Kuzi Ayam Di Pagi Aidilfitri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kuzi Ayam Di Pagi Aidilfitri / Allhamdulillah.... menu di pagi aidilfitri, petang Ramadhan terakhir sempat saya membantu umie membuat kuzi. Dek umie saya tak sihat, dia cuma mengarahkan saya.... dia tunjuk apa yang harus kena buat saya tolong campak jer dalam periuk. Husband saya lak tolong gorengkan ayam.


Kuzi ayam in the making


Dengan menggunakan rempah kuzi ayam cap "orang masak" dah dikhaskan untuk 3 ekor ayam, saya mula menumisnya. Bila bawang dah garing bersama rempah 4 beradik boleh la masukkan rempah kuzi tersebut. Bagi menambahkan warna keemasan bagi kuzi anda, boleh masukkan serbuk cili... Saya guna serbuk cili Babas....


Kalau tak warna kuzi anda akan nampak seperti di bawah. Saya pun tak tahu juga, maklum lah mak budak baru belajar.... Rupanya senang sangat nak buat kuzi ni.... Ni memang fav papa saya. Ye la nak tempah sekarang ni kalau kat Kota Bharu mahal tau. Seekor ayam dah RM80... huhu.... 


Bahan-bahan lain wajib ada kacang goreng... kacang ni kena goreng dulu, dan dibuang kulit tau... hahaha.... bak kacang lupakan kulit. 


Bahan lain lak kismis..... yang sedap lagi boleh buh gajus tau. Kat sini saya tak buh gajus dan satu lagi bahan yang saya guna ialah ubi kentang yang dipotong kecil dadu.


Ayam goreng tak perlu separuh masak pun, suku masak pun tak apa. Sebab goreng nak bagi ayam ni tak hancur bila dimasukkan dalam kuah nanti. 


Kuzi ni tak guna santan. Saya guna 3 tin susu cair. Aromanya akan naik bila dah disatukan semua bahan itu.... Apa yang buat kuzi ni mahal? Bagi saya kismis, gajus tu mahal.... bahan lain biasa sahaja. 


Masukkan ayam, masak sehingga peah minyak. Siap!


Senang sangat rupanya. Ingatkan susah sebab ramai yang tak tahu buat. Saya la tu... Bila dah belajar ni fuhhh baru tahu cooking is the best practice and semudah yang tak disangka... Kuzi ni nak makan dengan apa? boleh dimakan dengan briyani, roti dan roti jala.... 

Allhamdulillah. Menjadi! 
Selamat mencuba tau. 


4 comments:

  1. aboh ekin minat kuzi ni ma buat sokmo.. xsempat nak belajar ni ada kak sheila share boleh cuba ni

    ReplyDelete
  2. fuhh sedap,, tak jumpa lagi kuzi ayam raya ni hii.. sebab dia banyak nak main goreng itu ini jer,, orang kata susah tu hii

    ReplyDelete
  3. senangnya tapi nak goreng kacang tu yang malas :P

    ReplyDelete

Powered by Blogger.