Food Review
10 Tempat Makan Menarik Yang Anda Mesti Cuba di Petaling Jaya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
10 Tempat Makan Menarik Yang Anda Mesti Cuba di Petaling Jaya | Assalamuaaikum, hi all. Semoga sihat sentiasa hendakNya dan sentiasa amalkan kebersihan diri. Dek RMO, dipanjangkan lagi selama 14 hari sehingga 28 April ni, dah tentu uols dah berapa lama makan kat rumah, mesti ada yang rindu nak lepak makan kat luar lak kan.
So, korang jangan risau tempat makan beroperasi seperti biasa dan hanya boleh "take away" sahaja. Korang akan merasa senang sebab pada era teknologi sekarang ni, senang! just klik klik dah sampai kat depan pintu rumah kerana kemudahan Delivery Malaysia sudah tersedia untuk anda. Boleh la korang nak tukar selera makan luar lak kan. Walaupun hanya makan di rumah tapi at least menu masakan luar tu adakala memberi rasa kelainan pada tekak kita kan.
Kat sini saya nak kongsikan "10 tempat makan menarik yang anda mesti cuba di Petaling Jaya". Sebelum tu saya kongsikan dulu menu nasi, untuk makan tengahari or malam.
Sumber: Facebook Ilham Nasi Kukus
Ditambahi pula dengan gulai kari yang cukup dengan rasa lemak dan tidak dilupakan sambal belacan sebagai penambah selera anda. Kalau anda tidak mahu kari ayam, kari daging, kari ikan dan kerutuk juga turut disediakan. Selain itu, anda juga boleh memesan keropok ikan bagi mempelbagaikan menu tersebut.
Kat Resoran Village Park ni, korang boleh juga menikmati makanan ringan seperti roti sambal dan roti kukus. Yang bestnya restoran ni boleh dikunjungi dari awal pagi kerana ia mula beroperasi pada pukul 6.30 pagi sehinggalah 7 malam. Manakala, pada hujung minggu ia dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 6.00 petang. Tak hairan la pelbagai juadah disediakan kerana menu sarapan pagi, tengahari dan petang disediakan.
Lokasi:
So, korang jangan risau tempat makan beroperasi seperti biasa dan hanya boleh "take away" sahaja. Korang akan merasa senang sebab pada era teknologi sekarang ni, senang! just klik klik dah sampai kat depan pintu rumah kerana kemudahan Delivery Malaysia sudah tersedia untuk anda. Boleh la korang nak tukar selera makan luar lak kan. Walaupun hanya makan di rumah tapi at least menu masakan luar tu adakala memberi rasa kelainan pada tekak kita kan.
Kat sini saya nak kongsikan "10 tempat makan menarik yang anda mesti cuba di Petaling Jaya". Sebelum tu saya kongsikan dulu menu nasi, untuk makan tengahari or malam.
1. Ilham Nasi Kukus
Bagi pencita nasi kukus, korang boleh cuba nasi kukus dengan ayam goreng yang wangi dan sedap dengan rasa rempah. Apa yang memberi kelainan nasi ayam kukus Ilham ni ialah ayam goreng berempahnya dengan rasa herba.Ditambahi pula dengan gulai kari yang cukup dengan rasa lemak dan tidak dilupakan sambal belacan sebagai penambah selera anda. Kalau anda tidak mahu kari ayam, kari daging, kari ikan dan kerutuk juga turut disediakan. Selain itu, anda juga boleh memesan keropok ikan bagi mempelbagaikan menu tersebut.
Kat mana lak Ilham Nasi Kukus ni? Ia berada di alamat:
No.9, Lorong 51A/227A, Seksyen 51A, Petaling Jaya
2. Restoran Village Park
Bagi penggemar selera Pantai Timur iaitu nasi dagang, korang boleh cuba nasi dagang di Village Park. Nasi dagangnya disediakan bersama Kat Restoran ini bukan sahaja menyediakan nasi dagang tapi kalau korang nak menu sarapan pun ada disediakan seperti nasi lemak.Sumber gambar dari foursquare |
Kat Resoran Village Park ni, korang boleh juga menikmati makanan ringan seperti roti sambal dan roti kukus. Yang bestnya restoran ni boleh dikunjungi dari awal pagi kerana ia mula beroperasi pada pukul 6.30 pagi sehinggalah 7 malam. Manakala, pada hujung minggu ia dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga 6.00 petang. Tak hairan la pelbagai juadah disediakan kerana menu sarapan pagi, tengahari dan petang disediakan.
sumber gambar dari https://foursquare.com/ |
Kat mana lak ni?
