Gulai Udang Terung

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Gulai Udang Terung / Allhamdulilillah... Hujung minggu yang lalu, jiran saya beri terung... gebu dan berkilat kulitnya... Sangat segar! Dah la banyak pula tu, nak masak apa la saya dengan terung ni? Saya bukan selalu masak yang heavy. Selalu masak pun duk campak-campak sahaja. Ok tak pa la.... rezeki apa yang dikurniakanNya saya terima sedaanya. Siapa saya untuk menilai pemberian Allah Yang Maha Pemurah. Untuk jiran saya sentiasa saya hulurkan doa buat kalian. 


Tengahari kelmarin, lepas ambil kak ngah di sekolah terus saya singgah pasar beli udang, santan dan serbuk kari. Sampai rumah. Terus ke dapur masak, campak-campak sungguh. Sampaikan tak buh air asam jawa, saya campak sahaja asam gelugur dalam kuali. Masak gulai udang dengan terung. Ada lobak merah kat dalam peti saya masukkan sekali. Allhamdulillah setengah jam siap masak gulai dan nasi, goreng sahaja ikan yang dah ada dalam peti ais. Bertambah en somi makan. 


Masuk ofis semula, petang ambil kakak kat sekolah 6 lebih baru kakak keluar. Makan malam, saya panaskan sikit gulai tu, kami makan bertiga. Daddy suruh makan dulu dia ke surau solat. Kak ngah pun bertambah juga nasi, kakak makan terung banyak. Suka katanya terung! Emmm.... hari ni kena masak gulai terung lagi la nampak gauanya. Daddy balik solat pun makan bertambah, saya buat sambal, nak buat sambal belacan cari dalam peti ais rupanya belacan tak ada. Tak apa la buat apa yang ada. 

Ini makan meyedapkan tekak. Disebalik makanan kami ada yang lagi susah diluar sana mencari sesuap nasi untuk mengisi perut yang kosong. Ya Allah Engkau Yang Maha Pemurah. Kau murahkan rezeki kami murahkan rezeki mereka di luar sana yang dalam kesusahan. Jadikan kami hambaMu yang patuh dan taat serta pemurah. 

Resepi
Bahan-bahan
3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, seinci halia (dimayang)
2 asam keping
santan RM2
udang
serbuk kari
terung
lobak merah
garam
gula
2 gelas air masak

Caranya
1. Tumis bahan yang dimayang sehingga kekuningan,
2. masukkan serbuk kari sampai naik minyak
3. masukkan air, asam keping dan sayuran
4. masukkan santan, gamram dan gula
Kacau hingga sebati dan terus kacau sehingga mendidih dan masak


Senang sangatkan nak buat! Ada pendapat tak nak masak gulai terung ni buh apa lagi? saya nak buh ikan talang masin tapi en somi tak nak.... Kalau ada pendapat boleh kongsikan dengan saya tau. 


3 comments:

  1. SEDAPNYA GULAI UDANG CAMPUR TERUNG

    ReplyDelete
  2. terung lagi sedap kan .. goreng terung tu ..buat mcm french fries

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.