Betul ke Circle Positif Mendorong Kita Ke Arah Kejayaan?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah. syukur pagi yang indah, semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Sihat semua yang sudi baca entry dan singgah umah saya yang tak seberapa ni? Allhamdulillah, seronok sangat bila kita berada dalam circle yang positif ni. Seawal pagi dari pukul 6.30 selepas subuh dihidangkan dengan bacaan Ratib Al Attas. Kemudian pukul 8.00 pagi pula ada morning booster untuk naikkan semangat bekerja. Bila petang kul 5 jer, ada sharing win.

Petang tadi saya masuk awal sesi sharing win. Bila ditanya apa pencapaian dengan dengan Sabella, saya  reply:


Then, penguruscara petang tadi, mengaminkan doa dan mendoakan. Terharu dan sebak pun ada bila orang doakan kita. Bukan kita nak menunjuk dan sebagainya apa yang kita buat, apa yang kita capai tapi bila kita share tempat yang betul (bak kata bos), semua orang akan aminkan impian kita, hajat kita serta mendoakan sukses untuk kita! 

Dannn.... jangan share dengan orang yang salah atau group yang salah, takut pula disalah faham dan dikata menunjuk dan sebagainya. Walaupun kita rasa semua tu untuk emmberi motivasi kepada kita untuk terus berjaya dan berjaya. Kita berjaya bukan untuk diri sendiri. Sebab saya tahu kita semua mahukan kejayaan dalam apa jua yang kita ceburi. 

Sudah tentu kejayaan kita adalah untuk kita, keluarga dan orang sekeliling kita malah untuk ummah dan manusia sejagat. Bagi saya tak salah untuk kita kongki kejayaan, dan saya akan mendoakan semua orang, segala apa yang mereka impikan, mahukan akan berjaya di dunia dan di akhirat! InsyaAllah Amin Amin Ya Rabbala'lamin....

Sejujurnya saya tak ingat, berapa haribulan saya join Sabella ni. Bulan 5 ke bulan 6 ke tahun lepas ek... haha, pencapaian xde la memberansangkan orang sekeliling ofis je pun dan ada kawan-kawan yg membeli. adik ipar pun support. Seronok tapi lum dapat pelanggan yang setia... kalau boleh sebulan sekali membeli atau 2 bulan sekali ke... hehehe... InsyaAllah amin.... semoga dibukankan pintu rezeki seluasnya alam dengan pelanggan kayangan yang setia dan baik mudah membuat bayaran dan sebagainya.






Sabella Anniversary ke 6

Kelmarin, hari ualang tahu Sabella dan hari ini juga masih berlangsung promosi hari ulang tahun Sabella yang ke6. so, sudah tentulah ada potongan harga yang banyak dan menarik. Syukur kelmarin juga saya dapat grab 5 kotak facemask Sabella. Dah tercapai salah satu impian saya. Allhamdulillah. Jom kita jengah apa yang best ni dengan promosi Sabella Anniversary. Ada off RM15 dan RM20 tau....










































Wow... giler hebat! telekung kanak-kanak tu murah. Saya sangat cadangkan uols kalau ada anak perempuan dapatkan "khadeeja". Dia satu pcs je, mudah sangat anak-anak nak bawa ke sekolah tak hilang! Hari ni masih berlangsung ke Sabella Anniversary ni. Kalau nak tahu lanjut boleh je contact Akak Sheila ni... hehehe. tekan je no akak kat sebelah tu.

Be Positive Always

So, uols... tak pa la dalam apa keadaan pun ada orang kritik kita ke apa, kita down and sakit hati kejap je! then wake up be positive. Manusia ni memang lumrahnya nak kritik itu dan ini sampaikan diri sendiri semua dianggap betul. Orang lain salah! Dan ada juga kalau tengok orang yang mereka suka tu, memuji memanjang. Langsung tak de buruknya! Kalau boleh di cakap baik macam malaikat la, pandai dan hebat macam malaikat la.... tak apa, biarla dia nak memuji memuja pun janji dia senang hati. Minta dijauhkan daripada si pemuja pemuji tu ditipu kelak. Kita yang mendengar ni ambil yang baik je. Yang buruk dan kalau rasa sakit nak dengar buat tak tahu je la, zikir banyak-banyak elak daripada boring mendengar. Kalau dah zikir walaupun sebut "Ya Allah", nikmatnya sangat la best. Lupa terus apa yang orang kata. Tak caya buat! hehehe

Apa pun uols, saya berharap agar semua di antara kita sentiasa berada dalam circle yang positif untuk meraih kejayaan. Tak rugi kalau kita left group yang negatif jika ia tak memberi manfaat kepada kita. Tepuk dada tanya lah iman. 

Assalamualaikum semua! Salam sayang dari saya.....

No comments

Powered by Blogger.