Weekend Day Hepi ke Uols? I am Happy Dengan Kekasih Baru....

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salam Weekend semua. Buat apa kat umah tu? Saya weekend day Jumaat dan Sabtu just duk umah je! Jarang sangat jejalan mana-mana. Allhamdulillah mak ayah Kak Sheila baru je balik Kota bharu pagi tadi. Dalam pukul 9 pagi mereka bertolak. Mereka datang umah akak hari Selasa lepas. Hari Khamis sempat bawa diorang ke Pekan Rabu. Mak request nak pergi Pekan Rabu, sejujurnya sejak duk Kedah dari tahun 2007, ini baru kali kedua saya, suami p sana. Kali pertama pun dengan mak ayah juga. Agaknya 10 tahun lepas... Tu lak kali kedua pergi. Memang betul saya jarang sangat berjalan. Weekend day memang duk rumah je!




Kesian juga mak ayah datang tak ke mana. Hari Jumaat mereka rehat je kat umah. Tadi pagi mereka balik Kelate. Kita sebagai anak ni memang la tak sampai hati tak boleh nak bawa mereka jejalan. Tapi itu lah, dah life saya kekangan sangat walaupun dah ada kerja. 2 minggu lepas baru pulang dari Kampung, Minggu lepas mak ayah lak datang Kedah. Boring katanya. Tak ada kerjakan... Allhamdulillah itu la keramat hidup kita! Kena jaga mereka. Siapa kita tanpa mereka. Saya doakan mereka sihat walafiat dan dimurahkan rezeki. Selagi ada rasa mereka nak berjalan, ada nak rasa nikmat dunia... saya nak bawa mereka jejalan dan beli apa sahaja mereka nak! Doakan saya dapat memberi rezeki dunia akhirat pada mereka. Memang tak dapat balas jasa mereka tapi dapat bawa mereka jejalan kat mana mereka suka dengan kita, beli apa mereka nak itu dah syukur sangat. Sebab tula impian saya nak beli kereta besar, MPV (Vellfire atau Alphard) tuk bawa mereka jejalan. Kereta sedan yang ada tu la bawa mereka terpaksa berhimpit dengan anak-anak saya yang dah semakin membesar. 




Weekend (Sabtu), pagi tadi ada kelas dengan bos Sabella... seronok dengan bos Sabella cakap, energy kita pun membara. Jika sikit ada pudar terus naik mencanak... kekeke... tambahan pula sabella family sharing macam-macam pengalaman dan win mereka. Seronok, sedih dengan kejayaan mereka. Sangat memberi saya inspirasi. Terima kasih semua, terima kasih mak leader saya Mak Siti Soleha dan My Soleha family. Saya ada kala tak berapa nak aktif dalam circle, kekangan phone yang semakin merosot prestasinya... hehehe... Bulan ni xde budget la untuk phone. Agaknya kena tunggu betul-betul nazak tu baru leh tukar. Banyak sangat komitmen bulan ni. Sabar je la Sheila... 

Dapat balik kampung selama 10 akhir bulan lepas, syukur sangat. Dah lama tak balik kampung. Terakhir balik kampung pada bulan Oktober tahun 2020. Syukur sangat balik kampung kali ni dapat bagi mak ayah duit, memang tiap bulan bagi mereka duit, sejak dah ada kerja Januari 2020 lalu, belum miss bagi mereka duit. Tapi bila dah ada kat kampung tu, mereka nak beli makan pun dah mampu nak bagi mereka duit berbanding sebelum ni. Dah mampu juga beli pakaian kat anak-anak. Dah boleh juga bawa anak-anak keluar makan dan belanja keluarga makan. Kalau sebelum ni memang langsung tak mampu! nak beli daun limau purut segenggam pun tak mampu. Itu la ibaratnya! Allahu... sedih sangat. Setiap kali balik kampung bukan mengundang gembira tapi terlalu sedih dan sedih. Itu lah rasa 14 tahun yang lalu. Serius cakap! 

Hidup sangat sangat dan terlalu sedih 14 tahun yang lalu, boleh cakap sejak kahwin la. Sesah kesusahan hidup. Ada kerja tapi segala hal pun tak mampu. Membesar anak-anak dengan kesedihan.... Sedih sangat kalau balik kampung sebab tak mampu nak bawa apa, nak beli apa tuk di bawa pulang balik kampung. Hina dina tu dah sebati.

Akhir bulan lalu, pun masih ada berbekas sedih itu. Banyak kurang kita rasa! Bila dah ada kerja ni orang akan mula pandang kita berduit. Realitinya dapat balik kampung pun syukur ya amat! Terpaksa avoid benda-benda yang mengganggu emosi kita. Saya akan menjauhkan diri. Tak mampu nak berhadapan dengan saudara-mara yang bercakap tentang meterial. Sedangkan saya tak ada dan belum mampu. Tapi, terima kasih keluarga yang sangat baik hati memberi sedekah pada baby Rizqin Mateen. Terima kasih semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya! Kak long doakan kalian kaya dan berjaya dunia akhirat, mendapat RahmatNya tidak terputus hingga ke syurga. 

Allah uji saya hebat setelah saya berkahwin. Sangat struggle dengan life. Struggle dengan study! Allhamdulillah tahun ni masuk 15 tahun perkawinan kami. Doakan saya mampu keluar daripada kesusahan hidup ni. Doakan saya dapat beri manfaat pada keluarga saya dan manusia sejagat. Hanya sabar sahaja ubat segalanya. Saya doakan uols yang ada apa jua masalah, struggle dengan life macam saya, saya harap uols sabar dan banyak duduk dalam circle positif.

So, uols kalau sudi jemput cuci mata dengan weekend sales dari Sabella.


































Towel Bamboo Sabella Sales




Allhamdulillah, patang tadi bamboo towel ni mendarat kat rumah saya warna maroon dan pink. En hubby suka sangat walaupun mahal katanya. Tapi untuk weekend ni ada sales uols cuma RM35 untuk satu helai siap ada paper bag dan kotak yang cantik. Sesuai sangat untuk uols nak bagi hadiah kawin, atau tuk buat hantaran pun sangat sangat sesuai tau. Memang besar towel ni. Kata kawan saya dh boleh buat selimut! 

‼️PREMIUM BAMBOO TOWEL‼️
✅Material: Premium Bamboo Cotton
✅Size: 1.6m x 0.9m
✅2 warna exclusive
✅Pakar meyerap air
✅Anti Fungal & Bacterial
✅Easy Dry
✅Hadir dengan Exclusive Box & Paper Bag
✅Tidak Mudah Hapak

So uols, semoga bhagia selalu, kita sedih ke gembira ke hanya Allah jer yang tau... betul dak? hihihihi... I am hapi with Bamboo Towel :) ni la kekasih baru I... nak tunggu Vellfire or Alphard tak tau bila... hihihi


No comments

Powered by Blogger.