Millennials Mindset Mapping Inspirasi Seorang Ushawan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

sumber uum online
Millennials Mindset Mapping Inspirasi Seorang Ushawan / Rabu, 25 Oktober 2017 bersamaan 4 Safar 1438H, UUM telah digegarkan dengan Fizo Omar sebagai duta millennials dalam program Millennials Mindset Mapping (3M) dalam majlis BizTalk sempena bulan Keusahawanan Siswa Oktober 2017 di Universiti Utara Malaysia pada 23 hingga 25 Oktober 2017 yang lalu. Acara BizTalk dan perasmian minggu keusahawanan ini berlangsung di Dewan Muadzam Shah (Dewan MAS). Selain itu, pentas Dewan Mas juga tutu digegarkan oleh suara lantang YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dato' Seri Hamzah Zainuddin penuh dengan motivasi kecemerlangan seorang usahawan.

dari skrin ku nampak beliau, namun isi percakapan beliau mampu ku catat satu persatu menjadi inspirasi buat diri ini

Inspirasi Keusahawanan
Sebagai mahasiswa dan pekerja seperti saya sedikit sebanyak ia memberi inspire kepada saya untuk berjaya dan fokus. Berjaya dalam apa jua yang dilakukan dan melalukan sesuatu kerja dengan fokus. Menurut YB Dato' Seri Hamzah Zainuddin, beliau menyarankan supaya mahasiswa:

1. Mendapat Informasi yang tepat
mendapat informasi yang tepat dalam apa jua perniagaan yang hendak diceburi. Sebagai contoh, tahu tentang barang apa yang hendak dijual, pasaran, sasaran pembeli dan sebagainya.

2. Fokus
Mesti fokus dengan apa yang hendak dilakukan disusuli dengan niat yang betul. Beliau memberi contoh semasa kecil (di bangku sekolah) beliau mula berniaga dengan menjual cili padi. Cili padi tersebut adalah hasil tanaman beliau di msa lapang. Manakala Fizo pula mula berniaga nasi lemak semasa di bangku universiti. Katanya di universiti dia mengamalkan kerja MLM (meniaga larut malam) setelah habis kelas di siang hari. Dengan untung yang hanya 20 sen dan 10 sen bila melantik ejen, dia mula membuka akaun SSM. Keuntungan daripada meniaga larut malam itu dimasukkan ke dalam akaun SSM tersebut. 

Justeru, YB Dato Seri juga menyarankan supaya para mahasiswa yang ingin menceburkan diri dengan perniagaan tahu dan faham tentang selok belok undang-undang perniagaan dan hendaklah berdaftar dengan SSM. Selain itu, sebagai peniaga juga mesti berdaftar produk mereka dengan MyIpo bagi mengelakkan hak reka cipta produk ditiru. 

3. Mesti ada keyakinan diri
Sesorang yang berperwatakan seorang usahawan mesti mempunyai keyakinan diri dengan percakapan. Mesti sematkan diminda bahawa "aku seorang yang berjaya dan terkenal di seluruh dunia". Itulah sarannanya, jika seseorang usahawan itu tidak yakin dengan dirinya sendiri bagaimana mahu mempromosikan produk di seluruh dunia. 

Millennials adalah golongan mereka yang dilahirkan pada tahun 1980 dan ke atas (yeahhhh, saya termasuk juga tu)... hehehe. Golongan millennials ni lebih outstanding seperti cara pemakaian yang colorful serta pemikiran yang dinamik dan proaktif. Oleh itu golongan millennials tidak harus ada rasa malu berhadapan dengan apa jua keadaan dan situasi mendatang. Jangan mudah mengalah apabila melihat pesaing lagi hebat daripada kita!

Oleh itu, bagi permulaan untuk menjadi usahawan, hendaklah berdaftar dengan SSM dan tahu apa fungsi kementerian dalam menolong seseorang yang baru ingin berjinak memulakan perniagaan selain berharap dengan makan gaji sahaja. 

Agensi Kerajaan
Antara agensi kerajaan yang boleh memberi bantuan kewangan serta kursus seperti Suruhanjaya Koperasi Negara (SKN), Latihan Kesahawanan PKS, MyIpo sebagai mengawal isu hak cipta, peten, reka bentuk, Bank Rakyat yang sedia memberi bantuan dari segi kewangan, skim truck food yang terus disokong dalam bujet 2018 yang telah dibentangkan oleh YB Perdana Menteri pada Jumaat yang lalu. Banyak lagi skim yang ditawarkan oleh agensi kerajaan di bawah KPDNKK. 

Dua saranan YB Dato sebagai langkah menjadi usahawan berjaya mahasiswa hendaklah mempesiapkan diri dengan:

1. Teknologi Matlumat
Beliau memberikan contoh Nealofar bejaya dalam masa yang singkat dalam perniagaan tudung kerana faktor tudungnya yang tersendiri dan kemsyhurannya. Dua faktor ini tidak lengkap jika dia tidak menggunakan teknologi matlumat. Dengan adanya teknologi matlumat syarikat boleh mlantik agen dalam membantu serta meluaskan pasaran dengan lebih pesat. Golongan millennial adalah golongan berteknologi matlumat. Justeru, seorang mahasiswa perlu mengusai teknologi matlumat seperti mana Tim Cook, Mark Zuckerberg, Jack Ma dan selainnya. 

2. Networking
Networking yang dimaksudkan beliau adalah pengetahuan dan ilmu tentang sosial media dan juga sebagai komuniti. Mempunyai networking dengan mereka yang berjaya dalam membantu menaikkan perniagaan kita dan harus ada ilmu tentang media sosial seperti facebook, ig dan sebagainya bagi membantu memasarkan produk. Justeru segala pamasara produk melalui media sosial juga haruslah berdaftar dengan SSM. 

Justeru, Millennial harus ubah mindset "sebagai orang berjaya" bagi menjadi usahawan yang sukses. Perniagaan online merupakan perniagaan yang berjaya kini kerana golongan millennial lebih suka menggunaka teknologi kerana ia cepat, mudah dan fkelsibel. Bila-bila masa sahaja boleh sahaja cari di internet. 

Allhamdulillah, banyak ilmu yang Allah kurniakan di sini...
Terima kasih semua...


2 comments:

  1. MOGA MNDAPT MANFAAT DRPD MAKLUMAT YGDITERIMA UTK MULAKN BISNIS N MNJAYAKNNYA

    ReplyDelete
  2. banyak ilmu yang dapat tu.
    sy pun xdaftar ssm lagi. tak tahu bila nk dftarnya

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.