Advertorial
Product Review
McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich Sebagai Menu Sarapan Pagi Terbaharu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
McDonald’s
perkenal Scrambled Egg Sandwich Sebagai Menu Sarapan Pagi Terbaharu / Assalamualaikum, Allhamdulillah.... hari ni saya
ingin mewarkan menu sarapan terbaharu daripada McDonald's iaitu Screambled Egg
Sandwish. Macaman rupanya dan rasanya jom baca petikan di bawah ni.
Sandwich untuk sarapan pagi menawarkan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk pelanggan
Petaling
Jaya, 21 Februari 2019 – Rakyat Malaysia kini boleh
memulakan pagi mereka dengan dua menu sarapan pagi baharu McDonald’s – Scrambled
Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich.
Dengan dua sandwich baharu ini,
pelanggan bakal dihidangkan dengan telur hancur yang gebu, ditambah pula dengan
keju cheddar dan sos berkrim istimewa serta ban lembut yang dibakar sempurna.
Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah kepingan sosej ayam dalam hidangan Sausage
& Scrambled Egg Sandwich untuk sarapan pagi yang lebih enak dan
mengenyangkan.
“Walaupun mufin Inggeris telah
sekian lama menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi oleh para pelanggan
McDonald’s, kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk memberikan rasa hebat
dan pengalaman berbeza untuk para pelanggan. Sandwich yang disediakan segar ini
menawarkan kenikmatan seperti ‘cair di dalam mulut’, hasil daripada penggunaan
bahan-bahan dari kualiti terbaik semasa penyediaannya. Menu sandwich terbaharu
ini mampu memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan semasa sarapan pagi,” kata
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.
Scrambled
Egg Sandwich boleh didapati bermula dari harga RM8.50 untuk set
sarapan pagi yang dihidangkan bersama hashbrown dan McCafe Premium Roast
Coffee. Untuk mereka yang inginkan nilai yang lebih berbaloi, Scrambled Egg
Sandwich ini juga boleh didapati dengan pembelian promosi McSavers
Breakfast Mix & Match dengan harga RM6.99.
Tawaran dan promosi tambahan untuk
menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati di aplikasi McDonald’s yang boleh
dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store. Menu sarapan pagi McDonald’s
boleh didapati mulai jam 4 pagi hingga 10 pagi setiap hari.
###
Latarbelakang
McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global
perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh
dunia dengan pelanggan lebih 69 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang
37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih
13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s
menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya
termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.mcdonalds.com.my.
Untuk pertanyaan
lanjut, sila hubungi: -
Afni Adnan,
McDonald’s
|
Wan Shariena
Bahrom, McDonald’s
|
+603.7843.3234
|
+603.7843.3236
|
Azwa Rahmat,
LUMOS PR
|
Nur Aina
Farhani, LUMOS PR
|
+6011.1131.3106
|
+6019.434.8707
|
Bolehlah try menu breakfast baru McD ni nanti :)
ReplyDeleteerm... selamat menjamu selera ye.... klu p sana ingat akak... hehe
Delete