Sir Thomas English Breakfast Tea

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

English Breakfast Tea / Allhamdulillah, saya diperkenalkan dengan satu produl tea daripada Unilever Solution Foods yang sebelum ini saya tidak pernah tahu akan kewujudannya. Di bulan yang mulia Ramadhan lepas, English Breakfast Tea ini menjadi santapan kami sekeluarga, memandangkan saya sudah mengurangkan aktiviti meminum ais sejak bersalain kepada Nur Jannah setahun lebih yang lalu.... Oleh itu, minuman panas terutama tea menjadi pilihan saya bagi menggantikan ais. 


Ramuan Bermutu
Ramuannya dengan campuran Kenyan, Ceylon dan lain-lain pilihan teh ini adalah pilihan yang sempurna untuk kopi pagi anda. Sir Thomas Lipton Specialty Tea Collection menawarkan bahan-bahan terbaik yang dimeterai bagi mengekalkan kualiti, kesegaran dan memastikan konsistensi aroma tea kekal bermutu.  Koleksi itu membantu untuk mewujudkan pengalaman penggemar teh yang sempurna untuk setiap saat di amna sahaja anda berada termasuklah dalam bilik, semasa sarapan pagi, di restoran, kafe, bar, lounge, jamuan dan sebagainya, English Breakfast Tea ini sangat sesuai dinikmati.



Resepi Istimewa English Breakfast Tea
Selain itu anda juga boleh membuat pelbagai menu ais mahupun panas dengan English Breakfast Tea ini. Antara menu yang istimewa disarankan seperti Sooting Teefee.


Cara-cara:
  1. Didihkan air di dalam periuk
  2. Tambah di Sir Thomas Lipton English Tea dan didihkan selama 5 minit kemudian keluarkan kantong teh Sir Thomas English Breakfast Tea. 
  3. Kacau dengan sirap atau susu. 
  4. Dalam gelas yang dipenuhi dengan kiub ais, tuangkan campuran di atasnya dengan krim dan taburkan beberapa serbuk kayu manis.
Petua Chef: Krim boleh digantikan dengan ais krim. Campuran teh juga boleh dibuat terlebih dahulu dan sejuk di dalam peti sejuk.

Sir Thomas English Breakfast Tea dijual dengan harga RM11.25 bagi 1 pax dengan 2.4g. Untuk mendapatkan produk ini anda boleh lah melayari laman sesawang di bawah ini...

Laman Web: 



2 comments:

Powered by Blogger.