Kengsom Siakap Sintok

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kengsom Siakap Sintok / Kalau anda ke sintok mencari kedai makan yang sedap boleh singgah di kedai masakan thai di belakang restoran Buluh Madu. Kedai ni tak ada nama. Laluan utama ke dari Changlun ke Sintok anda akan menjumpai restoran Buluh Madu di persimpangan utama menhala ke Sintok. Kedai makan ni berada di belakang kedai makan buluh madu. Ia terletak di tepi jalan sahaja dan jalan belakang restoran Buluh Madu ni akan menghala ke Kampung Changkat Setoi Changlun. Masakan yang saya boleh syorkan di sini adalah Kengsom Siakap. Harga antara RM25 hingga RM30 sahaja untuk seekor. Memang berbaloi boleh dimakan untuk empat orang. 


Bagaimana nak buat kengson siakap ni. Nampak macam susah sebenarnya main campak dan rebus sahaja. hehehe...

Bahan-bahan
Ikan siakap
kangkung
serai
daun kesum 
bunga kantan
nenas (optional)
betik muda
daun limau nipis (optional)
gula melaka
garam
air asam jawa*
5 cili padi* (terpulang)
5 bawang merah*
3 bawang putih*
5 lada kering*
2 inci lengkuan*
2 inci halia belacan (dibakar dahulu)*

Caranya
1. Kisar bahan yang bertanda * bersama air masak
2. Masukkan dalam periuk panaskan api, masukkan air secukupnya.
3. Masukkan bahan selebihnya dan akhirnya ikan.
4. Didih sehingga masak masukkan garam.

Memang sangat senangkan. Kat kedai ni dia hanya masukkan kangkung dan betik muda sahaja. Tak masukkan daun limau purut, daun kesom, bunga kantan. Tapi itu pun dah sedap! Ada juga yang masukkan nenas. Terpulang pada selera anda. Tapi memang pedas. Tak sangka lak kak ngah Zara Adelia boleh hirup kuanya. Perghhh memang bertambah nasi. Tak ada lagi nak diet bagai.... hehehe....

Nak tengok menu lain ikan siakap boleh klik SINI. 

Sebab tu la saya cakap main campak sahaja. Boleh cuba masak sendiri. Yang penting ikan siakap cuci dengan bersih tepung gandung, air asam jawa atau limau supaya hilangkan bau hanyir ikan tersebut.

Selamat mencuba!


5 comments:

  1. kakak slalu buat kengsom ni tpi cik nor xmakn sbb mask belacn..hehe

    ReplyDelete
  2. Macam sedap jeh. Boleh try masak nih.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap kengsom ni Sheila, boleh cuba bila ada semua bahan nanti..

    ReplyDelete
  4. First time dgr resepi ni... Ingat masak buh sintok.. Hehe

    ReplyDelete

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.