Althea Pore Purifying Serum Cleanser Bertindak Sebagai Pembersih dan Serum Untuk PH Kulit Seimbang

Althea Pore Purifying Serum Cleanser Bertindak Sebagai Pembersih dan Serum Untuk PH Kulit Seimbang / Allhamdulillah.... Assalamualaikum. Hari ni ada satu produk pembersih wajah dan solekan yang ingin saya perkenalkan iaitu Althea Pore Purifying Serum Cleanse.  


Sebagai wanita bekerjaya malah para ibu suri rumah juga seperti saya yang tidak berniqab akan mudah mendedahkan kulit wajah kepada pancaran matahari, pencemaran udara atau penggunaan pelbagai bahan kosmetik. Dan... Althea Pore Purifying Serum Cleanser ini mengatasi masalah kulit wajah bagi bertindak sebagai agen pembersih kulit wajah dengan bertindak untuk menyeragamkan PH kulit wajah anda. Yang menariknya lagi ia bukan sahaja membersihkan kulit wajah pada luaran malah mampu menyerap masuk dan membersih dari dalam juga! Eh... tak percaya ke?

Biasanya kulit akan menjadi kusam, kering ia menandakan PH kulit tidak normal. Oleh itu, Althea Pore Purifying Serum Cleanser akan memberi peluang untuk anda mendapatkan PH kulit wajah yang seimbang. 





Jadi korang kena mendapatkan produk yang bukan sahaja selamat digunakan tetapi yang membantu menjaga kulit. Terbaru Althea telah mengeluarkan produk yang bukan sahaja membersihkan wajah tetapi juga mengandungi serum.

Althea Pore Purifying Serum Cleanser  ini merupakan produk terbaru yang dikeluarkan oleh Althea, dan ia bukan sahaja digunakan sebagai pencuci wajah tetapi juga dijadikan sebagai menanggalkan solekan malah dapat membantu membersihkan liang pori di wajah. Apa yang lebih istimewa ia mengandungi serum untuk melindungi serta melembapkan dan mengekalkan PH kulit pada tahap yang normal. Bak kata, menormalkan semula kulit wajah dengan PH yang seimbang dan tidak kusam dan kering lagi. 


Keistimewa Althea Pore Purifying Serum Cleanser
  1. tahap PH 5.5 - 6.5 untuk memastikan kulit sihat
  2. membersihkan solekan dengan lebih berkesandan tidak mendatangkan kerengsaan
  3. mempunyai dua fungsimembersih dan serum untuk memberikan kelembapan
  4. dengan ekstrak mint leaf ia menanggalkan kotoran, membersihkan liang pori dan sel-sel kulit mati

Testimoni Peribadi
Saya mencuba Althea Pore Purifying Serum Cleanser dengan sangat teruja. Ye la kan tak sabar nak tahu macamana gaya keberkesanan bagi kulit saya yang kusam dan berjerawat serta jeragat. Dengan bau daun mint yang segar dan ia membuatkan saya rasa nyaman dan segar. Bahan-bahan terbaik dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser sangat berkesan untuk memastikan wajah kita sentiasa bersih dan segar. Allhamdulillah, ia sangat memberi keterujaan untuk saya.


~ Mint leaf extract - menyejukkan kulit dan merengsakan kerengsaan
~ Jojoba seed oil - melembapkan kulit dam memberikan kelembutan pada kulit
~ Tea tree leaf extract - mempunyai sifat antibakteria dan membantu membersihkan kulit lebih mendalam.
 

Cara Menanggalkan Solekan Dengan Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Langkah 1: Tuang Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan atau pad tisu
Langkah 2: Sapukan pada wajah secara membulat sehingga hilang semua solekan
Langkah 3: Bilas wajah dengan air dan keringkan.

Apa pun jom kita tengok video ini.....
 

Langkah-langkah Untuk Menggunakan Althea Pore Purifying Serum Cleanser
Langkah 1: Tuang sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan 
Langkah 2: Sapukan pada wajah secara membulat dengan lembut selama 5 - 10 saat dan bilas dengan air bersih

Untuk pembelian, uols boleh dapatkan di Althea dengan harga RM 33 bagi 150ml. Besar k botolnya. Dengan harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Untuk matlumat lanjut boleh melayari link di bawah ini.

Website

Facebook

Instagram




1 comment:

Powered by Blogger.