Rezeki Allah Pelbagai Rupa dan Keadaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Rezeki Allah Pelbagai Rupa dan Keadaan / Ya Allah, Yang Maha Pemurah.... saya pun tak tahu, rezeki ni orang kata tak boleh nak tolak.... tapi ada masa dan ketika saya ada juga trepaksa menolak.... dalam hati saya doakan mereka yang murah hati mahu berikan rezeki pada saya dan keluarga.. Terutama bab makan, jiran kami selalu hantar makanan atau ajak kami pergi makan atau makan sesama di rumah jiran sebelah.... Malam dua hari lepas, diorg ajak makan KFC. Husnband lak duk ajak jom la pergi makan kat rumah sebelah.... saya lak, nak tidurkan baby Nur Jannah menangis nak tidur.... Kak ngah Zara Adelia pun dah tidur. Ye la masa tu dah pukul 10 malam.... saya cakap daddy pergi la dengan kakak. Dah tidurkan Nur Jannah dengan saya sekali ikut lena. 




Lepas tu, en husband balik, kejutkan saya bangun makan KFC.... dia tanggalkan bawah saji kat dapur. Erm.... lepas tu dia pergi sambung makan semula kat rumah sebelah. Aduihhh.... murahnya rezeki Allah ni, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki mereka di dunia dan juga akhirat. Saya ni bukan apa tapi naik segan. Ye la hanya Allah Yang Maha Mengetahu hisup saya dan keluarga ni.... Kata en husband, kita ni ada anak-anak tapi kekurangan dari segi kewangan.... orang lain murah rezeki dari segi kewangan dan sebagainya, tapi ada yang masih belum berkahwin dan sebagainya. Apa yang Allah dah tentu adalah dah terbaik untuk kita. 

Sungguh! Allah Itu Hebat
Sebab tu saya jarang bersosial dengan sahabat di luar waktu pejabat! Waktu pagi lepas hantar anak-anak ke sekolah ada masa sikit tuk diri sendiri. Saya berjogging menikmati keindahan, menghirup udara segar dan mengagumi kebesaran Allah di UUM. Bila dah tengahari sibuk semula dengan anak sekolah, tapi syukur ada masa husband membantu uruskan anak-anak semasa balik sekolah tengahari. Petang hantar pula mereka ke kelas agama. Saya di ofis, buat kerja dengan baby Jannah. Aturan Allah sangat hebat! Petang sibuk pula ambil anak-anak dari sekolah masing-masing. Nak bersosial waktu petang jogging dan sebagainya memang tak sempat. Hanya pagi saja saya dapat memanjakan diri dengan beriadah. Dah sampai rumah saya jarang dah keluar dari pintu rumah. Weekend kalau tak ada apa-apa yang terpaksa urus kat luar, di dalam rumah la saya terperap. Nak melangkah luar pintu rumah pun tak... hukhuk.... teruknya saya. Tapi sekali saya kenal jiran saya mula la ramah, sebab orang Utara ni memang peramah semuanya. Masa baby Jannah belum dilahirkan sempat juga saya menyibukkan diri di surau solat Isyak. Kat situ dapat juga saya kenal jemaah muslimat. Sekarang ni tak sempat pula, hanya masjid UUM je la yang sempat saya terjah. Rabu lalu buat kerja di sana.... penat saya nak ulang alik ke ofis ambil kakak kembali semula ke pusat islam, sejam kemudiaan nak ke pusat islam semula ambil kak ngah. So, Rabu tu saya dan kakak terus je duduk bekerja di masjid pusat islam sambil tunggu solat Asar... Lepas pukul 5 ambil kak ngah!

sampai tertidur kakak Amani buat kerja sekolah

Rezeki Kesihatan
Dia datangkan rezeki pada kita ni dalam pelbagai bentuk. Kesihatan juga rezeki. Namun, jangan disalah anggap dengan rezeki kesihatan yang diberikan Allah swt. Ada kala kita tersailap sangka, kalau tengok orang sakit kita terkata "kesiannya dia, sakit itu dan ini"..... Walhal Allah itu sebaik Perancang! Sakit itu penghapus dosa. Mereka yang sakit sentiasa didatangi 70 ribu malaikat yang berdoa kepadanya... Subhanallah.... Allah hapus dosa mereka semasa di dunia lagi. Mungkin senang mereka di akhirat kelak, Allah jua Yang Maha Mengetahui.... Allahu. 

