Product Review

[Product Review][bleft]

Jom Jalan

[Jalan-jalan][bsummary]

Bila Sukar Mengingati dan Pelupa Padah Jadinya

Bila Sukar Mengingati dan Pelupa Padah Jadinya / Dalam beberapa tahun ni say perasan bahawa saya seorang yang pelupa. Pada bulan lepas, saya sangat tergaman bahawa orang yang selalu ke kelas bersama saya rupanya jiran saya. Padahal beberapa tahun lepas, sebelum saya melahirkan baby Nur Jannah saya selalu juga ke surau, mengaji, baca yasin bersama, makan bersama, balik bersama, semang bersama, bila jumpa tahun lepas sehingga la tahun ni baharu saya ingat mereka rupanya jiran di taman sahaja. Allahuakhbar!


Peristiwa Hilang Ingatan Ku Semakin Serius

Tahun ni, ada antara mereka tegur saya, katanya dia jiran saya. Saya blur memang tak boleh ingat langsung... dan saya mengiyakannya sahaja. Aduihhhh..... nak di jadikan cerita di penghujung Syawal, ada sambutan aidilfitri di taman saya, baru kat situ saya ingat pada mereka.... Ya Allah..... jiran yang tegur saya kata jiran saya tu, saya baru ingat saya pernah balik surau tumpang keretanya. Dan rumah kami selang beberapa buah rumah sahaja..... huhu

Kesan Pada Pengajian Saya

Apa yang teruk lagi, saya lupa tentang filem dalam kajian literatur dalam tesis saya, sehinggakan examiner tegur. Bila check semula dengan penyelia saya, penyelia saya bersungguh tanya betul ke tak filem tu, baharu saya perasan yang saya memang pelupa yang amat. Banyak juga perkara teknikal dalam tesis saya yang saya lupa betulkan.... sehinggakan reference pun saya lupa tukar nama disebabkan APA, tak dapat la examiner nak cari reference, sedangkan reference tu ada kat bibliografi. Semua disebabkan kes pelupa saya silap koding.

Padah

Yang padahnya lagi saya tak cakap apa yang saya kaji, semua saya blur, saya lupa! saya tulis saya lupa.... academic writing saya memang la tak bagus, saya upah proofread, tapi masih teruk.... Banyak bab teknikal dalam tesis saya silap menggambarkan saya tak serius dan sambil lewa. Padahal otak saya dah tepu. Sehinggakan dapat result viva pun saya macam tak ada perasaan... Kalau orang lain dapat result macam saya harus la sedih nak menangis ke apa? Saya? Aku redha! No feeling! Dah beku ke perasaan saya ni? Selepas beberapa ketika berlalu baharu saya panggil semula feeling yang hilang, baru rasa down.... ooooo.... macam tu rupanya rasa! 



Stress 

Mungkin stress yang amat, kehidupan saya pun susah, banyak perkara dalam otak saya ni membuatkan saya sukar mengingati dan pelupa. 


Walking dan Jogging

Saya selalu walking dan berjoging, walaupun aktiviti itu dapat memberi saya ketenangan namun tak mampu nak mengatasi masalah sukar mengingat dalam hidup saya. Walaupun pada luaran orang tengok saya cool sahaja. Bila saya walking dan jogging boleh bantu saya ingat pada yang SATU

Realiti Hidup

Segala bagai pancaroba hidup sejak 11 tahun yang pelbagai rintangan ntah bila akan berkahir? tapi akan ada pengakhirannya, bila orang keliling saya happy saya pun tak tahu dah nak rasa happy macam mana. Memang orang akan tengok saya happy tapi dalaman saya rasa macam dah tepu dengan apa itu erti happy. Tengok IG! ia kepuraan semata. Walhal dalaman saya memang dah tak ada perasaan, selain perasaan kasih dan sayang kepada semua makhluk. Saya sayangkan semua orang keliling saya. Saya tak kisah siapa dia, walaupun orang yang tidak menyenangi saya pun, tak apa.... Saya doakan syurga untuk semua.... Itu salah satu untuk saya rasa tenang. Namun, belum tentu mampu mengembalikan ingatan saya yang semakin merosot. 




Avoid Aura Negatif

Saya akan avoid perkara-perkara dan aura negatif dalam diri saya. Kalau tak saya akan lagi stress dan tak tentu arah. ada kala saya memang tak boleh nak fikir apa? Macam orang sasu pun ada. Anak saya cakap apa langsung saya tak tahu. Apa anak aku cakap ye? Biarlah telinga saya ni dengar yang positif sahaja. Sikit sebanyak akan membuat saya tenang. Sebab itu juga saya memilih dalam berkawan. Life saya selalu dengan anak-anak masa di pejabat. Sebab saya tak mampu nak dengar pelbagai cerita. Saya ada kawan yang sama-sama di jalan yang sama dengan saya. Makcik cleaner lah kawan setiap hari saya, solat bersama..... hehehe.... mereka penghibur saya, sebab mereka tak tahu stress saya, saya hilang semua masalah bila dengan mereka. 

Bermohon

Saya sungguh-sungguh bermohon biar sampai dipenghujungnya agar dapat saya atasi masalah mengingat dan sindrom pelupa saya semakin teruk ni. Jangan disebabkan ini saya tumpas dan rebah dijalanan yang masih panjang. Saya mohon secebis kekuatan!

Allhamdulillah.... 

Maaflah entry ni entry emo sikit.... Uols apa cara atasi masalah sukar ingat nak pelupa ni?


3 comments:

  1. Kalau Najihah, Najihah suka conteng dekat planner. Insyallah ada tips yang Najihah baca kalau nak kuatkan ingatan, baca Al-quran dengan lebih banyak. Insyallah Allah permudahkan...Ganbatte!

    ReplyDelete
  2. mungkin terlalu penat ? apa2 pun semoga semua baik2 saja eh.. kena rehat cukup2 =)

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan semua urusan ye sis. Nak bg advise, saya pun kuat lupa. Entahla, tapi practice yg selalu sy buat, tulis dalam buku. Dan bawak buku tu kemana-mana. Then buat reminder dlm hp. And kekadang tampal post-it-notes kat cermin meja solek.

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.