Impian Kecil Awal Tahun Baru 2022

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum... hi uols, sihat ke? semoga uols pembaca blog akak sentiasa sihat sentiasa, dimurahkan rezeki dan dilapangkan segala masalah. Hari Ahad yang indah kat Kedah ni tanpa hujan, saya kereje la seperti biasa. Hari tiada siapa saya berhubung face to face, semua berhubung online dan wasup bersama rakan sejawat. Memang rasa bosan la sikit kat ofis. Tiada siapa ganggu... hehe... kalau ada yang ganggu saya, minta tolong ke apa boleh la saya jalan sana sini keluar dari sejuk aircond dalam bilik. Ini tak kebas kaki tangan. 



Baby Rizqin Mateen tido dengan lena hari ni syukur. Tak banyak karenah. Petang pun dia tidur lena yang panjang lagi. Bangun main kejap then sambung tidur. Tapi sejak kebelakangan ni (sejak dari dia alami batuk selsema minggu lepas), dia kurang minum susu dan kerap buang air besar. Apa pun syukur batuk dan selsemanya semakin pulih, ada sikit-sikit je lagi sipi-sipi dengar kahak. 

Hari ni macam down juga la sebab prestasi kereje saya tak sampai apa yang saya nak pada tahun lepas! Macam saya cakap kat entry ni. Walaupun ada kejayaan dan harapan tapi langkah cemerlangnya masih jauh. Saya kena tingkatkan usaha tahun ni untuk capai tahap cemerlang. Doakan saya sahabat semua untuk saya dapat tetap jawatan pada tahun 2024 nanti. Itu target saya! 

Impian Kecil Awal Tahun Baru 2022

Saya ada impian kecil ni, kalau boleh saya nak buku tulis, planner dan diary untuk tahun 2022. Saya belum dapatkan lagi planner atau diari tahun 2022. Kalau tak terpaksa la saya print dari internet. Penting bagi saya!. Doakan saya dapat buku tulis, file gelang, planner dan diari tahun 2022 tau.... Memang impian kecil ni sebelah mata je bagi siapa yang mudah dapatkannya. Namun, bagi saya susah juga nak dapatkannya! nak kena p beli dulu kat kedai buku, atau last solution saya print daripada internet. Kalau dapat yang dari kedai tu tersangat lah ok pada saya!

Facemask Sabella

Impian saya juga di awal tahun baru ni nak dapatkan mask Sabella. Edisi sebelum ni saya tak sempat grab. Untuk kali ni, esok atau lusa releasenya ada 3 warna maroon, putih dan hitam. Cantik sangat. 


Satu box ada 20 keping. Doakan saya juga dapat grab dan dapat customer yang baik dan setia dengan saya. Bukan facemask je, baju pun ada ni! Semoga Allah membuka jalan dan pintu rezeki ini buat saya bantu keluarga. 

Terus terang saya cakap saya tak pernah pergi bercuti mana-mana tempat bersama keluarga kecil saya. Kalau saya check in memana pun atas urusan kerja dan pelajaran saya! Dan yang utama saya dapat sponsor menjalankan tugas sebagai blogger. Untuk saya dan keluarga kecil saya makan angin check in memana tempat sendiri dengan budget 100% sendiri belum lagi dapat kami laluinya. Doakan saya dapat bawa keluarga saya dan mak ayah saya bercuti sesama. Ralat juga rasa kalau tinggalkan mak ayah untuk bercuti. Sebab saya tahu mereka pun ada rasa. Bak kata mak leader saya, selagi mak ayah masih ada rasa untuk nikmat Allah, jaga dan berikan lah kepada mereka sebelum mereka hilang rasa nikmat dunia! Itu yang saya pegang bila saya berada dalam circle MySoleha Family, circle Sabella dan ajaran dari Doc Osman Azizan dan team RichWorks. Jaga keramat hidup. Syukur! dapat bagi mereka duit hadiah birthday pada tahun lepas. 

Syukur Keluarga Mertua Yang Baik

Begitu juga mak ayah mertua saya. Saya sangat bersyukur ada keluarga mertua yang sangat baik. Tanpa mereka saya bukan siapa-siapa juga. Sebab dari mereka saya banyak belajar erti kehidupan dan mereka juga penguat saya! Mereka tak pernah menyusahkan saya! Malah mereka sentiasa memberi dorongan dan kekuatan kepada saya! tidak ada rasa pilih kasih antara kami anak menantu. Tidak ada banding membanding antara anak-anak menantu. Sangat sangat senang dan selesa dengan mereka. Mereka lah tempat saya mengadu susah, walaupun ada juga desus lupa keluarga, tapi percaya la saya tak pernah membelakangi keluarga mertua saya! Saya berada di situasi yang hanya Allah sahaja yang tahu. Saya doakan mereka sihat walafiat dan senang sentiasa. Semoga Allah mendorongkan mereka semua ke jalan syurga dan dihimpunkan di syurga kelak. 

Banyak saya belajar tentang impian pada tahun lepas. So, tahun ini saya mulakan dengan impian baharu seperti mana mak leader ajar impian jangka pendek dan jangka panjang. Impian jangka pendek saya, saya khusukan pada tahun ini saya akan capainya. Bak kata Bos Sufian, bagi dia... kalau dia dah cakap dia akan buat sampai jadi. Dia tak akan berhenti dan duduk diam! Allahu semoga saya juga mempunyai kekuatan dan energy seperti bos dan mereka yang berjaya!

Salah satu impian jangka pendek saya, ialah saya nak beli kipas angin. Sebab kipas angin kat rumah saya dah meletup kat tempat anak-anak study di dapur. Allhamdulillah, tadi saya dah dapat kipas baharu. Jenama Khind harga RM135. Tak tahu la mahal ke murah, harga sebenar dia letak RM150. Saya pun dah lama sangat tak beli kipas..... Sebab tu juga kipas yang ada dah meletop, 13 tahun ada agaknya! Esok kakak dah mula PdPR, so nak tak nak kena dapatkan kipas juga! Bak kata NurJannah "mama... mama beli la kipas, Jannah panas! kalau mama tak beli kipas mama beli la aircond" hahahaha... dia panas la sebab duk ngadap laptop main Rodblox xde kipas. Pandai la suruh mama beli aircond. Kipas angin ni jer yang mama mampu beli Jannah oiii..... 



Impian besar saya banyak! 101 impian, tertulis repeat lagi tahun ni untuk menulis 101 impian. Yang paling utama dekatkan diri pada Allah. Jadi abdi Allah yang sejati dan jadi khalifahnya dengan memberi manfaat kepada manusia dan alam sejagat!

So, uols apa lak impian jangka pendek dan impian jangka panjang, kalau sudi boleh share ngan Kak Sheila!




No comments

Powered by Blogger.