Baju Raya
Husband duk bising dah ada promosi, dah buka tempahan baju raya. Aduihhh... bab ni saya lemah skit. Kalau tahun lepas saya memang tak buat baju, pakai saja baju yang dah ada, anak-anak pun sama.... hehehe.... Kalau cakap "tak de duit" mesti orang tak percaya! Hakikatnya itu la kami sekeluarga. 

Namun perkataan "tak ada duit" selalu disembunyikan. Kata orang-orang tua "jangan cakap tak ada duit, cakap tak cukup duit". Betul juga kalau sebut macam tu.  Makan nasi dengan kicap, ayam goreng pun dah syukur banyak-banyak. Ini apa lagi kalau dapat makan sekali sekala yang sedap-sedap terus masa media soaial. Nampak sangat la saya ni kedaifan teramat. Orang yang daif dan fakir macam saya saja nak tunjuk-tunjuk kan... Kalau orang yang betul-betul kaya-raya tu dah tak kisah semua tu, sebab kat hati mereka cuma ada Allah.... Orang macam saya ni masih melekat dunia kat hati, nak juga tunjuk kat media sosial.... Subhanallah. Hanya Allah Yang Maha Kaya!

Baju Fishtail
Teringat Rabu lalu, pagi saya bekerja di library. Ada kakak staf library tegur baju saya pakai. Katanya "tak pernah pakai macam tu"... saya menyahut "tu la" sambil senyum.... sebenarnya saya malu. Kata dia lagi "tak de baju macam tu"... Saya balas "a aa"... pendek sahaja.... Malas pula saya nak explain panjang lebar kat dia. Sebenarnya dah banyak tahun saya tak buat dan tak beli baju baru. Saya pakai sahaja apa baju yang saya ada. Baju saya pakai hari Rabu tu agaknya dah 7, 8 tahun kot saya beli, fesyen fishtail yang dulu-dulu.... Harus la baju tu panjang kot belakang. Pakai lak dengan kain kembang setaman, pastu ada body shape lak, saya pakai tudung labuh paras punggung. Harus la kakak tu tegur saya, jarang dia tengok saya pakai macam tu. Nak buat camana hanya baju tu yang tak perlu iron... kekeke.... bila nak cepat ambil sarung je baju yang tak kena fikir nak iron.... Baju Raya? agaknya tahun ni ada ke tak baju raya! tak pasti malas nak pikir... huhu... 

Allah Ya Baari', Allah sediakan apa yang patut. Saya tak perlu nak susah payah. Rezeki Allah pelbagai bentuk dan rupa. Dia sahaja Yang Maha Menyusun. Apa yang ada bersyukur, bukan saya kedekut jauh sekali. Nak berkira pun jauh sekali! Bersedekah, apa yang saya mampu! Tak mampu saya nak tunjukkan sedekah saya. Hidup ini membuatkan saya banyak sedekah dengan apa yang saya mampu. Tak mampu dengan wang ringit, tulang empat kerat dikerahkan. Tak mampu juga saya nak bagi tau orang. Kerana semua milik Allah. Tulang empat kerat mampu berfungsi sudah cukup saya rasa nikmatnya. Sedekah membuat saya tenang. Lagi tak cukup duit itu untuk kami makan, lagi tu saya menghulurkan di mana tempat yang perlu. Sebab itu buatkan saya tenang! walaupun poket saya kosong. 

Allhamdulillah..... Tiada apa milik saya, semua milikNya. Syukur dengan nikmatNya banyak. Tak mampu saya menghitungnya lagi.....

Terima kasih. Assalamualaikum.




6 comments:

  1. sedapnya.. tgk mcm ni.. teringat kfc la plak.. hahhaa..

    alhamdulillah atas rezeki kan..

    ReplyDelete
  2. Rezeki tak penah salah alamat..dtg drpd pelbagai keadaan.

    ReplyDelete
  3. sedap tengok ayam kfc.. setuju dengan kak sheila bagitaw ntu

    ReplyDelete
  4. REZEKI ALLAH MAHA LUAS SYUKR RAHMAT-NYA

    ReplyDelete
  5. Hakikatnya sekeliling kita rezeki..dan pada diri kita sendiri banyak rezeki...kan kak..Allahu..

    ReplyDelete
  6. Insya Allah selalu bersangka baik dgn Allah. Memang rezeki ni X semestinya Wang ringgit. Kesihatan rezeki paling utama

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.