Inspire Jogging dengan Alam

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... excited tiap pagi memang bergegas la keluar pergi ofis hantar anak sekolah awal-awal.... sebab kat sekolah kakak kalau hampir 7.30 akan sesak.... 

Semalam yang indah, sebab tak makan nasi seharian.... sempat pergi jogging! dah seminggu tak jongging, minggu lepas pun hanya sempat jogging sekali sahaja. 


Cuaca yang sangat baik. Kelmarin, Selasa kenyakan pelajar tak ada kelas, so ramai la kat pusat sukan. Tak lah ralat sangat seseorang jogging kat jalan.... kalau tak trek ramai dan lapang. Saya lebih suka jogging pusing pusat sukan, padang golf dan inasis pelajar sampai semula ke pusat sukan. Satu pusingan cukup la tuk saya yang dekeh-dekah ni.... hehehe.... itu pun dah basah berpeluh. Saya salut tengok staf perempuan yang boleh jogging pusing UUM.... tak tahu la berapa kilometer. UUM ni besar, tapi dalam banyak universiti awam di Malaysia, UPM paling luas kot. Luas UUM 107 hektar. Itu luas, kalau ikiut jalan raya utama saya tak pasti berapa kilometer. 


Natijahnya, jogging bukan untuk saya kuruskan badan, cuma untuk kekalkan kesihatan dan stamina. Pengambilan makanan yang minumum bak kata baginda Rasulullah saw, "makan sebelum lapar, berhenti sebelum keyang" juga yang dapat membantu mengurangkan berat badan. 

Selepas bersalin, dan kini baby Jannah hampir masuk 6 bulan, saya tak ambil apa-apa supplement bersalin cuma ada minum akar kayu sahaja. Itu pun hanya beberapa kali semasa pantang dan beberapa kali masa baby Jannah usia 4 bulan. Lepas tu terus stop hingga sekarang. Ramai yang tegur kurus. "Dah kurus nak jogging lagi"! Ada yang cakap "patut la kak sheila kurus...." bukan sebab apa, sebab stamina ibu yang dah berumur 37 tahun ni, banyak urat saraf dah putuh, terpeleot.... terpaksa jua gagahi tuk jogging. Saya tak la kurus sangat! BMI cukup makan saja! 


Stop kenapa ambil ubatan tradisional?
Sebab saya ni pemalas nak amalkan akar kayu dan ubatan traditional. Sekali dua saya minum lepas tu saya malas nak amalkan... hehehe... senang sangat kan reason. kekeke.... jangan tiru saya! 

Allhamdulillah.... dengan jogging saya rasa badan saya cergas.... yang penting, semasa jogging perkara utama yang saya buat semasa memulakan langkah

1. bagi salam pada tumbuhan, rumput, pokok sekeliling yang saya lalu
2. istigfar
3. zikir
4. bersyukur

sehinggalah saya sampai semula ke pusat sukan. Dah habit saya bila lalu dekat tumbuhan, saya akan bagi salam sebab mereka ni juga makhluk Allah yang "tak pernah berhenti berzikir, cuma kita sahaja yang tak faham zikir mereka"..... bukan saya nak cakap yang saya ni kuat zikir, ke laut juga saya ni cuma bila faham tentang makhluk Allah selain manusia rasa hinanya kita berbanding mereka....


Itu la inspire saya dengan jogging dan alam.


5 comments:

  1. SUBHANALLAH BERPAGI BERSAMA ALAM SEKITAR SEGAR INDAH...SALAM PADA TUMBUHN AKN KMBALI KPD KITA

    ReplyDelete
  2. Betul..setiap makhluk berzikir dengan cara masing-masing kan kak...kalau kita berkomunikasi dengan alam...tumbuhan,haiwan tidak salah...

    ReplyDelete
  3. cara sis sheila kongsi memang betul.. tq ya

    ReplyDelete
  4. betul tu sgt setujuuu. :) terima kasih kongsi :)
    follow sini #1473
    jenjalan dan follow balik okay :D

    ReplyDelete
  5. Ya betul tumbuhan2 Dan alam x pernah berhenti berzikir. Dulu mama pun selalu tegur diorg tp dh lama x buat. Bolehlah mama mulakan balik

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.