Jawatan Kosong Kakitangan Akademik di USM

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KEKOSONGAN JAWATAN PENSYARAH DI PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI USM
BIDANG
• Bidang Komunikasi dengan pengkhususan:-
1. Kewartawanan
2. Filem dan Penyiaran
3. Komunikasi Pemujukan

KELAYAKAN
• Warga negara Malaysia yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kewartawanan, Filem dan Penyiaran dan Komunikasi Pemujukan.
• Mempunyai pengalaman menjalankan penyelidikan dan rekod pencapaian yang baik dalam penerbitan serta berpengalaman dalam pengajaran.
• Calon yang mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan di atas akan diberi keutamaan.
• Pemohon hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
• Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik.

CARA MEMOHON
Majukan secara email butiran jaya diri (CV) dan dokumen-dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya 17 Oktober 2017 kepada:

Dekan
Pusat Pengajian Komunikasi
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
(dean_com@usm.my)





No comments

Powered by Blogger.