UPSR, PT3 Di Batalkan | Apa Kata Ibu Bapa, Gugu-guru



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Rentetan masalah global Covid 19 yang menlanda negara, Kementerian Pelajaran Malaysia semalam 15 April 2020 telah mengambil keputusan untuk membatalkan peperiksaan utama bagi Perperiksaan UPSR dan juga PT3.



Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.


Kata Dr Mohd Radzi, sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan untuk turut mengikuti keputusan ini.

“Pembatalan UPSR tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan peringkat rendah kerana penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah lain.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Menteri Pendidikan yang berlangsung dari Putrajaya pada Rabu.


“Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), KPM akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.


“Pembatalan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian tahap penguasaan murid di peringkat menengah rendah. Satu kaedah baharu akan diperkenalkan. Keputusan yang diperoleh dari kaedah ini akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik,” katanya dalam sidang media pada Rabu.
Seperti mana kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, rata-rata guru-guru menyambut baik dnegan keputusan tersebut.

Sumber Borneo

 
Pandangan Ibu Bapa

Selain itu, ia juga mendapat sambutan baik dalam kalangan ibu bapa. Ibu bapa memandang positif dengan keputusan yang dibuat.

Faktor Keselamatan

Faktor keselamatan anak-anak menjadi punca utama dan sangat dibimbangi oleh para ibu bapa. Kebanyak ibu bapa mahu anak mereka selamat daripada pandemic Covic 19 ini. Apa pun menurut Dr Mohd Radzi, apa-apa perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di atas faktor keselamatan murid.

Sumber Borneo

Saya sebagai ibu yang ada anak akan mengambil UPSR tahun ini juga mengharapkan keselamatan anak–anak terjamin. Sudah tentu wabak ini akan terus berpanjangan memandangkan setiap hari kes baharu 100 sehingga ke 200 dicatatkan. Walaupun, mungkin pada ketika itu, (bulan September) wabak ini sudah berkurangan tapi jika tidak dikawal sepenuhnya ia kemungkinan akan terus merebak.

“seperti apa yang berlaku pada hari ini pada anak saya, sejak PKP dia memang tak keluar rumah, hanya sekali sekala bermain di halaman rumah sahaja. Namun, petang tadi dia ke rumah. Allah Ya Baarik menyusun kan kakak dan adik keluar rumah membeli air mesin. Bila pulang daddynya marah kenapa keluar rumah. Anak-anak, mereka belum faham tentang bahaya virus ni."

Keselamatan anak-anak buat masa ini diutamakan selagi boleh mengelak mesti dielak. Dan,,, saya juga melihat video tular sekumpulan anak-anak merayap, ada yang membawa bakul makanan untuk dijual. Ya Allah,,, betapa sedih dan pilu hati ni. Mereka tu, tidak adapilihan, anak-anak terpaksa keluar mencari rezeki untuk sesuap nasi! Mereka lagi tak faham bahaya tentang virus ni, kerana mereka servive untuk hidup. Kat rumah kita tak tahu mungkin ada adik-adik mereka yang kehausan susu, mungkin dah berapa lama tak minum susu, atau orang tua yang sakit, atau dah berapa lama juga mereka makan nasi dan tak makan nasi, siapa yang tahu! Disenalik semua tu kita tak nampak.

Sumber Borneo

Namun, ada juga yang berpendapatan pengumuman terlalu awal meyebabkan anak-anak rasa seronok mdan mula tidak fokus kepada pembelajaran. Sedangkan sekarang sekolah sudah mula mengadapan pengajaran dan pembelajaran menerusi saluran teknologi. Latihan-latihan mula diberi oleh guru-guru menerusi saluran aplikasi whatsaps, classroom, dan sebagainya. Dengan pengumuman yang dibuat sedikit sebanyak akan memberi penurunan momentum kepada anak-anak yang telah mula fokus terhadap pembelajaran secara atas talian yang diberikan oleh guru-guru setiap hari.

Apa Kata Guru

Guru-guru juga tunjang utama kepada murid. Jika di sekolah merekalah ibu dab bapa kepada anak-anak kita. Sebagai ibu dan bapa anak-anak kita mereka juga tidak mahu anak-anak murid berada dalam keadaan bahaya dan terancam. Walaupun anak-anak murid tidak mampu mengikuti pembelajaran seperti biasa dan penilaian serta peperiksaan seperti setiap tahun, saya yakin Kementerian Pelajaran mempunyai alternatif yang bijak bagi menilai tahap pembelajaran kepada murid. Di bawah ini pendapat guru menerusi cikgushare.com menggambarkan rasa syukur dan berterima kasih cikgu kepada KPM, dengan memberi pandangan mereka terhadap pembatalan UPSR. 

Sumber cikgushare.com


Apa Kata Anak-anak

Saya tanya kakak, "apa perasaan kakak bila UPSR dibatalkan?" kakak jawab, tak ada rasa apa. Mungkin masih badmood peristiwa petang tadi. 

Apa Kata Anda

Apa pula kata anda sebagai ibu bapa dan rakyat marhaen dalam keputusan yang dibuat ini. Saya percaya ada juga yang risau tentang keputusan ini. Bukan risau tentang apa tapi saya yakin ada yang risau dan takut anak-anak ketinggalan dalam pembelajaran. Ini kerana sudah tentu ada ibu bapa yang sangat berharap anak-anak dapat mengjulang kejayaan besar dalam UPSR dan PT3 kerana tahap ini akan dinilai dalam memasuki sekolah berasrama penuh.

Justeru, pelbagai pandangan dan saranan ada yang baik da nada juga yang kurang bersetuju, apa yang paling utama dalam keadaan sekarang bagi saya keselamatan anak-anak adalah paling utama. Saya berharap agar pandemic ini akan berakhir secepatannya. Semoga Allah merahmati kita semua, dan setiap apa yang ditakdirkan ini sudah tentu ada rahmat yang tersurat dan tersirat.

8 comments:

  1. Mungkin akan ditiadakan terus pada tahun2 akan datang.
    Akan digantikan dengan bentuk penilaian yang berlainan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga kan, dl lagi ada khabar nak masuhkan upsr

      Delete
  2. look how things turn out. wow oh wow

    ReplyDelete
  3. better tangguh dulu.. bayangkan kalo sorg murid positif, satu sek tutup.. sume kena buat saringan

    ReplyDelete
    Replies
    1. i get it that semua risau but health comes first.

      Delete
  4. agaknya..kalau sijil SPM tak lulus...anak-anak yg tidak menghadapi PT3 ni...nakpi cari kerja sebagai buruh atau pembantu am di kedai atau mini market ..mcm mana ya ? sebab tak ada sijil langsung..cuma ada sijil upsr dulu dan sijil berhenti sekolah

    ReplyDelete
  5. Anak saya yang akan mengambil SPM tahun ini berasa sangat gembira kerana ditangguh...saya pulak yang stress

    ReplyDelete
  6. semoga anak2 kita terus maju cemerlang ., aminn

    ReplyDelete

Powered by Blogger.