Mee Celup Telur Gedik

Mee Celup Telur Gedik / Allhamdulillah. Last year tahun lepas sempat balik kampung pekena Mee Celup Telur Gedik ni... katanya viral. Memang selalu duk lalu sini... Kali ni baru berkesempatan singgah. Selalu duk tengok kereta ramai tepi jalan tak singgah. Akhirnya sampai gak rezeki merasa Mee Celup Telur Gedik,,,,


Seperti biasa kalau makan sup saya akan pilih kue teow atau bihun atau kue teow + bihun... dan saya pilih campur kedua-dua sekali....


Sejujurnya kalau makan menu sup ini, sup la yang kita akan rasa... kalau sup tu sedap , maka sedapla rasanya....


Telurnya 3/4 masak... itu yang dipanggil "telur gedik", sebab ia duk bergedik kat dalam sup tu.... huwahhhh... menarik telurnya.... saya suka bab telur.... tapi kali ni makan sup ayam. Kat sini tak ada daging. Dan satu perangai saya bila dh tua ni, hehehe... kalau menu sup saya akan pilih daging disebabkan en daddy tak berapa suka ayam kerana bau hanyir, saya terpengaruh dengan gaya makannya....



Allhamdulillah, kat sini sup ayamnya tidak hanyir.... Berwarna kehitaman sebab kicap atau fish sourse.


Masa kami datang ni dalam pukul 10.30 pagi dan tak ramai lagi pelanggang masa ni... so. kakak boleh pilih tempat duk kat mana, Kalau tak memang kena menunggu kat luar untuk chop meja kosong.


Kekemasan botol-botol cili, garam, gula tidak ada sedikit pun yang meleleh di tepi botol. Mungkin juga di awal lagi. Tapi emmang kemas dan bersih setiap botolnya.


Kedainya memang sempoi la, namakan juga dalam kampung. Memang ini gayanya kampung, diperbuat dengan kayu-kayu getah....


Bila hendap kat dapur ini tempatnya memasak dan menu utama. Ada bihun, mee dan kue teow... Maaf ye kalau pelanggang ramai memang tak boleh "take away". Tak sempat katanya. Telur ni telur yang direbus 3/4 masak bagi saya la dan dikeluarkan secara bulat-bulat.


Komen saya dari hati yang jujur, seperti saya cakap di atas, menu sup ni kalau sup sedap, memang ia akan rasa sedap. Bagi saya untuk Mee Celup Telur Gedik, ini bisanya sahaja sebab saya rasa ada yang lebih sedap supnya berbanding ini... Harganya memang murah kalau biasa tanpa telur RM2.30 sahaja. Kalau dengan telur RM3.50....

So, uols kalau nak datang sini memang adventure skit jalannya.... sebenarnya saya pun tak tahu apa nama sebenarnya kampung ni. Yang saya tahu sebelum ke sini akan lalu Kampung Lemar, Cha Tinggi dan masuk ke kampung ni.... 



1 comment:

Powered by Blogger.