Perjuang Tanpa Henti RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Perjuangan Tanpa Henti RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula | Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu. 

Kami memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.


Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas daktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Richworks mahu fokus untuk nak support rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.

Allhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberi lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. 

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.


Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell etc.

Secara keseluruhannya, pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.


Malah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga. 

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulakan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,: ujarnya.


Richworks juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan

Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu ahli Titanium dana anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangunkan dan mengembangkan ushawan ke tahap lebih tinggi.

Allhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).


Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas)pada tahun 2021. 

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, InsyaAllah.

Moga usaha RichWorks (hyperlink - richworks.com) untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Kisah Journey RichWorks di Tahun 2021




Dengan berpegangkan hadis Rasulullah SAW
"sebaik-sebainya manusia, manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"

maka,

"RichWorks di sini lahirkan Usahawan Jutawan"

Sedikit Maklumat Berkaitan Latar Belakang RichWorks

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khusunya dari segi penjenamaan & pemasaran seta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menariknya lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina lebih beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.



RichWorks Mahu Membimbing Anak Didik Mereka Untuk Mengharungi 2021 hingga capai Kejayaan

Visi Richworks adalah menjadi "Neflix" Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan result dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

No comments

Powered by Blogger.