Covid19
Isu Semasa
UPSR, PT3 Di Batalkan | Apa Kata Ibu Bapa, Gugu-guru
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Rentetan masalah global Covid 19 yang menlanda negara, Kementerian
Pelajaran Malaysia semalam 15 April 2020 telah mengambil keputusan untuk
membatalkan peperiksaan utama bagi Perperiksaan UPSR dan juga PT3.
Sehubungan itu, Menteri
Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai
kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan
mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Kata Dr Mohd Radzi, sekolah yang tidak berdaftar
dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.
“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan
penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan
peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.
Beliau berkata demikian dalam sidang media
Menteri Pendidikan yang berlangsung dari Putrajaya pada Rabu.
“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu
daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab
Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini
yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.
“Pembatalan PT3 tidak akan
menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu
kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan
dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah
khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya dalam
sidang media pada Rabu.
Seperti mana
kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, rata-rata guru-guru
menyambut baik dnegan keputusan tersebut.
Sumber Borneo |
Pandangan Ibu Bapa
Selain itu, ia juga
mendapat sambutan baik dalam kalangan ibu bapa. Ibu bapa memandang positif
dengan keputusan yang dibuat.
Faktor Keselamatan
Faktor keselamatan
anak-anak menjadi punca utama dan sangat dibimbangi oleh para ibu bapa.
Kebanyak ibu bapa mahu anak mereka selamat daripada pandemic Covic 19 ini. Apa
pun menurut Dr Mohd Radzi, apa-apa perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa di atas faktor keselamatan murid.
Sumber Borneo |
Saya sebagai ibu yang
ada anak akan mengambil UPSR tahun ini juga mengharapkan keselamatan anak–anak
terjamin. Sudah tentu wabak ini akan terus berpanjangan memandangkan setiap
hari kes baharu 100 sehingga ke 200 dicatatkan. Walaupun, mungkin pada ketika
itu, (bulan September) wabak ini sudah berkurangan tapi jika tidak dikawal
sepenuhnya ia kemungkinan akan terus merebak.
“seperti apa yang
berlaku pada hari ini pada anak saya, sejak PKP dia memang tak keluar rumah,
hanya sekali sekala bermain di halaman rumah sahaja. Namun, petang tadi dia ke
rumah. Allah Ya Baarik menyusun kan kakak dan adik keluar rumah membeli air
mesin. Bila pulang daddynya marah kenapa keluar rumah. Anak-anak, mereka belum faham tentang bahaya virus ni."
Keselamatan anak-anak
buat masa ini diutamakan selagi boleh mengelak mesti dielak. Dan,,, saya juga
melihat video tular sekumpulan anak-anak merayap, ada yang membawa bakul
makanan untuk dijual. Ya Allah,,, betapa sedih dan pilu hati ni. Mereka tu, tidak
adapilihan, anak-anak terpaksa keluar mencari rezeki untuk sesuap nasi! Mereka
lagi tak faham bahaya tentang virus ni, kerana mereka servive untuk hidup. Kat
rumah kita tak tahu mungkin ada adik-adik mereka yang kehausan susu, mungkin
dah berapa lama tak minum susu, atau orang tua yang sakit, atau dah berapa lama
juga mereka makan nasi dan tak makan nasi, siapa yang tahu! Disenalik semua tu
kita tak nampak.
Sumber Borneo |
Namun, ada juga yang
berpendapatan pengumuman terlalu awal meyebabkan anak-anak rasa seronok mdan
mula tidak fokus kepada pembelajaran. Sedangkan sekarang sekolah sudah mula
mengadapan pengajaran dan pembelajaran menerusi saluran teknologi.
Latihan-latihan mula diberi oleh guru-guru menerusi saluran aplikasi whatsaps, classroom,
dan sebagainya. Dengan pengumuman yang dibuat sedikit sebanyak akan memberi
penurunan momentum kepada anak-anak yang telah mula fokus terhadap pembelajaran
secara atas talian yang diberikan oleh guru-guru setiap hari.
Apa Kata Guru
Guru-guru juga tunjang
utama kepada murid. Jika di sekolah merekalah ibu dab bapa kepada anak-anak
kita. Sebagai ibu dan bapa anak-anak kita mereka juga tidak mahu anak-anak
murid berada dalam keadaan bahaya dan terancam. Walaupun anak-anak murid tidak
mampu mengikuti pembelajaran seperti biasa dan penilaian serta peperiksaan
seperti setiap tahun, saya yakin Kementerian Pelajaran mempunyai alternatif
yang bijak bagi menilai tahap pembelajaran kepada murid. Di bawah ini pendapat guru menerusi cikgushare.com menggambarkan rasa syukur dan berterima kasih cikgu kepada KPM, dengan memberi pandangan mereka terhadap pembatalan UPSR.
Sumber cikgushare.com |
Apa Kata Anak-anak
Saya tanya kakak, "apa perasaan kakak bila UPSR dibatalkan?" kakak jawab, tak ada rasa apa. Mungkin masih badmood peristiwa petang tadi.
Apa Kata Anda
Apa pula kata anda
sebagai ibu bapa dan rakyat marhaen dalam keputusan yang dibuat ini. Saya
percaya ada juga yang risau tentang keputusan ini. Bukan risau tentang apa tapi
saya yakin ada yang risau dan takut anak-anak ketinggalan dalam pembelajaran. Ini
kerana sudah tentu ada ibu bapa yang sangat berharap anak-anak dapat mengjulang
kejayaan besar dalam UPSR dan PT3 kerana tahap ini akan dinilai dalam memasuki
sekolah berasrama penuh.
Justeru, pelbagai
pandangan dan saranan ada yang baik da nada juga yang kurang bersetuju, apa
yang paling utama dalam keadaan sekarang bagi saya keselamatan anak-anak adalah
paling utama. Saya berharap agar pandemic ini akan berakhir secepatannya. Semoga
Allah merahmati kita semua, dan setiap apa yang ditakdirkan ini sudah tentu ada
rahmat yang tersurat dan tersirat.
Mungkin akan ditiadakan terus pada tahun2 akan datang.
ReplyDeleteAkan digantikan dengan bentuk penilaian yang berlainan.
Mungkin juga kan, dl lagi ada khabar nak masuhkan upsr
Deletelook how things turn out. wow oh wow
ReplyDeletebetter tangguh dulu.. bayangkan kalo sorg murid positif, satu sek tutup.. sume kena buat saringan
ReplyDeletei get it that semua risau but health comes first.
Deleteagaknya..kalau sijil SPM tak lulus...anak-anak yg tidak menghadapi PT3 ni...nakpi cari kerja sebagai buruh atau pembantu am di kedai atau mini market ..mcm mana ya ? sebab tak ada sijil langsung..cuma ada sijil upsr dulu dan sijil berhenti sekolah
ReplyDeleteAnak saya yang akan mengambil SPM tahun ini berasa sangat gembira kerana ditangguh...saya pulak yang stress
ReplyDeletesemoga anak2 kita terus maju cemerlang ., aminn
ReplyDelete