JEJAKA HEBAT DENGAN PEWANGI DASHING EAU DE TOILETTE DAN DEODORAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


JEJAKA HEBAT DENGAN PEWANGI DASHING EAU DE TOILETTE DAN DEODORAN / Allhamdulillah, Jenama dashing masih kekal hebat sehingga kini. 

Sejarah Dashing
Jenama yang merupakan lambang maskulin dan keyakinan. Dengan sejarah lebih daripada 20 tahun, jenama ini telah menjadi sebahagian daripada jiwa lelaki Malaysia. Terkenal dan sinonim dengan kualiti dan wangian yang tahan lama, jenama ini membolehkan lelaki muda moden untuk menyerlahkan keyakinan mereka dan menjadi kool bak DASHING dengan harga yang berpatutan. DASHING memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Jejaka DASHING amat mudah menjadi inspirasi kepada orang lain dengan daya tarikan serta personaliti mereka.

Kehebatan jejaka tampak lagi terserlah dengan wangian dashing JEJAKA HEBAT DENGAN PEWANGI DASHING EAU DE TOILETTE DAN DEODORAN baharu ini. Diproduksikan dengan dua bauan terbaharu iaitu Eau De Toilette Hitman dan juga Golden Boot bersama deodorant. 


Hitman
Variasi Hitman diformulasi khas untuk lelaki yang sentiasa aktif dan sukakan cabaran. Hitman diserikan dengan aroma kesegaran Citrus dan juga Ice Cucumber. Selain itu juga ia diwangikan lagi dengan Sichuan pepper seta Lavender dan Patchouli dan juga Gaiac Wood. Justeru, gabungan aroma-aroma wangian tersebut menjadikan para jejaka dan si pemakai sentiasa segar bermanya di samping tugasan harian yang senangtiasa aktif dan bergerak cergas. 

Baca: Produk 2 in 1 Dashing Face dan Body Wash 



Golden Boot
DASHING Golden Boot pula diserikan dengan haruman bau yang lebih Musky dan menggoda si pemakai serta orang sekeliling. Ia diformulasi daripada aroma daun Rhubarb dan Pimento yang memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai.Di samping itu juga, ia diserlahkan dengan kombinasi kayu Kashmir seta Leather yang melahirkan aroma kelelakian maskulin. Aroma ini mampu memukau siapa sahaja yang mendekati si pemakai...

Wow.... hebatnya,,,,,, hehehe....


Kedua-dua wangian ini diproduksi dalam saiz botol yang sporty dengan isipadunya sebanyak 50ml. Ia merupakan keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport. Anda boleh mendapatkan produk ini dengan harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Matlumat lanjut, bolehlah melayari lama sesawang dan juga sosial media di bawah:

LAMAN WEB :
FACEBOOK : 
INSTAGRAM : 





No comments

Powered by Blogger.