Lifestyle
Tak Kisah Dipandang Kedekut Bersedekah
senyum juga sedekah |
Tak Kisah Dipandang Kedekut Bersedekah / Allhamdulillah. Syukur dengan nikmat kasih sayang Ya Rahman Ya Rahim. Allhamdulillah.... sedekah ikut mampu! satu topik yang biasa didengar dan umumnya diketahui sebagi Muslim kita hendaklah mengamalkan sedekah. Namun sedekah yang bagaimana? Secara jujur susah saya perkatakan di sini....
Walhal ada yang mengatakan pada diri sendiri "saya bukan seorang yang berduit". Adakala terpaksa juga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang walapun bergaji bulan.
Apa yang diberikanNya, sudah cukup dan memadai kerana ketentuanNya adalah benar! walaupun tak mampu nak bermewah dengan itu dan ini dan memberi sedekah terutama pada teman yang dekat. Ada sesetnegah orang lebih selesa apabila sedekah itu tidak diketahui orang. Selagi apa yang ada di dalam beg duitnya dia menghulurkan mana yang mampu. Jika tiada wang untuk didermakan, lalu dapat juga mengerahkan tulang empat kerat mencari di mana ada surau untuk dikemaskan dan dibersihkan. Jangan berfikir panjang untuk bersedekah!
Kedekut Nak Sedekah
Ada orang tak mampu nak memberi lebih dari kemampuan yang ada kepadanya. Dia lebih sanggup dianggap kedekut untuk bersedekah di hadapan sahabat sebab tidak yakin sedekah itu ikhlas atau tidak bila dilaksanakan di hadapan hamba Allah yang lain. Apa yang diamal jika tiada wang ringgit setiap hari ketika memandu menuju ke tempat kerja boleh juga mendoakan pemandu lain atau sesiapa pun yang dipandang dan terpandang, sama ada orang itu senyum mahu pun tidak disedekahkan syurga untuk mereka. InsyaaAllah, dengan sedekah itu membuatkan hati menjadi tenang. Tanpa memikirkan balasan makhluk. Bersedekahlah dengan niat!
Ada juga yang bersedekah di cafe kerana lebih senang memberikan sedekah pada malcik dan pakcik cleaner sedang membuat kerja dengan memasukkan duit di dalam saku mereka dan terus berlalu. Cara sedekah pelbagai yang boleh diaplikasi sama ada mahu atau pun tidak sahaja.
Walaupun tidak banyak duit, kerana duit itu rezeki Allah semuanya.... namun, metod lain yang boleh dilakukan walaupun bukan sedekah kepada kawan teman yang dekat, boleh bersedekah pada orang lain. Jangan riasu diperkatakan! sebagai kedekut nak bagi sahabat dan teman, kerana Allah Maha Mengetahu. Jangan pula segan kepada sahabat dan teman yang sentiasa memberi sedekah, sebab Allah dah susun yang terbaik di mana? pada siapa? yang harus disedekahkan.
Ada juga yang lebih selesa bersedekah di tabung masjid dan anak-anak yang tak kenal datang singgah ke masjid iu juga saluran bersedekah. Bersedekah itu rutin Baginda SAW.
Biarkan dikatakan kedekut untuk bersedekah secara bersemuka, kerana apa yang dilakukan hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Apa yang penting jangan lokek bersedakan dan ukur baju di badan sendiri.
Allhamdulillah
Betul tu jangan lokek jangan kedekut..
ReplyDeleteBeri yang mampu sudah cukup
ye btl tu husniey
DeleteSetuju...banyak cara boleh dilakukan untuk bersedekah..ada teman dan saudara mara tanya PC...kau tak pernah bersedekahkah..kerana PC dan En Suami belum dikurniakan zuriat..dan bagi PC .. sedekah itu TIDAK PERLU diwarwarkan..ditunjuk atau dipemer..cukup niat kemudian lakukan,Malaikat mencatat Allah SWT melihat.Balasan kepada setiap sedekah itu tidak semestinya zuriat..rezeki dan nikmat Allah itu tersangat luas.Yang masih sempit anggapan sesetengah orang sahaja.
ReplyDeletejanji Allah tahu apa yg kita buat ye PC... semoga PC dipermudahkan kurnian zuriat.... Aminn
Deleteabe kie bagi sedekah biar pun sedikit.
ReplyDeletebetul tu a.kie
Deletebetul. x kisah la nak sedekah berapa pun. dah nama pun sdekah
ReplyDeletehehe... sedekah biar ikhlas, tak pa la sikit ke byk allah Yang Maha Menghitung kelak
Deletebanyak atau sedikit sedekah tu, yang penting ikhlas :)
ReplyDeletebetul tu ikhlas yg ptg...
DeleteBanyak cara untuk kita bersedekah. Cuma nawaitu tuh kenalah ikhlas kan.
ReplyDeletea aa mimi yg ptg juga nawaitu kita...
Deletekan!walaupun sedikit, nilai tu sama besar dengan orang sedekat juta-juta. asalkan niat kita betul.
ReplyDeletesetuju,,
ReplyDeletetak semestinya bersedekah tu kene beri pada pengemis
kadang belanje kawan2 pon dikira sedekah
yang penting niat kita tu kene ikhlas
assalamualaikum
salam kenal
ayu dah join
done follow
http://hidayuayumie.blogspot.com/