Bolehlah korang simpan dan cari alamat ni 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
3. Fawzey Nasi Lemak Kukus
Masih kepada menu nasi, kali
ni jom kita makan pula Nasi Lemak Kukus Fawzey. Nasi Lemak ni dijual dengan
food truck tau. Sebenarnya kalau korang nak tau owner Fawzey Nasi Kukus ni
merupakan seorang chef di sebuah hotel. So, tak hairan la masakan beliau
memenuhi selera dan disukai ramai.
Sumber gambar dari foursquare |
Apa yang menarik menu kat sini ialah Nasi Lemak Goreng yang sangat terkenal dan disukai
pelanggan. Macam mna lak agaknya rasa nasi lemak goreng Chef Fawzey ni kan?
Erm, korang yang ada kat Petaling Jaya dan yang mana berkunjung ke Petaling
Jaya, jangan lupa singgah di Food Truck Nasi Lemak Kukus Chef Fawzey.
Sumber gambar dari foursquare |
Lokasi:
Berhadapan Bangunan UOB
Jalan Othman (Jalan Othman)
Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
4. Upstairs Café
Upstairs Café
ni menyediakan hidangan makanan Barat, sesuai korang yang mana gemarkan makanan
Barat dan adakala juga mahu mengubah selera Asia ke Barat bolehlah mencuba
menu-menu yang sangat menarik dan juga coffee di Upstairs Café. Antara makanan
yang popular di sini ialah seperti pancake, spaghetti, lasagna, desert yang
sangat sedap carrot cake, red velvet cake.
Sumber gambar dari foursquare |
Saya
cadangkan korang kena cuba menu kat sini memang memuaskan hati dan sangat
berbaloi. Nak tahu kat mana? Upstairs
Café berada di:
No. 12A (First Floor), Jalan SS12/1B
47500 Subang Jaya, Selangor
Malaysia
5. Acha Curry House
Bagi penggemar kari, Acha Cuury
House merupakan pilihan yang tepat bagi menikmati hidangan kari, nasi
beralaskan daun pisang. Pergh, bila Nampak kari yang pekat ditambah pula dengan
hidangan yang di alas daun pisang memang amat menyelerakan saya.
Sumber gambar dari foursquare |
Acha Curry House menyediakan
pelbagai menu kari yang lazat seperti kari ikan, ayam, ketam, salted fish,
fried chicken, dan diselitkan pula dengan sambal ikan bilis ia cukup menambah
selera penggemar kari. Dengan wangian daun pisang lagi mengamcam selera
pelanggan. Korang boleh la berkunjung ke Acha Curry House di:
Sumber gambar dari foursquare |
271, Jalan 5/51, Petaling
Garden
46000 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
6. ICHIRO Sushi Bar
Bagi penggemar makanan Jepun ICHIRO Sushi Bar adalah pilihan
yang tepat untuk menikmati makanan Jepun terutaman Sushi. Antara menu yang
disukai di sini adalah seperti Chawanmushi with red miso soup,
Fresh sashimi and salmon.
Sumber gambar dari foursquare |
Korang yang suka makanan Jepun sudah tentu akan menikmati kelazatan makanan Jepun yang sungguh lazat seperti berada di Jepun. Bagi korang yang hendak berkunjung ke Ichiro Sushi Bar, boleh la ke:
Sumber gambar dari foursquare |
ISETAN 1U - Food Feast (Persiaran Bandar Utama)Petaling Jaya, SelangorMalaysia
7. Strangers at 47
Strangers 47 seunik nama merupakan sebuah cafe yang menawarkan makanan Barat yang sungguh menyelerakan. Antara menu yang popular di Strangers at 47 ialah seperti Fusion Crêpes, flame grilled roasted chicken, cakes, speciality coffee, event space.
