Recap Kejayaan 2021

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah... nak buat entry tahun baru teragak-agak, akhirnya dapat juga hari ni menekan-nekan keyboard ni. Sedar tak sedar dah sampai 8 haribulan dan bulan 1, 2022. Rasa cam semalam je baru masuk 1 haribulan. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik-pejam celik dah 8 haribulan. Malam 4 haribulan sebelum je masuk 00:00 (5 haribulan) cepat je saya submit penilaian prestasi tahun 2021. Dengan redha dan tawalkal je la... memang nak nak harap apa! tapi berharap juga agar dapat 85 ke atas. Rasa macam baru je kerja, dah setahun rupanya! dah kena submit penilaian prestasi. Tahun lepas saya lapor diri daftar masuk kerja pada 10 hb Januari 2022. Pada 7 haribulan tu dapat panggilan yang saya dapat kerja. Nak lapor diri pada 7 haribulan tapi tak sempar, kena buat check up, p angkat sumpah dan sebagainya. Terlebih masa, tak sempat sebelum pukul 12 tengahari saya dan rakan-rakan settlekan semua borang-borang yang kena diisi dan dibuat pengesahan sebagainya. So, 8, 9 (hari Jumaat, Sabtu), terpaksa juga pagi Ahad, 10 Januari, 2021 saya dan rakan-rakan melaporkan diri.

Tahun lepas lak, kita terpaksa menghadapi PKP sekali lagi dan banyak bekerja dari rumah. Saya hanya sempat masuk ofis sampai bulan 4 sahaja. Akhir Ramadhan. Raya dah PKP lepas Raya Aidilfitri terus bekerja dari rumah. Allhamdulillah sebelum PKP tu sempat saya memohon geran perundingan bersama FINAS dan diluluskan serta menyelesaikan tugas berkenaan. Tu lah pencapaian saya tahun lepas. Tapi belum cukup seperti mana yang disasarkan. Semoga tahun ni dapat capai apa yang disasarkan. 


Dua anugerah dan penghargaan yang diberikan ini sebagai pembakar semangat untuk lebih cemerlang pada tahun ini dan seterusnya. Ye la saya bukan sesiapa dan bukan orang yang bijak pandai, bercakap pun tergagap-gagap. Kalau nak saya memang low confident tapi bila mengajar saya boleh pula confident mungkin sebab itu subjek dan bidang saya, saya buat la yang terbaik untuk mengajar subjek berkenaan. Mungkin juga sebab saya ada ilmu untuk subjek tersebut dan saya boleh handle kelas tersebut. Banyak sangat yang saya perlu baiki diri untuk lebih cemerlang. 


Dua anugerah yang dan sijil penghargaan yang diberikan adalah sebagai Anugerah Perundingan Jaya dan Anugerah Jawatankuasa Terbaik bersama rakan-rakan saya! syukur untuk anugerah ini projek terakhir kami pada tahun ini adalah kolaborasi bersama Blogger dan Perunding Pemasaran Tuan Khir Khalid. Terima kasih Tn Khir kerana sudi menerima jemputan kami. Semoga ukhwah kita akan terus berpanjangan. Terima kasih sahabat-sahabat blogger yang sudi join. Luv uols.


Serius saya memang kelam kabut sikit hari tu sebab saya ada kelas pagi dan petang. Kelas pagi bersama Prof, kami kena buka kamera. So, tak boleh nak mengelat. Sambil dengar Prof lecture sambil dengar talk Tn. Khir. hehehe... Apa pun dua ilmu sikit atau banyak saya dengar dengan tabahnya...



Memang tidak diakui terlampau aktif jawatankuasa ni yang dipimpin oleh Dr. Mohd Noor sangat berpeluh keltiak la... kekeke.... ada kala tak dan bernafas, nasib la saya cuti bersalin 3 tiga. Syabas Dr. Mohd Noor, Dr. Adibah, Puan Zu, Dr. Sharina dengan aktiviti yang banyak dijalankan sepanjang tahun. KPK tak PKP kerja tetap ownnnzzz...

Banyak lagi perkara-perkara yang baik-baik belaka saya lalui pada tahun lepas. Syukur, terima kasih Ya Rabb... Terima kasih orang sekeliling saya! Sebenarnya, kita tidak apa dan bukan sesiapa pun disebabkan orang keliling kita juga membantu kita berjaya. 


Saya doakan juga kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang menyiapkan PhD jangan give up, jangan down lama-lama. Bak kata Sabella Family kalau nak down 3 minit jer! then bangkit berjuang terus berjuang tulis dan tulis siapkan PhD. 

Impian Yang Dicapai

Satu azam dan impian saya saya capai pada tahun lepas adalah untuk memulakan perniagaan. Sebelum saya tulis azam saya tak pasti dan tak tahu nak berniaga apa, tapi berjodoh lak jadi dropship Sabella bila saya masuk bootcamp percuma yang dikendalikan RichWorks pada Mei 2021 yang lalu. Sejak hari itu saya sentiasa follow program percuma yang dianjurkan oleh RichWorks. 


Terima kasih Dato' Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks, buku yang memberi inspirasi untuk kaya dan berjaya. Memang pelbagai emosi bila baca kisah orang berjaya ni. Mereka sangat amazing! Mereka sumber inspirasi pada saya! Semua orang yang berjaya, orang yang ada ilmu, orang yang memberi ilmu walaupun satu perkataan mereka orang yang memberi inspirasi kepada saya. Saya suka tengok orang berjaya dan mahu menjejaki seperti mana mereka.

Niat untuk bantu seramai mana orang! Bukan untuk diri tapi untuk ummah dan masyarakat sejagat. Ya Allah, lorongkan kami semua menjadi orang yang memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Membantu siapa sahaja di mana sahaja, seantero dunia. Amin Ya Rabbalalamin...

No comments

Powered by Blogger.