Akhirnya Tewas Jua

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Akhirnya Tewas Jua / Assalamualaikum. Salam sayang. Salam Februari. Sekejapnya masa berlalu. Dah masuk bulan 2 tahun 2018. Saya belum lagi submit tesis. Masih dengan pembetulan. Kat ofis tadi sahabat datang jumpa saya bncang tentang penulisan tesis saya. Allhamdulillah, banyak yang dia ajar saya. Dah habis di ofis saya, kami keluar makan. Dia belanja saya, niatnya saya yang nak belanja dia, tapi katanya nak bagi semangat kat saya.... Subhanallah.... Dia kakak dia lah sahabat yang sama-sama kami betungkus lumus. Akhirnya, dia lewat sambung pengajian dari saya dan dia yang habis dahulu. Saya redha ini dah ketetuan saya. Seorang lagi khabar sabahat merangkap kakak saya akan viva bulan depan. Allhamdulillah.... ketentuan Allah sangat tepat masa dan ketika. 

Seorang demi seorang sahabat akan habis dan tamat pengajian terus meninggalkan saya. Saya? Saya tak kisah jika ini dah ketentuan saya! Saya redha.... Saya hanya mampu berdoa usaha dan terus berdoa. Walaupun apa susah sekali pun saya akan menamatkan pengajian saya jua. Saya dah tak ada duit nak bayar yuran. 12 Februari adalah tarikh akhir pendaftaran. Nak atau tidak saya kena hantar tesis saya. Saya tak tahu macamana. Penyelia saya bagi ke hantar? Sempat ke saya hantar tarikh itu? Saya tak tahu! Saya sangat buntu sekarang. Yang saya tahu saya terus buat analisis saya ! buat semula! Terpaksa beli lesen software lagi. Terpaksa guna kad kredit lagi! Dah tak tahu berapa banyak kali saya beli lesen tu.... 


Malam ni, akhirnya saya tewas jua..... Selama ini saya memang pendam saya perasaan saya! walaupun ada ketika saya rasa feed up dengan semua ini. Pagi tagi ada pula khabar yang pekerjaan saya tak menentu lagi walaupun saya dah tamat pengajian. Banyak yang bermain di benak fikir saya menyebabkan malam ni sambil saya run semula data analisis saya, sambil itu juga dicucuri dengan air mata yang laju mengalir. Dah tak tahu nak rasa apa. Saya cuma rasa penat! Selama ini saya ignore semua perasaan,,,, tapi malam ini saya dah tak tahan. Teramat penat! Demam, selsema masih belum sembuh. 

Saya mengabaikan semua hak diri, kontang kanting hidup, demi pengajian ini. susah sangat! Nak mula pun susah nak tamatkannya pun susah. Saya pedih. Banyak dosa saya ni? Hanya mampu memohon ampun. Saya pun tak nak semua ni berlaku. Saya tak mahu buat semua ni, di mana pilihan yang saya ada. Saya penat. Tersangat penat! Kesusahan dah sebati dengan saya. Langsung tiada hak untuk diri demi pengajian ini. Nak beli baju sehelai pun tak mampu memikirkan makan lebih penting untuk anak-anak. Saya penat sangat. 

Kenapa jalan ini? Mungkin Allah sayangkan saya, di kiri kanan bahu saya memikul beratnya rasa. Namun, saya tahu Allah lagi Maha Pengasih dan Penyayang. Dia sentiasa menghurkan bahunya untuk saya bersandar,... Saya jarang bercerita dengan hambaNya.... apa yang di rasa berat seberat mana pun bahu saya memikul saya akan tenang bila saya rasa saya bersandar di bahuNya... Hanya Dia sahaja yang faham saya! Tak perlu saya nak meluahkan kepada hambaNya. Kalau dah terpaksa saya luahkan dengan izinNya baharu saya akan membuka mulut. 

Saya tak tahu apa kesudahanya hidup saya ini yang pasti saya tahu dah ada penamatnya. Saya sebagai abdi dipertanggungjawab sebagai khalifah, saya sedaya upaya melaksanakan apa yang ditetapkan. 

Terima kasih Ya Rabb..... Allhamdulillah. 



4 comments:

  1. semoga Allah permudahkan urusan sis dalam mencari ilmu, dalam menghabiskan tugasan. semoga diberi ketenangan dlm mbuat tugasan..jgn sedih2 ya sis. kuatkan semangat okey?
    ALLAH takkan membebani kaumnya dgn sesuatu yg mereka tak mampu hadapi.kuat smgt tau !

    la haw la wala quwwata illa billa hil aliil adzhim...
    tiada daya dan kekuatan bagiku melainkan dgn pertolongan Allah jua..

    ReplyDelete
  2. Semoga segala urusan sis shiela dipermudahkan.
    Allah uji sebab tahu sis shiela boleh handle smua masalah tu.
    Keep fighting and dont give up

    ReplyDelete
  3. Semangat..kesabaran..bertanggungjawabnya akak..niat yang baik..air mata...semua pahala buat akak..semuanya kerana akak isteri yang taat pada suami..ibu yang menjaga anak..pekerja yang jujur dan akak sedang menuntut ilmu juga...semua ibadah..berat dan sesak yang ditanggung Allah sertakan saham pahala yang deras mengalir..akak cuma usahakan tapi semua Allah SWT yang pilih dan aturkan...nanti bila detiknya tiba..insyaAllah manisnya luar biasa..akak boleh.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah.. berat lg bahu memikul

    ReplyDelete

Powered by Blogger.