Infaq

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Cikgu saya kata kalau kita tiada duit, kita infaq jer apa yang ada maksudnya kederat kita.... Saya selalu dapat emeil, infaq.... tapi saya selalu infaq, kalau kat emeil ni saya selalu was-was....

Sumber : Di sini
Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195:

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”


Kalau was-was tu maksudnya "syaitan dah mula datang dalam fikiran"....
Cikgu saya kata lagi, sucikan hati bersihkan hati, (Allahumman Ya Quddus, Ya Jalil) kalau dapat emel tu maksudnya Allah dah susunkan la tu, nak uji iman kita la tu.... Allah Maha Suci dan Jernih, bersih dan jernihkan hati ini daripada hasutan syaitan, nafsu dan berhala dunia.... 
"No thinking" yang ni penting.... maksudnya jangan fikir apa-apa just do it.... berikan apa berapa banyak yang kita mampu....

Allah Akan Sentiasa Membalas Kebaikan Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 215:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”


Perasaan ragu-ragu dan was-was ni selalu duk berlegar di benak fikir tambah lagi memang selalu diomokkan denagn penipuan dan sebagainya.... Walhal kalau fikir allah jua yang Maha Menyusun mendatangkan makhlukNya/hambaNya kepada kita meminta sedekah dan sebaginya....

Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 245:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”


Konklusi
InsyaaAllah.... baik cikgu..... saya akan ikut kata cikgu "No Thinking" "Buat Saja" bersangka baik, suci dan bersihkan hati selalu.... kerana Allah Ya Alim, Yang Maha Mengetahui segalanya....



4 comments:

  1. SINGGAH SEJENAK DARI http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Allahu...subhanAllah..terima kasih kak atas perkongsian ini..alhamdulillah..infaklah walau hanya sedikit..walau hanya secebis..syaratnya ikhlas..amin..

    ReplyDelete
  3. Betol..kena buat je..xle fikir..nanti mulalah was was bagai..

    ReplyDelete
  4. salam kak mak saya pun selalu cakap.... nak sdekah jangan tunggu.

    ustaz cakap sebab bila kita berkira dengan harta kita kita akan sayang dan berasa tak cukup sokmo

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.