6 Serum Pilihan Merawat Jerawat

6 Serum Terbaik Merawat Jerawat  / Allhamdulillah. Kacantikan sinonim dengan wanita. Namun, kini kecantikan juga mula dipandang serius oleh golongan lelaki juga. Bukan sahaja kecantikan luaran malah mesti dijaga kecantikan dalaman juga. Apa yang penting dalam sihat dengan sentiasa cuci hati, elakkan hati daripada membenci dan jauhkan hati hati mengata, membawang dan sebagainya.... hehehe.... nak cantik di luar dalaman pun harus dijaga juga tau. Saya ingin memperkenalkan 6 serum terbaik merawat jerawat, malah apa-apa masalah kulit wajah.


Apa itu Serum?

Serum merupakan adalah pelembab untuk kulit wajah. Serum biasanya diproduksikan dalam bentuk cecair, bertekstur, ringan malah ia bebas daripada berminyak. Biasanya serum dibotolkan dan dipakejkan dalam bentuk yang kecil. Namun, serum mengandungi bahan aktif yang terbaik untuk kulit wajah. Bila usia meningkat disarankan untuk menggunakan serum bagi memberi kesegaran dan memulihkan kulit wajah. 

Jenis-jenis Serum

  1. Serum Vitamin C
  2. Serum Vitamin E
  3. Serum Kolagen

Anda boleh memilih serum yang bersesuaian dengan anda, walau bagaimanapu untuk mengetahui sesuai atau pun tidak, perlu dicuba dahulukan. Jangan risau serum ni ada yang murah dan ada juga yang mahal. Bak kata orang tepuk dada tanya poket.... hehehe... Di bawah ini saya menyenaraikan antara 6 serum yang ada di pasaran. 

Advanced Serum Lazer Layra Beauty


Advanced Serum Laser merupakan produk khas yang berperanan untuk merawat pelbagai masalah kulit terutama dalam kalangan wanita untuk tampil lebih berkeyakinan dan berketrampilan selain menegangkan kembali kulit. Diformulasi daripada bahan-bahan seperti ekstrak buah marula yang hanya terdapat di Maghribi dan benua Afrika, omega 3, minyak argan, serbuk emas 24K dan beberapa kandungan lain yang diperkaya dengan pelbagai manfaat tersendiri. Harga RM69 di Semenanjung Malaysia dan RM75 di Sabah dan Sarawak itu dirumus khas menggunakan 100 peratus bahan-bahan organik dan semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia terlarang mahupun pewarna tambahan.

Kiehl's


Jenama Kiehl's sudah mula bertapak sejak tahun 1851 dan telah menguasai pasaran di seluruh dunia. Salah satu trend penjagaan kulit yang paling terkini adalah produk yang mengandung vitamin C. Salah satu serum vitamin C paling laris di dunia ialah Kiehl's Power-Strength-Reducing Concentrate. Sekarang syarikat yang berasaskan dermatologi menaikkan tahap vitamin C dalam produk serum Malah, vitamin C serum Kiehl menjual sebotol setiap minit. Vitamin C serum yang telah dikeluarkan sejak tahun 2005 pada awalnya mempunyai kepekatan 10.5% vitamin C. Serum kini dinaikkan kepada 12.5% vitamin C. Bagi powerful-strenght line-reducing concentrate (new) ditawarkan dengan harga pasaran RM282.08. 

Safi Balqis


Serum muka Halal untuk remaja. Trilogi putih Safi Valqis ini kaya dengan arbutin, nano white dan kiwi. Ia bertindak melalui 3 lapisan kulit menjadikan kulit lebih cerah dan dilindungi dari sinaran UV khas untuk para remaja yang sering terdedah dengan cuaca luar. Serum ini juga membantu mengurangkan pembentukan melanin kulit dan dapat menghilangkan pigmentasi di wajah. Dengan kuasa tindakan yang berkesan akan menjadikan kulit anda licin dan berseri. Harga RM14 di pasaran. 

Cosmoderm, Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)



Serum muka dengan bahan semulajadi – sesuai untuk ibu hamil. Serum muka ini menggunakan bahan yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit dan juga sesuai digunakan bagi ibu hamil. Ia mengandungi sel stem epal, kolagen, lidah buaya dan biji minyak rosehip, bahan-bahan yang kaya dengan anti-oksidan untuk membantu dalam memperbaharui sel kulit dan juga mencerahkan kulit dengan selamat. Anda akan merasakan kulit yang lebih cerah, muda dan licin dengan pemakaian yang konsisten. RM74.10 harga pasaran. 


