Pertama Kali Beli Perabot di Lazada


 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pertama Kali Beli Perabot di Lazada / Allhamdulillah, Syukur pertama kali saya beli perabot di Lazada. Bukan perabot besar pun cuma meja study. Saya beli dua set. Ni pasal gara-gara nak mengemas bilik ofis nak sambut tahun baharu la katanyanya. Nak ada mood study and keje lebih produktif, akhir tahun tu saya mengemas la, bilik ofis dan ubah susun atur kat bilik tu... Sekali saya tolak meja ofis saya, prappppp.... uh uh uh.... terus patah.... Saya report kat staf ofis, katanya tak ada peruntukan nak beli. So, masuk tahun baharu saya pun order kat Lazada.


Jenuh ambil tali ukur duk ukur ukuran meja masa nak beli tu. Memandangkan mejanya tak la berapa panjang berbanding meja ofis saya yang lama, saya membuat kepurusan untuk beli dua set. Allhamdulillah cepat sungguh sampainya.


Saya memang cari yang dekat dengan tempat saya. Kedainya kat Butterworth. Dalam dua hari meja baharu dah sampai sempena tahun baharu juga. Allhamdulillah syukur. Uols kalau nak check harganya boleh klik pada gambar di bawah ni....



Dalam dua hari saya guna meja baharu ini. Staf ofis ceroboh masuk bilik saya mereka hantar meja yang sedia ada kat bilik saya ganti meja saya yang patah. Allahuakhbar. Allah Ya Razzaq Ya Syakur. Tapi bila ditengok meja yang mereka hantar tu, melengkung, saya naik risau kang patah pula kalau saya guna!


Mereka kata tak apa kalau patah lagi, report dan mereka akan beli meja baharu! Aduihhh... agaknya mentang-mentang la tahun baharu dah ada peruntukan la ye....

Apa pun syukur meja baharu memang kena dan berbaloi dengan harga RM109 sahaja satu set. Puas hati mudah dipasang, "DIY" senang snagat! Sehinggakan kawan ofis saya pun terus minta saya orderkan untuknya...

3 comments:

Powered by Blogger.