nak buat tapi tak terbuat-buat.. hehehe.. InsyaAllah nanti boleh amalkan berjoging dengan alam nie, badan sihat pahala pun dapat.. tq for sharing tau..
ReplyDeleteseronoknya spend masa dekat natue ni kan :)
ReplyDelete