Dashing 2 in 1 Face Body Wash: Smell Great, Anything, Anywhere

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Dashing 2 in 1 Face Body Wash: Smell Great, Anything, Anywhere / Secara jujur saya mula kenal dengan produk dashing sejak di bangku sekolah.... Ingat tak sahabat-sabahat ku masa sekolah dulu, kita tergila-gilakan produk dashing ni sebab ia wangi.... hahaha.... masa tu saya dan kawan-kawan guna talcum dashing.... harumannya lain dari kebiasaan remaja dahulu yang lebih sukakan wangian lembut, rose dan sebagainya. Tapi dengan keharuman dan kesegaran talcum dashing membuatkan kami memilih untuk menggunakannya. Ditambah pula pada tahun 1996 masa kami muda remaja tu, tvc dashing juga memberi pengaruh yang positif kepada remaja seperti kami ketika itu. 




Dashing 2 in 1 Face Body Wash
Hari ni, saya nak perkenalkan produk mandian Dashing 2 in 1.... apa yang 2 in 1 ni? Produk mandian dashing 2 in 1 adalah mandian dan juga pencuci muka baharu yang sangat proaktif dan praktikal kepada si jejaka. Anda tidak perlu membeli mandian dan pencuci muka secara berasingan. Dengan adanya Dashing 2 in 1 Face Body Wash ini akan lebih menjimatkan dan senang digunakan. 

Tidak perlu dirisaukan! kerana ia diformulasi untuk dua kegunaan sekali gus. Walhal, jangan dipandang rendah pada jejaka sekarang pun mula peka terhadap penjagaan kebersihan diri dan badan. Bukan wanita sahaja tau nak kekal cantik, malah golongan jejaka mahukan muka bersih berseri. Dan... inilah masanya. Dengan produk Dashing 2 in 1 Face Body Wash membantu golongan lelaki memberi penampilan yang baik dari segi kebersihan badan dan penjagaan muka. Ini adalah kerana Dashing 2 in 1 Face Body Wash adalah sesuai untuk lelaki aktif bebas daripada pencemaran, sertasisa habuk persekitaran yang kering. 


Dashing 2 in 1 Face Body Wash terdapat dalam empat variasi iaitu:
  • Cool
  • Active
  • Hattrick
  • Ultimate Kick

Keempat-empat variasi pilihan ini mempunya keistimewaan yang tersendiri. 

COOL 
Variasi Cool adalah dikhususkan kepada jejaka dengan gaya hidup kontemporari yang mempunyai berpesonaliti yang lebih relex. Malah jejaka yang gemarkan bersantai bersama teman dan keluarga. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

ACTIVE 
Active pula adalah pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

ULTIMATE KICK 
Ultimate Kick adalah digambarkan sebagai wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK 
Bauan ini pula adalah simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber. 



Kelainan Dashing 2 in 1 Face Body Wash
Apa yang istimenya Dashing 2 in 1 Face Body Wash (Cool dan Hattrick): 
adalah buihnya bertindak sebagai dwi aksi dengan tiga kali ganda sebagai agen pemutihan. Di samping itu juga, ia bertindak sebagai memberi kelembutan kepada kulit muka serta mengawal tona kulit muka yang tidak sekata. Justeru, secara tidak langsung ia akan mencerahkan kulit muka serta memberi menyingkirkan minyak dan jerawat pada kulit wajah. 

Manakala, bagi tubuh badan pula, Dashing 2 in 1 Face Body Wash bertindak sebagai agen penguatan sistem pertahanan kulit supaya kulit tampak segar dan bersih. Ini adalah kerana buihnya telah diformulasi dengan penghidratan yang mengandungi mineral mikro. Mineral mikro ini dapat membantu dan meningkatkan kadar kelembapan kulit dan memberi keanjalan kepada kulit yang segar. 


Keistimewaan Dashing 2 in 1 Face Body Wash (Active dan Ultimate Kick): 
Bagi Active dan Ultimate Kick pula, bertindak sebagai agen pembersihan detox kepada wajah yang tidak secara sengaja terkana kotoran serta habuk. Secara tidak langsung ia akan membersihkan kotaran pada wajah dan akan memberikan kulit wajah tampak berkilau. 

Berapa Harga?
Sudah tentu nak tahu berapa harganyakan! Dengan isian 700 ml, Dashing 2 in 1 Face Body Wash ditawarkan dengan harga RM17.90 dan ia sangat berbaloi dan berpatutan kerana anda tidak perlu membeli mandian dan pencuci muka secara asing! 

Di mana nak dapatkan?
Anda boleh mendapatkan produk ini di semua pasaraya berdekatan. Atau anda juga boleh melayari di laman sesawang serta facebook di bawah ini.








1 comment:

Give your inspiration here and thank you.

Powered by Blogger.