My Family
1st Outing Ramadhan 2018
1st Outing Ramadhan 2018 / Allhamdulillah. Sabtu lalu 17 Ramadhan baru sempat keluar rumah... berbuka di luar. Kami ke Alor Star Mall the berbuka di Aman Central. Keluar pun dah lewat dalam pukul 4 sampai Alor Star Mall dah hampir pukul. Solat Asar then pusing jap kat situ, beli blouse RM10 baju Jannah Hush Puppies RM21.... bagus.... that's all terus ke Aman Central, berbuka dengan roti, kurma, solat maghrib... then pusing-pusing situ.... tak beli apa pun... hehehe....
Kenapa tak beli apa? satu limited budget, baju raya anak-anak pun dah ada, tahun ni saya beli online sahaja lagi murah. Ye la tengok baju kurung budak-budak sepasang pun harga RM60 ke atas je. Mana la nak mampu saya ni..... cuma nak survey kasut anak-anak saja... semua mahal dengan budget kami yang tak seberapa.... bukannya saya kedekut tapi memandangkan ukur baju di badan sendiri ni macam ni la.... kekeke.... tak mampu nak fikir saya tuk shopping, boleh keluar rumah pusing-pusing pun ok lah because of my life office and my home sahaja.
So, tak ada kasut anak-anak, kita beli la kat pasar borong wakaf che yeh nanti balik kampung. Ada la alasan saya nak berhimpit ke pasar borong. Agaknya dah berapa tahun ye tak ke sana waktu malam, may be dalam 4 tahun, walaupun my parents home area situ sahaja.
Nur Jannah! bila outing jer dia tak mahu minum susu... sebotol susu dari rumah pun tak habis... Hai la anak! hehehe.... anak saya makin besar makin mengecil. Macam ni la, bila keluar jejalan jer tak mau minum susu. Balik kampung hari tu, empat 4 tak minum susu.... harap makan nasi, buah dan lain-lain jer... Seb baik balik Kedah hari ke5 dia mula minum susu.... kalau tak memang saya dah bawa pergi check up.... Sebab dia makan banyak, buang air besar pun ok, sebab tu tak bawa dia check up terus. Hingga kan bau susu pun dia tak nak.... Pening saya ngan Jannah bila dia tak nak minum susu. Sehari, dua hari tak minum susu, badan dia nampak terus makin menyusut.... haduiii ya anak....
Lapar.... kami singgah Jitra baru makan nasi. Kalau dah lapar saya terus bad mood... huhu.... Dapat makan Allhamdulillah baru ok.
Pekena lak pulut durian, pulut mangga, asam pedas ikan pari... perghhh syukur rezeki Mu ya Rabb....Jarang la kami makan kat luar. Selalu masak nasi, saya beli lauk.
Saya ni suka durian, agaknya bila la dapat makan durian sedap... hehehe.... kalau tak dapat pun tak apa la, hopefully dapat di syurga kan.... InsyaaAllah.... Saya tak pernah tau makan durian musang king ke, D24 ke,,,,, nak beli mahal sangat! tak mampu la saya.
Ini kedainya, food court, macam-macam ada. Lepas terawih ramai juga family mula singgah makan sini. Apa pun sedap, tapi nasi goreng janda kakak makan mahal sangat tak padan dengan harga, nasi goreng kong ada kacang dan seketul ayam goreng RM7....
Outing seterusnya, balik kampung nanti la insyaaAllah... Tak leh nak keluar kerap kekangan budget kami ni... hehehe... apa pun seronok la, syukur apa yang Allah bagi tu sudai memadai pada kami. Kekadang tak tahu apa nak harap. Dapat tengok benda cantik pun syukur tak terbayang nak memilikinya..... u alls bayangkan kat syurga semua hebat tau, tak apa kalau tak mampu di dunia ni, sebab kat dunia pun kita pun hidup untuk memiliki, kita hidup sebagai hamba.... InsyaaAllah apa yang Allah tentukan semua elok-elok belaka.
Allhamdulillah....
Sesekali outing tu yang nikmat lain macam kak...tak apalah,kadang Allah beri kita kecukupan supaya kita mengertikan sederhana itu...sebab bila kita ada lebih sebenarnya cabaran untuk besederhana...akan sentiasa ada keinginan yang susah nak surut...
ReplyDelete