5 Tips Mudah Pilih Hotel Bila Bekerja Bawa Keluarga

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


5 Tips Mudah Pilih Hotel Bila Bekerja Bawa Keluarga | Allahmdulillah, syukur walaupun negara kita masih dibelenggu dengan pandemik Covid-19, namun masuk tahun 2022 ni saya nampak dah banyak kerja mula beroperasi secara bersemuka. Sebagai contoh dalam pengendalian seminar, bengkel, persidangan dan sebagainya. Sejujurnya, saya akui sejak pandemik Covid-19 melanda dan sedang berarah ke pasca pandemik, saya dan suami masih risau untuk bercuti dan membawa anak-anak jalan-jalan pusing-pusing Malaysia. Kami hanya mampu buat apa yang penting iaitu balik kampunggggg…. Uols rindu sangat nak balik kampung syukur akhir tahun lalu dapat juga balik kampung setelah setahun lebih tak balik kampung kat Kota Bharu Kelantan. Bagi macam saya yang berkeluarga berkerja dan kena bawa keluarga bersama, ada lima tips mudah saya cadangkan.


Sumber: https://pixabay.com/


1. Merancang Perjalanan

Bila masuk tahun 2022 pula, kerja saya pun semakin bertambah dan banyak program mula dijalankan secara bersemuka. Dan pelbagai program yang telah dirancang sepanjang tahun. Bila ada program yang terpaksa saya melaksanakan kerja luar, perkara utama yang saya fikir adalah untuk mengangkut anak-anak bersama. Dijadualkan dalam aturan kerja saya kena pergi ke Kuala Lumpur pada akhir bulan Februari nanti. Apa yang saya perlu buat adalah membuat perancangan perjalanan, sama ada untuk membawa kereta sendiri ataupun menggunakan kenderaan awam seperti menaiki flight, bas atau keretapi. 


2. Cari Hotel Awal dengan Harga Murah

Walaupun saya ada masa lagi sebulan lebih, tapi memang la bina nak buat kerja luar ni dan kena bawa keluarga bersama saya akan mula merancang apa yang saya akan buat. Dari jadual kerja dan kena selarikan dengan komuditi saya dan keluarga. Ini juga kerana saya dan keluarga dah lama sangat tak jejak Kuala Lumpur, jadi saya mesti buat perancangan awal seperti mencari tempat tinggal dan sebagainya. Dari petang tadi saya dah mula cari kat google hotel promo pada tarikh yang saya mahukan. Pencarian hotel awal dapat menjimatkan kos sebab ada hotel-hotel yang buat promosi. So, uols penting kita cari hotel awal bila nak bawa keluarga bersama ni. Bila dah bawa keluarga bersama sudah tentu kita perlukan bilik yang besar. Nak nak saya dah ada anak dara, anak sedang dan anak kecil. Kekeke…. Bilik hotel pun mesti kena pilih yang suite atau bilik family untuk keselesaan mereka. 


Sumber : https://pixabay.com/


3. Cari Hotel Dekat Dengan Tempat Kerja

Apa yang membuatkan saya mudah untuk mencari adalah saya sudah tahu kat mana tempat yang saya kena pergi bertugas. Jadi, mudah untuk saya mencari hotel di Kuala Lumpur. Perkara utama juga saya akan cari hotel yang dekat dengan tempat yang saya akan pergi. Memandangkan saya ibu yang ada baby kecil yang sedang menyusu, sudah tentu saya akan tengok faktor jarak tempat dekat dengan tempat kerja yang saya akan pergi. Dan ini…. Mudah saya untuk balik dengan cepat untuk menyusukan baby setelah habis kerja. 


4. Cari Hotel Yang Ada Pool

Bila dah bawa keluarga ni, ada anak besar, anak sedang dan anak kecil, apa yang saya pentingkan adalah mencari hotel yang ada kolam renang. Ini supaya anak-anak saya tidak bosan berada di bilik hotel. Bila saya pergi bekerja mereka boleh keluar bermain kolam. Anak-anak memang suka main kolam, berendam dalam air berjam pun tak jemu. Dah tentu bagi saya faktor kolam ni penting untuk menghilangkan rasa bosan anak-anak suami pun boleh layan anak-anak dengan senang. 


Sumber : https://pixabay.com/

5. Cari Hotel Ada Sediakan Sarapan

Apa yang perlu bagi saya juga, saya akan cari hotel yang ada menyediakan sarapan. Jadi, bila pagi saya tak ada la kelam kabut untuk sediakan makanan pada anak-anak. Bilasa lah, anak-anak ni bila-bila masa jer mereka akan rasa lapar. Bila bangun dari tidur jer dah lapar, macam tu la perangai anak-anak saya. 


Saya faham empat tips yang saya terangkan selain tips pertama ni memerlukan bujet yang tinggi atau banyak. Sudah tentu jarang-jarang saya bawa keluarga bersama bekerja sambil bercuti, saya akan sediakan satu bujet yang cukup dan mula membuat tabungan. Sebab itu faktor cari hotel lebih awal dan dapatkan hotel promo tu penting bagi yang bawa keluarga bersama. Hokiesss uols, semoga tips ini dapat bantu kita membuat perancangan awal apa yang akan kita lakukan. Setiap perancanga hanya Allah sahaja yang tentukan yang terbaik bagi kita. So, selamat bekerja dan bercuti dengan gembira…. 


No comments

Powered by Blogger.