BioXcellent Slenbrn White Mengawal Berat Badan dan Agen Pemutih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



BioXcellent Slenbrn White Mengawal Berat Badan dan Agen Pemutih / Allhamdulillah, sudah 4 hari pulang dari Bukit Gambang Resort City, membuatkan saya resah apabila berat badan saya mula meninggi.... Mana taknya, 3 hari 2 malam saya di sana, dengan jadual waktu makan yang teratur, ditambah pula makanan semua lazat-lazat dalam 3 hari berat badan saya mula meningkat. 


Hhuh.... keluahku mula berbunyi... itu sangat meresahkan saya, kerana BMI saya akan meningkat dengan ketinggian saya yang tak berapa nak tinggi ni, malah ia juga mudah mendatangkan pelbagai masalah penyakit pada badan saya. Masalah utama yang saya alami apabila berat badan meningkat tidak selari dengan BMI saya asadalah masalah kepenatan. 


Dengan tugasan kerja di dalam bilik berhawa dingin saya akan kesejukan. Manakala, pada tengahari pula dengan rutin saya mengambil dan menghantar anak sekolah agama, terpaksa saya berkejaran sehingga membuat badan saya berpeluh. Namun, apabila kembali ke ofis semula saya akan diuliti dengan kesejukan penghawa dingin, memandangkan bilik ofis saya yang kecil. Keadaan panas dan sejuk ini ditambah pula berat badan saya yang tinggi membuatkan saya kepenatan dan mudah dihidapi penyakit kelesuan. Ini lah masalah utama saya bila dah mula makan saya akan merasa ketagih nak dan nak lagi. Bayangkan 3 hari 2 malam saya di Bukit Gambang Resort City berat saya daripada 52 kg meningkat kepada 54.7kg... Tak percaya? Jom tengok video di bawah ini. 


Allhamdulillah, saya diperkenalkan dengan BioXcellent Slenbrn White ini, yang berfungsi sebagai mengawal berat dan serta agen pemutih. Selain itu juga, dek aktiviti yang padat terutama outdoor activities menambahgelapkan lagi kulit saya yang tersedia gelap... huawahahaha.... Maka, BioXcellent Slenbrn White adalah produk yang tepat menjadi pilihan hati kerana ia dapat mencerahkan kulit pada masa yang sama ia juga bertindak sebagai mengawal dan menurunkan berat badan. Bagai ulam dicinta pucuk mendatang, seronok diperkenalkan dengan produk yang bagus sesuai dengan masalah yang saya hadapi selepas pulang daripada Discover Gambang pada 4 - 6 Julai yang lalu. 


Apa Itu BioXcellent Slenbrn White

BioXcellent Slenbrn White ialah produk yang berfungsi sebagai pembakar lemak dan pencerah kulit yang bertindak dalam masa 30 hari.



Ini merupakan review pertama saya, dan saya akan review semula Bio Xcellent Slenbrn White ini selepas menggunakannya selama 30 hari. Ia adalah produk ini, dianggarkan mampu digunakan selama 30 hari atau sebulan. 

Kandungan

Ia merupakan formulasi terbaik hasil daripada gabungan Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Kopi Hijau , Raspberry Ketone & Cranberry. Selain itu juga ia mengandungi bahan seperti:

  •          Maltodekstrin
  •          Fruktos
  •         Acacia gum
  •         Serbuk jus rasberri
  •          Serbuk jus kranberri
  •          Trikalsium fosfat
  •          Asid Sitrik
  •          Garnicia cambogia
  •          Green coffee
  •          L Carnitine


Kelebihan 

BioXccellent Slenbern White ini mempunyai banyak kelebihan iaitu:
  • SlenderBern WHITE pati pembakar lemak yang sangat berkesan.
  • SlenderBern WHITE juga sangat sesuai untuk lelaki & perempuan..
  • SlenderBern White mengelakkan kesan untuk kembali gemuk selepas berhenti dari mengambil SlenderBern WHITE.
  • Slenderbern White dapat mengelakkan & membantu mencegah penyakit berbahaya.
  • Slenderbern White Herba terbaik menghalang lemak.
  • Menahan rasa lapar dengan konsisten
  • Meningkatkan proses pembakaran lemak
  • Bertindak sebagai antioksidan
  • Agen pemutih kulit
  • Meningkatkan proses pembakaran lemak
  • TINDAK BALAS
  • Lemak dan toksin akan keluar melalui peluh / kencing 






Yang paling utama anda haruslah minum air putih sebanyak 2 liter sehari. Ini bagi proses penghadaman dan pecah lemak. Setiap suppliment yang diambil harus disusuri dengan air putih yang banyak bagi mendapatkan kesan yang diinginkan. BioXcellent Slenbrn White ini bukan sahaja untuk wanita malah ia juga sesuai untuk golongan lelaki. 

