Koffee Kitchen Perlis Terbaik Bagi Penggemar Western Food

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم




Salam Jumaat / Allhamdulillah.... semalam duk meleleh air mata bagai mood sayu sampai ke pagi ni. Namun, dengan dikuasakan oleh energi Jumaat yang kuat saya bangkit kemas rumah, uruskan Baby Jannah... dan sambung mengadap latop. Allhamdulillah.... Dah tak ada daya saya nak buat semula analisis saya, disarankan oleh kedua-dua penyelia, saya juga yang setuju. Takut nanti kalau masa viva saya kena teruk. 

Dah bukan daya saya melakukan semua jika tidak dengan kasih sayang Allah yang pinjamkan daya dan kekuatanNya untuk saya! Seminggu yang ada ni saya kena betul-betul fokus dan saya hanya mampu doa usaha, doa usaha. Ya Allah semoga dipermudahkan semuanya!

Allhamdulillah.....


Dek kepenatan, Hari Jumaat lalu kami ke Kangar. Makan. Ya Allah dah lama tak makan kat luar bersama keluarga. Terima kasih memberikan sedikit rasa bagi hilangkan kepenatan hati. Bila tengok anak-anak gembira, kita pun gembira. Ye la saya jarang bawa mereka dinner kat luar. Dek kesulitan kesempitan saya, kesibukan saya! huh.... sangat hepi saya tengok mereka. Dengan dibantu oleh rakan yang memberi cadangan, kami ke Koffee Kitchen.


Husband dah bising, takut nanti tempat tu mahal. Tak apa la bagi hati saya ni bertenang sebab dah tak ada life sangat dah. Balik kerja menapak di UUM, balik rumah, esok menapak di UUM lagi... Itu la life saya... Langsung tak tahu tempat makan ke, tempat menarik kat Kedah Perlis, memang la saya tak tahu... Nak makan kat mana lagi la saya fail bab ni. Saya tak permah makan kat luar! Tak tahu la saya. 



Seronok, bila kat Koffee Kitchen ni, bila ada permainan santai chess. Anak-anak duk main dengan en daddy, sambil tinggu makanan. Baby Jannah pun seronok. Ye la dia lagi la kesian kat baby saya sorang ni.... 

Antara makanan yang dipesan adalah:

 Salmon Spaghetti

 Oglio Seafood

 Mushroom Soup and Garlic Bread

 Bolognese Spaghetti

Americano

Chocholate shake 

Review Saya
Allhamdulillah, bagi saya oglio seafood boleh tahan rasanya, tapi bagi bolognese tak berapa mengikat selera saya. Mushroom soup dan garlic bread sedap. Apa pun salmon the best! terbaik la! Saya cuma pesan ini mungkin banyak lagi grill food yang sedap tau... Pilihan pun banyak, suasana cafe tip top. Mesra pelanggang. Baik sonpan santun semuanya. 1st class tang tu saya bagi. Lain kali boleh cuna grill pula, lamb or chicken.... Harga pun boleh tahan, mampu makan.... hehehe....

IG : @KoffeeKitchen

Alamat:
27 Kg Guar Syed Alwi, Jln Guar Syed Alwi
01000 Kangar

Tel : 017-488 2700

Anda boleh telefon dahulu jika mahu memesan makanan


Allhamdulillah.... 






2 comments:

  1. Wah bestnya, tengok gambar pun dah terliur. Rii org perlis pun tak pergi lagi. InsyaAllah akan pergi nanti, masuk list dulu.

    ReplyDelete
  2. tempat CCL selalu lepak dengan kawan - kawan , selalu order buttermilk chicken kat koffee kitchen ni , sedap yakmat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.