Dah Jadi Full Time Surirumah Harus La


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dah Jadi Full Time Surirumah Harus La | Allhamdulillah sejak bulan Disember lalu berakhirnya saya sebagai penjawat awam, maka bermulalah surirumah sepenuh masa. 

Dapur apa lagi, memang tak dan nak kering. Masuk awal tahun, anak-anak nak ke sekolah bawa bekal. Bekal simple je di pagi hari seperti nasi goreng, sandwish telur, ayam goreng kfc... emmm... itu antara menu bekal anak-anak ke sekolah. 



So, korang dah berapa lama ye KPK masuk fasa 2, saya pun dah lupa berapa hari dah! sebab memang dah duk rumah je! hehehe.... Allhamdulillah syukur. Mak ayah la yang banyak support kami., adakala memang la rasa down kan sebab kena berhenti kerja dan sebagainya, tapi itu la penguatnya. Bila down saya lebih positif dan positif.

Banyak juga cabaran dan dugaannya bila tak bekerja tak ada income. Kerja berniaga tepi jalan, ada hari yang ada pendapatan, ada hari tak ada langsung. Apa pun syukur masih mampu bagi duit anak sekolah walaupun sikit dan beli susu Nur Jannah. 



Gaji 
hehe... dah tak ada gaji! gaji berniaga pun berapa la sangat, apa pun tersangat la syukur, bila berada di bawah ni dapat rasa sangat hebat! Hebat sebab dapat lalui semua ini. 


Bank Kejar
Seronok kena kejar kat bank ni, tapi tak tahu la segalanya Allah permudahkan urusan komitmen bulanan saya dengan bank. Allah datangkan staf-staf bank yang sangat helpful dan baik. Sehinggakan mereka gunakan personal no call saya. 

Bila PKP pun mereka risau takut saya tak boleh nak keluar ke bank buat bayaran. Kota Bharu red zone! Apa pun saya sangat bersyukur dengan semua bank yang berurusan dengan saya tak jemu call  update info, buat proposal dan memahami situasi saya. 


2 comments:

  1. Alhamdulillah, ada hikmah disebaliknya semuanya tu

    ReplyDelete
  2. InshaAllah kak..Allah permudahkan urusan akak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.