Today Booster Luaskan Kuasa Mu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... Salam Rabu semua!

Sebenarnya, hari ni saya ada temujanji untuk ambil booster pukul 12.30 tengahari nanti. Doakan semuanya dipermudahkan. Uols dah ambil ke booster, kalau dah ambil ke, belum ambil ke jom kongsi dengan saya apa efeknya.



Ada juga yang tak berani nak ambil. Semuanya ada pilihan masing-masing dan ada pandangan sendiri. Apa pun saya menghormati pilihan uols. Bagi saya kita hamba yang serba kekurangan ni, tak perlu nak menghukum dan sebagainya. Setiap orang ada pendirian masing-masing dan ada pilihan dan pandangan tersendiri. Apa pun yang kita buat niat la yang terbaik. Dos Pertama Memeritkan. 

Ohh... lupa dalam entry sebelum ni saya ada cakap saya dah capai salah satu impian jangka pendek saya iaitu tuk dapatkan file,,,, tadaaaaaa


Bila belek-belek kat almari ofis, saya nampak file pengajaran ni yang dalam hampir 10 tahun... So, saya keluarkan isi dalam yang dah outdated tu.... Allhamdulillah dah dapat file tuk tahun ni. File ni saya nak guna untuk Kelas PGDHelt saya! Sem ni ada semester terakhir saya! Doakan saya berjaya mengharungi dengan cemerlang penagjian untuk semester akhir ni.


Ada Free Shipping Untuk Hari ni Rabu (12.01.21)

Doakan saya ditemukan dengan orang baik-baik, pelanggan kayang yang setia, senang membanyar dan setia. Doakan saya pecah telur pada bulan ni.... Jom jamu mata dulu!





Saya doakan anda sentiasa dilindungi allah swt, diluaskan rezeki, di jauhkan perkara buruk, dilindungi sentiasa, dikurniakan syurga dunia syurga akhirat. 

Jom sentiasa bersemangat dalam apa jua keadaan, luaskan kuasa mu dear....

Amin amin amin Ya Rabbala'alamin....



4 comments:

  1. amiin..semoga berjaya dlm pelajaran, pekerjaan & perniagaan..

    dah ambik booster pfizer, Alhamdulillah takde side effect..

    ReplyDelete
  2. Belum amik booster lagi. Duk timbang tara nak amik atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpa sis... buat istikharoh klu sis rasa baik ambil je, kalau rasa was-was elak dulu...

      Delete

Powered by Blogger.