بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bicara Ulama' Bersama Ustaz Abdul Somad / Allhamdulillah, minggu lepas walaupun dek kesibukan saya snagat bersyukur kerana dapat mengahdir majlis bersama ulama' bersama Ustaz Abdul Somad pendakwah terkenal di Indonesia malah dirata dunia kiranya. Saya ingatkan saya dah terlepas acara ini, rupanya belum... Allahuakahbar, terus berkobar untuk pergi, yang dijemput sebagai penceramah sempena Hari Pengasasan UUM, di Dewan Muazam Shah UUM. Tajuk yang disampaikan iaitu "Hidup Sebagai Ibadah" memberi satu makna mendalam kepada kami semua.
Intipati Ucapan Beliau
Dalam program Bicara Ulama’: Hidup Adalah Ibadah Sempena Sambutan Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia Ke-35, ketibaannya
disambut dengan iringan selawat yang bergema di segenap ruang sebagai tanda kegembiraan menerima tetamu yang mulia ini.
Lihat
saja penyampaian bersahaja disulami jenaka santai serta aura yang
dimiliki anak kelahiran Sumatera, Indonesia ini meninggalkan
pengaruh yang cukup besar di kalangan hadirin yang mencintai ilmu dan
ingin kembali ke jalan-Nya.
“Saya
terdengar suara Iwan Syahman yang telah menyanyikan lagu sejak saya
kecil setelah berhijrah kini lagu-lagunya sudah berubah
menjadi lagu yang diisi dengan selawat, ketuhanan
yang mengingatkan kita kepada Allah serta mengajak orang ramai ke arah kebaikan.
“Hiburan menjadi ibadah apabila lagu yang dinyanyikan itu mengingatkan tentang Allah. Jadi yang ada suara seni
teruskan menyanyi selagi dapat mendekatkan orang kepada Allah inilah ibadah.
“Sebab itu jangan kita sangka ibadat itu hanya setakat solat, haji, puasa, tetapi bagaimana pula mereka yang bekerja dari
7 pagi hingga 7 malam. Sebenarnya kerja mereka juga menjadi ibadat jika diniatkan kerana Allah dan mencari redha-Nya,”
katanya.
Justeru soalnya, bagaimana menghadapi hidup ini sebagai ibadat?
Sesiapa yang mati mencari harta benda,
rezeki yang halal untuk memberi sesuap nasi kepada anak isterinya maka bernilai ibadah.
Jelasnya, seseorang yang berharap berjumpa dengan Allah hendaklah ia beramal soleh, beribadah dan selama roh bersemayam
dalam jasad berjalanlah di atas muka bumi untuk mencari berkat tetapi bila beramal janganlah sombong.
“Ada yang menganggap,
aku masuk syurga kerana dhuhaku, amalku, solat ku.... Tidak..
masuk syurga bukan kerana amalmu tetapi dengan rahmat Allah jadi untuk
apa kita membaca quran, solat, jihad di jalan Allah? semua itu dilakukan
demi meraih rahmat Allah,” ujarnya.
Sabda nabi, sesiapa yang beramal pada akhir zaman maka sama seperti orang yang berhijrah kepadaku.
Ibadah ialah perubahan diri seseorang misalnya orang yang solat hilang angkuh dan sombong manakala orang yang berpuasa
lebih dekat pada Allah.
“Jadi, pastikan apa yang kita lakukan bernilai ibadah misalnya dengan menulis kita mengetuk pintu hati selain melantunkan
selawat, biarkan hati terbuka maka masuklah hidayah melalui mata, telinga dan hati.
“Kalau ada yang sakit, miskin, bencana atau kaki tertusuk duri itu bukan laknat, boleh jadi Allah sayang dan ingin
angkat darjat yang lebih mulia dan menghapuskan dosa.
“Tetapi jangan lupa apabila telinga tersumbat, mata tertutup, hati terkunci itulah laknat yang sebenarnya maka
mereka sama seperti binatang bahkan lebih hina,”
Tambahnya, Abu Darda’ berkata, merenung sesaat lebih baik daripada
qiyamullail sepanjang malam.
“Dari Isyak sampai subuh tak pernah berfikir lalu muncul angkuh, sombong,
aku masuk syurga kerana tahajudku, zikirku, qatam quran tetapi adalah baik kalau kita merenung sejenak apa manfaat yang sudah diberikan,
berapa sudah umur yang habis, berapa lagi baki usia yang tinggal dan harus diisi dengan ibadah?