Sumber gambar dari foursquare Cream cheese filing with rasberry sauce toped with espresso beans |
Ramai pelanggan di sini gemarkan menu Red Riding Hood, Pandan Kelapa yang snagat lazat. Selain itu Affogato juga salah satu menu yang disukai ramai serta krim keju yang mengisi dengan sos raspberry yang dihiasi dengan kacang espresso, menakjubkan!
Sumber gambar dari foursquare Affogato |
Ia dibuka pada hari Isnin hingga Ahad pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.30 malam. so, korang nak bersarapan, makan tengahari dan juga makan malam di Strangers at 47 sangat dialukan. Strangers at 47 terletak di:
47, Jalan 17/45
46400 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
8. myBurgerLab: HQ
myBurgerLab: HQ merupakan sebuah restoran yang menyediakan menu burger bagi anda penggemar burger. Ia telah beroperasi sejak tahun 2012 dan telah membuka cawangan di lokasi lain.
Sumber myBurgerLab: HQ
Menu yang popular di myBurgerLab: HQ seperti Chick Burger, Salted egg yolk burge, Chicken Geisha: Japanese sesame sauce dengan seaweed and fried chicken patties.
Yang menriknya kat myBurgerLab: HQ turut menyediakan nasi lemak burger. Pergh... macamana agaknya rasa nasi lemak burger tu? Nak tahu macamana rupa dan rasa nasi lemak burger bolehlah berkunjung ke myBurgerLab: HQ di:
3, Jalan PJS 11/9
47500 Subang Jaya, Selangor
Malaysia
9. Rumah Makan Cibiuk Kota Damansara
Bagi peminat makanan Indonesia pula Rumah Makan Cibiuk Kota Damansara merupakan restoran yang patut anda kunjungi. Antara makanan yang istimewa di sini ialah Bebek Bakar, Mee Bakso Komplit, Talapiah Goreng Kipas.
Set Bandung
Sumber: cibiuk.com.my
Yang menariknya kalau nak order makanan di sini, bagi penggemar hidangan nasi, boleh mencuba set nasi seperti Set Bandung, Set Jakarta Special dan Set Garut.
Set Jakarta Special
Sumber: cibiuk.com.my
Rumah Makan Cibiuk Kota Damansara ni beroperasi pada setiap hari pada pukul 11.00 tengahari sehingga 11.00 malam, kecuali pada hari Jumaat dibuka pada pukul 2.30 petang sehingga 11.00 malam. Ye, apa lagi korang boleh la merasa selera Indon pula di Rumah Makan Cibiuk Kota Damansara yang beralamat di:
No. 1-G, Jalan Putra 6,
Taman Putra Kajang,
43000, Kajang, Selangor, Malaysia
10. Jojo Italian Restaurant
Penggemar makanan Itali, tidak ketinggalan juga terdapat restoran yang harus anda kunjungi iaitu Jojo Italian Restaurant. Antara menu yang harus anda cuba seperti pesto scallop pasta, cod fish and tiramisu, Pepperoni pizza and carbonara mushroom ravioli flavor, T-Bone Steak, Scallops Pasta, Seafood Pizza, The stuffed salmon in the salmon ravioli.
sumber: facebook jojositalian
Pepperoni pizza and carbonara mushroom ravioli flavor
sumber: facebook jojositalian
squid ink fettuccini
Jojo Italian Restaurant terletak di:
Tropicana Golf & Country Resort
47410 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Kat Petaling Jaya ni boleh dikatakan syurga makanan juga. Banyak tempat makan yang menarik dan lazat. Kepelbagaian menu membuatkan anda sukar untuk memilih tempat makan yang sedap. Ini antara sepuluh tempat yang boleh saya cadangkan. Boleh la anda mencuba dan berkunjung ke sana. Apa pun, dalam musin Covid 19 kekangan bagi anda untuk berkunjung ke sana sudah tentu memberi sedikit kesukaran. Namun, ia boleh diatas dengan penghantaran segera, anda boleh mendapatkan juga perkhidmatan seperti Delivery Malaysia, Grab Food dan sebagainya bagi mendapatkan makanan gemeran anda.
Selamat Menjamu Selera.
semuanya sedap. lps PKP la kita gi makan di restoran2 tersebut.
ReplyDeleteMenarik semuanya ni.
ReplyDelete