Diiktiraf oleh Kementerian Kasihatan Malaysia

Anda tidak perlu risau dengan BioXcellent Slenbern White ini kerana ia diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia KKM. 


Asia Pacifis Super Health Brand 2016/2017
Award for Collagen, skin, fiber, health, beauty, stemcell, body, drink


Natural 100% 
Inspired by plants and fruits
100% botanical

GMP Certified
A mixture of acerola, grape seeds and berries
A mixture of lemon botanicals with collagen
A mixture of marine collagen botanical, astaxanthin and berrie

MESTI
100% food safety
Halal Certification
Approval from the Kementerian Kasihatan Malaysia

Allhamdulillah, dengan pengesahan serta certification yang didapati oleh produk ini, tidak perlu diragukan kandungannya.


Aktiviti Lasak dan Outdoor

Program yang padat di Bukit Gambang Resort City membuatkan kulit saya semakin menggelap. Walau bagaimanapu saya sangat seronok keran ini adalah kali pertama saya bermain dan mnyertainya seperti sky trail, flying fox dan juga paint ball. Jadual yang padat sepanjang hari di tambah pula dengan kepanasan terik mentari membakar kulit saya.


Allhamdulillah, saya bersyukur dengan adanya BioXcellent Slenbrn White ini boleh memecah lemak serta memutihkan kulit. Lihat wajah saya di bawah ini kaku tidak bermanya. Saya sedang mencuba BioXcellent Slenbrn White ini. Apa hasilnya akan saya kongsikan sebulan nanti.... InsyaaAllah. Tak sabar menunggu hasil selama sebulan dalam mengamalkan BioXcellent Slenbrn White secara konsisten. Namun, harus diingat tau, hasil bagi setiap individu mungkin berbeza.



Cara Pengambilan

Campur 1 skop (20 grams) ke dalam 200ml/250ml air suam, kacau/goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. (Amalkan 30 min sebelum makan tengahari).

Hari ini 10 Julai 2018, merupakan hari kedua saya mengambil BioXcellent Slenbern White, dan saya akan continue sehingga 30 hari akan datang. Kemudian, saya akan review semula testimoni yang saya lakukan selepas 30 hari nanti.




Larangan Pengambilan BioXcellent Slenbern White

Namun, harus diingat ada beberapa golongan yang dilarang mengambil BioXcellent Slenburn White ini. Antaranya ialah:
Wanita mengandung, berpantang & menyusukan anak
Berumur kurang dari 15 tahun
Pesakit jantung, diabetes & pesakit kronik
Migrain (disahkan oleh doktor)

Walau bagaimanapun harus diingat setiap hasil pengambil adalah berlainan bagi setiap individu. Ada individu yang cepat menampakkan kesan dan ada juga individu yang lambat mendapatkan kesannya. Apa yang penting di sini bagi mendapatkan kesan yang baik anda dinasihatkan untuk meminum air putih yang banyak seperti yang saya nyatakan di atas. 


HARGA

BioXcellent Cupplus White - 700g (30 hari)
RM66
(Jika anda membeli daripada HQ harga ini adalah termasuk dengan postage)


Ia sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.... Bagi saya dengan isipadunya 700g, harga pula RM66 termasuk postage jika membeli daripada HQ, ia mampu dimiliki oleh pengguna. Ayuh,,,, apa lagi jom dapatkan BioXcellent Slenbern White bagi mereka yang ingin bentuk badan langsing serta mahu memutihkan kulit.... 


Di Mana Mahu Mendapatkannya?

Selain daripada pembelian secara onlone di laman sesawang BioXcellent, anda juga boleh mendapatkan BioXcellent Slenbern White ini di pasaraya Watson. Sangat mudahkan! 


Untuk sebarang pembelian atau maklumat lanjut, sila layari :-

Website

Facebook

Instagram






4 comments:

  1. Jom kita pakat slim sama sama, dah makin gemuk sejak raya ni. Haha husniey tetiba cubaan mempersalahkan raya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... yo doh husniey, mujur ada bioxcellent slenbrn white ni...

      Delete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.