Pengajian Saya
Esok ke Penang
Esok ke Penang / Esok saya ke Penang lagi.... Khamis lepas dah pergi esok kena pergi lagi dan minggu depan InsyaaAllah dengan izinnya saya ke sana lagi.... Bertabah la wahai hati. Kuatkan la semangat saya ni. Saya dah siap ambil cuti untuk ke sana esok, tapi pagi saya masuk ofis dulu sementara nak tunggu tengahari kakak dan kak ngah balik sekolah. Minggu lepas saya dah skip sekolah mereka. Minggu ni tak kan nak skip lagi, walaupun kak ngah baru 6 tahun, kakak pula darjah 4. Dek pengajian saya, pengajian anak-anak pun terpaksa dikorbankan bila hari saya ke USM.
Harapan
Harapnya kali ini boleh selesaikan pembetulan tesis saya untuk saya hantar minggu hadapan. Dalh tak larat saya ni.... dah 5 tahun lebih. Ye la.... saya daftar mengaji 17 Disember 2012. 17 Disember 2017, genap lima tahun. Ni, masuk tahun ke-6 la kan.... huhu... long journey! Banyak dah yang terkorban gara-gara pengajian ni... hehehe.... tapi yang penting dah banyak sangat ilmu baru yang saya dapat. Nak tahu apa? Ilmu mengenal Allah.... Subhanallah! hebatnya Allah ni.... dia bagi kita susah untuk kita kenal Dia.....
Nak Kena Terminate Kerja
Nak habiskan belajar ni satu hal. Satu hal lagi tunggu masa dan bulan je saya ni, walaupun belum ada apa-apa official letter nak kena terminate kerja ni.... Saya duk standby dari minggu lepas kot-kot orang atas nak panggil, untuk inform kat saya pasal termination ni.... ye la diorg mesti akan inform awal suruh kita standby kan apa-apa akan berlaku sebab kawan saya pun dah kena panggil..... tak apa la Allah itu Maha Perancang. Saya yakin perancangan Allah terbaik tuk saya. Rezeki di buminya sangat luas.... Tak risau ke nak kena buang kerja? huh.... sapa tak risau! tersangat la risau..... cuma itu sahaja punca rezeki saya dan keluarga.
Qada dan Qadar Allah
Sebelum ni, hidup saya penuh dengan rungutan kenapa semua terpaksa saya tanggung sendiri...... tapi kini saya faham qada dan qadar Allah.... walaupun suami saya tak mampu nak membantu dari segi kewangan keluarga kami, tapi saya sangat bersyukur, ada sahaja rezeki yang dia bawa balik.... Ada sahaja orang itu dan orang ni bagi macam-macam kat dia.... apa lagi yang kami nak. Dari segi kewangan je kami sesak sikit, tapi rezeki Allah bagi makan tu tiap hari kami makan. Makan apa? tak kisah la, janji Allah bagi kami makan..... hehehe......
Nak Makan Apa
Kakak selalu tanya "mama malam ni kita nak makan apa?".... saya diam! lepas tu saya cakap.... tak apa la kakak jangan fikir nanti Allah bagi la tu..... Allahkan Maha Pengasih Maha Penyayang.... orang kata tak de duit nak buat tu dan ini pun susah. Memang susah kalau fikir susah, tapi cuba jangan fikir mesti senang..... Pagi tadi saya tengok akaun saya ada 300 lebih...... saya pun tak tahu kena bank potong hampir seribu..... aduihhhh camana saya nak buat, hutang banyak lagi tak settle bulan ni, gaji nunnnnn bulan 3 akhir.... then nak balik kampung lak cuti sekolah sedangkan gaji belum masuk lagi masa tu. Kereta nak kena service lak......
Allah Yang Maha Memberi Rezeki
Saya termenung! tak apa, Allah Maha Menyusun.... tetiba bila check akaun lagi, ada masuk 500..... Subhanallah..... Allahuakhbar. Terima kasih Ya Rabb, esok saya nak kena pergi Penang dan minggu depan pun nak kena pergi Penang..... Mesti kena guna duit sikit.... Dan juga simpan tuk balik kampung sikit sebelum nak gaji...... nak mengharungi 3 minggu lagi. macamana agaknya. hehehehe..... saya hanya mampu senyum! sebab senyum itu sangat buat saya tenang. Apa nak jadi saya tawalkal.
Allah Yang Maha Tempat Bergantung
Tips saya! yakin lah pada Allah Yang Maha Tempat Bergantung. Allah Ya Somad! Seperti mana kita duk baca selalu surah Al Ikhlas itulah salah satu akidah, keimanan kita! Cuba jangan menrungut..... diam lagi baik, fikir yang baik sahaja. InsyaaAllah Allah Maha Tempat Bergantung Dia takkan menganiaya hambaNya,,,,,,
kan kak sheila..Allah tu maha adil..Dia bagi ujian, Dia beri kita hikmah yang lagi besar. Semoga urusan kak sheila dipermudahkan..
ReplyDeleteBergantung padaNya, tak akan jadi sia-sia. Hanya yakin itu kena sentiasa ada...
ReplyDeleteBeratnya dugaan Sheila. Semoga Sheila Akan dpt kerja yg lebih baik Dan semoga Allah permudahkan urusannya
ReplyDelete