Product Review
Domino’s Pizza Memperkenalkan Pengalaman “EGG-CITING” bersama “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Domino’s
Pizza Memperkenalkan Pengalaman
“EGG-CITING”
bersama “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru!
SHAH ALAM,
FEBRUARI 8, 2019 – Pengalaman “Eggstra Shiok” menanti
pelanggan denga piza baru yang telah “menetas” di Domino’s Pizza. Sejajar
dengan perisa yang menjadi kegilaan ramai, Domino’s telah melancarkan menu terkini
iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale
merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk
menambahkan “Eggstra kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan
rakan-rakan.
Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted
Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori
Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama
dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia
& Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat
dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai
topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang
dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa
telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan
bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan
makanan utama mahupun pencuci mulut.
Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”,
Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti
dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan,
terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale
Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan
pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza
Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang
melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan
Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik.
Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas
bagi melengkapkan menu ini.
Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan
Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin
kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah
makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya
meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat
“Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami
juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan
sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa
nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang
baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan
dan juga bersama yang tersayang.”
Juga hadir pada pelancaran tersebut ialah Shamsul
Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang
unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan
pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan
perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para
pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi
utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan
menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah
mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan
terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang
berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami.
Pelancaran Royale Salted Egg piza di Domino’s ini
dihadiri oleh pihak media, para pencinta telur masin dan juga “food
influencers” popular yang berkongsi minat terhadap telur masin.
Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh
memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada
RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para
pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.90 atau RM13.70 sebagai
ala carte. Selain itu, pelanggan
juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.90 atau
RM9.25 sebagai ala carte.
Pelbagai menu
edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale
Salted Egg piza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s
Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh
mengunjungi cawangan Domino’s,
membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.
Untuk
mengetahui tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga
promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.
Mengenai Domino’s Pizza
Dengan
penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling
pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori
industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza,
Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di
seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa,
Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi
dalam talian.
Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah
pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan
kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh
pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat
236 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Di
Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan
pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga
masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan
melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan
budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras
dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited
untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada
pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa
30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.
Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza
telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza
Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula
apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform
pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya
pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi
penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.
Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold
Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang
disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan
Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh
pengguna Malaysia, Domino’s Pizza
telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera”
di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada
2017 dan Gangsa pada 2018.
Dikeluarkan bagi pihak: Domino’s Pizza Malaysia Oleh: acorn
communications sdn bhd
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Alya Nurina di 010 221 8216 atau Natalia Ghani di
012 213 4782
atau 03-7958
8348 atau e-mel acorncommunications@acornco.com.my
- tamat -
wow jom cuba
ReplyDelete