“Kita telah melalui alam Rahim, ketika roh berkumpul, Allah bertanya dengan satu pertanyaan
bukankah aku tuhanmu? serentak semua menjawab kami bersaksi engkaulah rab kami.. tapi hari ini ramai yang terlupa.
“Ada
yang mempertuhankan hawa nafsu, jawatan, harta, kekuasaan, populariti
dan mereka orang-orang yang tertipu semuanya fatamorgana yang tidak
dapat menolong di sana nanti,” luahnya.
Ujarnya, hari ini kita sudah hidup di atas dunia dan ditakdirkan hidup 1,400 selepas zaman Nabi Muhammad SAW.
“Banyak
orang mencaci maki dan menyumpah takdir kenapa saya hidup di zaman ini?
Kenapa tidak hidup di zaman nabi, para sahabat dan zaman yang
tiada maksiat?
“Orang
yang berkata begini, andai hidup pada zaman nabi belum tentu ikut nabi
boleh jadi ikut Abu Jahal kerana orang yang baik di zaman apapun
dia tetap akan baik,” luahnya.
Beliau mempersoalkan apakah selepas zaman nabi adalah hina?
“Tidak,
sebagaimana sabda baginda, golongan manusia yang layak meminum air
daripada telaga al-kauthar ialah para sahabat dan Ikhwani iaitu mereka
yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.
“Walaupun
mereka tidak pernah melihat wajah Baginda mereka beramal dengan sunah
dan dekat dengan Rasulullah walaupun tidak pernah bertemu Baginda
sehingga saat berada di telaga al-kauthar dan orang yang minum dari
telaga ini tidak akan haus untuk selamanya,” kongsinya.
Apa yang menarik yang saya ingin sampaikan di sini... beberapa kali beliau menyebut tentang teknologi media. Media tidak salah, yang salah orang yang menyalahgunakan media!
Bagaimana Media Dijadikan Satu Ibadah?
Salman Al Farasi merupakan seorang Parsi bukan Islam, dalam misi mencari Tuhan mengajarkan kita supaya "mesti berfikir" : sesungguhnya orang yang berfikir akan bertemukan Allah.
Dalam pengembaraan Salman bertemu Rasulullah saw dan berlakunya ketika itu perang Khandak yang bermaksud parit. Parit dicetuskan idea oleh Salman untuk menewaskan musuh. Kata UAS cara menggali parit tidak ada di dalam Al Quran, namun cara untuk menggali parit diajarkan oleh Allah swt daripada orang bukan Islam. Dan apa sahaja cara orang bukan Islam seperti teknologi media boleh digunakan selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya.
Kubah Masjid
Begitu juga sejarah pembinaan kubah masjid. Kubah masjid adalah idea daripada architecture Rom yang beasal daripada menara apabila orang Islam tiba di Mesir melihat architure tersebut. Manakala, pada masa itu, untuk melaungkan azan tidak ada mikrofon. Bilal akan ke tempat tinggi bagi melaungkan azan justeru terbinalah menara masjid serta kubah di tengah-tengah masjid.
Hikmah dan kebaikan adalah milik orang yang beriman.
Teknologi Media memudahkan cara berdakwah menerusi media sosial yang dianggap seperti "pisau". Pisau tidak salah, namun salah adalah orang yang memegang dan memberi mudharat. Oleh itu, seorang abdi Allah dalam hidupnya sebagai ibadah mestilah smart, cerdas, berfikir dan bernilai ibadah.
Hidup di dunia hiduplah seperti orang merantau- kata Rasulullah saw. Sebagai contoh manusia daria alam rahim ke alam dunia ke alam barzah ke alam akhirat kampung halaman. Dunia merupakan tempat persinggahan semata. Duduk mendengar ceraman agama juga adalah satu ibadah.
Manakala, LAKNAT adalah MATA HATI YANG TERTUTUP
Apa Manfaat Sebagai Manusia?
Siapa Rabb kamu?
Namun, sekarang banyak manusia mempertuhankan dunia yang fatamorgana!
Ingatlah kejadian manusia!!! dijadikan sudah berikrar dengan Allah swt sebagai hamba abdi Allah dan untuk menjadi khalifah Allah....
Saya kongsikan apa yang disampaikan. Wallauhualam....
Terima kasih kak perkongsian.Bersyukurnya dapat dengar tazkirah secara langsung daripada UAS ni.Allahu.
ReplyDeleteAlhamdulillah majlis ilmu..
ReplyDelete