Mengajar Anak Tentang Dunia dan Kekayaan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Mengajar Anak Tentang Dunia dan Kekayaan / Semalam sebelum tidur kakak dan saya bersembang lama. Kata kakak, seronoknya kalau kita ada rumah macam jiran sebelah. Rumah dia cantik! Saya kata kat kakak. Rumah cantik, besar belum tentu hati kita tenang. Orang ada rumah besar, duit banyak, kereta besar tapi ramai orang yang tak tenang. Mereka bangga dengan mereka ada. Mereka akan bekerja kuat siang malam mereka bekerja nak dapatkan kekayaan. Belum tentu kekayaan yang mereka ada itu boleh buat mereka tenang! Tenang susau nak cari. Allah ada juga cakap kita tak akan berubah melainkan kita yang mengubahnya.... tapi perubahan kita mesti la ke jalan Allah Jalan syurga,,,, 

Jangan tengok oarang di atas, tengok cara hidup baginda.... Panjang lebar saya jelaskan padanya! Bukan tak boleh jadikan mereka idola kita. Tapi Rasulullah saw tinggalkan kita dua perkara sunnah dan Al Quran. Kalau kita kaya, siang malam kita kerja belum tentu kita dapat baca Al Quran. 

Kakak cakap, kita jadilah orang kaya yang derma banyak harta! Memang boleh derma banyak harta kita, tapi belum tentu kat hati kita ni tak ada langsung pun harta dunia.... Harta dunia ni rumah besar, kereta mewah, duit banyak..... Belum tentu hati kita, kita buang semua tu.... Allah akan bagi jer sesiapa nak jadi kaya. Kerja kuat siang malam, pandai Allah bagi jer berjaya, seperti orang kafir tu kaya raya dan sebagainya. Tapi orang kafir mereka kaya setakat di dunia jer la..... Kita tak mahu jadi macam mereka. 

Kita orang Islam ikut jela apa yang Rasullulah tinggalkan dua sunnah dan Al Quran mesti takkan sesat. Rasulullah orang miskin dan mahukan dibangkitkan bersama orang miskin. Boleh jadi kaya, tapi kaya seperti sahabat Rasulullah saw, Abu Bakar As Sidiq, Abdulrahman Bin Auf.... Mereka tak ada dunia di dalam hati. Kat hati mereka hanya ada Allah... semua harta kekayaan mereka semua mereka derma kan.... Kita boleh ke buat macam tu? Sedangkan solat kita pun tak cukup. Kita boleh ke solat awal waktu. Kerja macamana sibuk pun bila masuk waktu terus tinggalkan kerja dan solat! Apa yang kita ada kita selalu nak tunjukkan orang. Kita rasa kita boleh bagi motivasi kat orang supaya orang berjaya seperti kita. Tapi adakala kita tak perasan ada perasaan sombong dan riak dalam hati kita, kerana kita rasa semua ini adalah hasil kerja kuat kita! kita lah terbaik.... Allah akan bagi jer pada sesiapa yang kerja kuat! Di sisi Allah dunia ini hina!

Kakak diam!

Kali ni saya kena explain kat dia panjang lebar, supaya dia faham. Di mana hak dunia, di mana tempatnya dunia. Di mana hak Allah swt. Di mana tempatnya Allah swt. 

Saya tak mahu didik dia nampak dunia sahaja. Anak-anak ni dia mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Kawan-kawan sekeliling mereka sangat mempengaruhi pemikiran mereka. Kalau boleh sematkan selalu, zikir dan pendinding kepada mereka supaya mereka tidak terpengaruh dengan kesenangan dunia!

Rezeki itu Allah dah tetapkan, nak kumpul rezeki dunia sangat senang berbanding nak kumpul rezeki akhirat. Kena istiqamah. Diri saya sendiri yang lemah ni susah nak istiqamah. Saya cakap pada kakak, kakak tenngok la mama, tiap hari ke mama baca Al Quran.... tak kan.... tapi tiap hari mama tengok handset. Sebab tu la mama tak bagi kakak handset. Kalau kakak ada handset boleh ke kakak solat sampai waktunya. Tak ada handset pun kakak kena suruh baru solat! 

Allah dah bagitahu dalam Al Quran, kita tak payah susah payah siang malam kerja cari harta! Allah akan bagi kita harta dari sumber yang kita tak tahu... Bagaimana caranya boleh baca di SINI. Betul kakak.... 

Sekarang kita jangan tengok orang kita belajar ikut sunnah dan Al Quran.... saya dah mengantuk kakak pun sama. Kami tidur dengan aman. Mama doakan kakak menjadi anak yang soleh anak yang bertaqwa dan juga khalifah Allah... Queen of jannah.... Ammiiinnn.... 

Ini cuma pendapat saya yang dhaif! 


6 comments:

  1. semoga kita semua menjadi penghuni syurga.
    tu lah, anak sayu tu, lil' Iman pun kadang2 cakap
    "mommy, Iman want big house" .... terkedu saya.
    saya bagitau lil' Iman, rumah ni semua Allah yang bagi.
    besar atau kecil, kita kena selalu bersyukur.
    tapi dia baru 4 tahun, saya rasa dia tak faham apa yg saya cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pa mrs pip... budak-budak umur mcm lil' iman mmg cam tu dia paham apa yg dia nampak sahaja.... biar la, itu maksudnya otak dia pandai berfikir... bila dia dah sekolah dah besar dia akan faham dan kita boleh mula bagitahu dia realitinya...

      Delete
  2. Perkongsian yang membuka minda,

    Nice sis Sheila..
    Betul tu kena ajar anak sedari hakikat hidup dunia ni hanyalah sementara.. Harta yang ada hanyalah mengaburi mata.. Nanti dewasa mungkin dia akan lebih faham apa yang sis pesan 😊

    ReplyDelete
  3. "pillow talk" yg sangat bermakna utk seorang anak kecil

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak Shiela, moga anak akak akan memahami apa yang disampaikan ibunya. Moga berjaya untuk kedua beranak ini Ira doakan :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak for nice sharing

    ReplyDelete

Powered by Blogger.