Eucerin Pro ACNE Solution Super Serum 30ml



Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat. Serum ini mempunyai kepekatan asid laktik yang memberikan kesan pembaikan untuk kulit bermasalah. Ia secara berkesan membersihkan pori-pori yang telah tersumbat. Di samping itu, ia juga turut mengandungi decandiol yang berfungsi sebagai anti-bakteria untuk mencegah pertumbuhan jerawat yang muncul di wajah. Serum ini ringan dan mudah diserap ke dalam kulit. Memberikan kulit keseluruhan yang lebih baik, sihat dan licin. Harga RM67. 50. 

L’Oreal Men Expert Hydra Power Serum 50ml 

Tidak ketinggalan untuk golongan lelaki serum L’Oreal Men Expert Hydra Power Serum 50ml dengan harga RM36.64 juga menjadi salah satu serum terbaik merawat kulit wajah. Para lelaki sering mengalami kulit kering selepas mencuci muka. Dengan serum ini, ia mengunci air di dalam kulit anda bagi memastikan penghidratan untuk jangka panjang. Ia membawa penghidratan jauh ke dalam kulit kerana ia diperkaya dengan bahan seperti asid hyaluronik.
Selain itu, serum ini turut membantu melindungi kulit anda daripada pencemaran dan sesuai bagi mereka yang sering terdedah kepada aktiviti luar. Serum yang tidak berminyak, tidak melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit anda.

Pengalaman Saya dan Serum

Saya juga salah seorang pengguna serum. Serum yang saya gunakan adalah Dr. Beau. Ia sangat selesa digunakan dan tidak berminyak. 
Malah, masalah ulser saya terus mengecut bila saya sapukan dibahagian yang terkena ulser. Allhamdulillah saya mula serasi dengan menggunakan Dr. Beau. 



Cara Penggunaan Produk Dr. Beau

Cara menggunakan produk ini sangat mudah cuma tarik bucu dan sapakan pada wajah anda. Produk ini sudah terkenal di kalangan selebriti negara. Malah ramai artis telah menggunakannya dan berpuas hati dengan kesannya seawal 3 hari.



Pelbagai masalah kulit mampu diatasi dengan serum Dr. Beau ini antaranya jerawat, jeragat, eczemar, black head, malah tidak hanya kepada masalah kulit juga berkesan untuk masalah rambut juga.



Kelebihan Vitamin E Dr. Beau

  1. Mudah dipakai. sapu je terus meresap ke dalam kulit.
  2. Bertindak sebagai pelembab muka dan melindungi kulit dengan spf 50.
  3. Boleh dijadikan base make up.
  4. Boleh blend dengan foundation.
  5. Tahan lama.
  6. Glowing.
  7. Boleh guna pada rambut, tumit, bibir dan bahagian badan yang lain.
  8. 100% organik, tiada bahan kimia.
  9. 100% argan oil, rosehip oil, almond oil, apricot kernel, evening primrose dan wheatgerm.
  10. sesuai untuk semua peringkat umur.
  11. sesuai untuk semua jenis kulit : normal, sensitif, breakdown, jerawat, alergik dll.

Antara Testimoni boleh rujuk ----->>> TESTIMONI

Untuk menghubungi bolehlah ke laman media sosial di bawah. 
Link laman web : teja.com.my
No tel untuk dihubungi : 016 963 3443



8 comments:

  1. rabia tak pakai serum pun..pakai moist je.pencuci muka.

    ReplyDelete
  2. Serum kalau pakai regularly memang bagi effect terbaik utk kulit. Serum kiehl tu pun best sangat =)

    ReplyDelete
  3. Nampak unik je serum ni..biasa jenis dropper. Ni jenis kiut comel dalam kantung pulak :D

    ReplyDelete
  4. Dunia kecantikan selarang dipelopori serumm... unik plak yg serum dr.beau ni

    ReplyDelete
  5. Nice sharing !! Thanks kak Sheila.. amat-amat membantu dalam membuat pilihan

    ReplyDelete
  6. Good sharing, Kak Sue pun suka pakai serum. Cuma kadang tu lupa nak pakai.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Tq for sharing ye sis..buat masa ni saya setia dengan serum Youth :)

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.