Kari Ikan Talang Masin

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kari Ikan Talang Masin / Allhamdulillah, duk sibuk dengan tesis, sempat juga menyiapkan hidangan hari minggu kari ikan talang masin dengan dibantu oleh en daddy. Ikan talang ni rezeki dari jiran 2 minggu lepas. Subhannallah.... banyak mereka bagi kami ikan masin, tiga jenis.... Tak terhabis makan lagi. Minggu lepas, saudara dari Kelate datang bermalam di rumah kami, saya dah masak separuh gulai ikan talang masin dengan nenas. Hari ni, nenas tak ada sayur, terung, benda dan tomato sahaja yang ada, syukur... itu pun dah banyak, masukkan sahaja dalam kari ikan talang masin. 


Masak ni senang sahaja sebenarnya yang penting rajin. Saya tak belajar masak dengan proper. Pandai dengan sendiri bila dah ke universiti, itu pun masa dah umur 24, 25 tahun... hehehe.... umur macam ni orang lain dah beranak-pinak dah pandai masak. Saya? baru nak belajar! Belajar pun dengan kawan-kawan. Kat rumah cuma bantu sediakan bahan-bahan sahaja, tu yang lambat nak pandai masak... kekekeke. Bila dah kawin mula pandai masak sebab en. daddy boleh tahan juga masak. Secara automatik pun jadi pandai sendiri. 

Nak tengok resepi Kari Udang meletup kat SINI

Resepi sangat mudah! hinggakan anak dan en daddy makan bertambah. Anak-anak suka makan kari terutama kak ngah Zara Adelia. En daddy kata patut la kak ngah suka kari, dia kan lahir di Perlis... hehe... orang utara memang suka kari.... hehehe....

Bahan-bahan
Ikan talang masin
bawang merah 
bawang putih
halia
serbuk kari 
santan
kerisik
rempah 4 beradik
air asam jawa
Garam + gula
sayuran (terung, tomato, bendi)

Cara
Tumiskan bawang yang dimayang, halia, 4 beradik. Masukkan serbuk, air asam jawa... didih... pecah minyak. Masukkan santan.... masukkan air, masukkan ikan talang masi dan akhirnya masukkan sayuran. Masak hingga didih..... Siap!

Itu yang saya kata senang bab masak ni. Yang penting rajin dan jangan takut mencuba. Masak ni subjektif, salah satu seni juga. Selamat mencuba....


8 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki..sedap tu bendi campur pada kari...nikmat..ni kalau PC tak perlu ada lauk lain..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap Sheila masak.. Selain kari, LZ suka ikan talang masin masak asam letak nenas muda, fuh mables!..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. buh kerisik bangkit n sedap la kuah kari ter sebab dia wangi

      Delete
    2. kari lain pn molek buh jgk ko? kari aym ko udang ko?

      Delete
  4. eishhh...eishh...sedap sungguh, tapi kalau siapa yang ada Penyakit Psoriasis atau kulit gatal-gatal tu janganlah makan ikan talang ni..mak saya kata ikan talang tu boleh buat kita yang alergik ni gatal-gatal

    ReplyDelete

Powered by Blogger.