Orak Reti: Apakah Itu?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



| Orak Reti |

Ya, itulah yang disifatkan oleh Ustaz Ghazali Omar bagi mereka yang membaca Al Quran tetapi "Orak Reti" isi kandungannya. "Orak Reti" bermaksud Tidak Faham.

Beliau mengulas tentang sebahagian umat islam yang membaca Al Quran tetapi tidak faham apa yang dibaca. 

Faham Mengukuhkan Iman

Al Quran yang kita baca tidak akan menambahkan keimanan kita terhadap kitab suci itu melainkan ia difahami isi kandungannya.

Mesej mesej yang Allah sampaikan kepada kita melalui Al Quran itulah perkara perkara yang akan mendatangkan keutuhan iman.

Mana mungkin kita ini mahu takut terhadap azab siksa Allah yang diceritakan didalam Al Quran. Mana mungkin kita ini faham tuntutan Allah terhadap diri kita yang terkandung di dalam Al Quran. Mana mungkin kita ini akan terliur dengan syurga yang diceritakan di dalam Al Quran.

Kesemuanya itu akan kita dapati melalui kefahaman kefahaman yang baik bilamana kita memahami isi kandungan Al Quran.

Bahaya Tidak Faham Al Quran

Mengapa bahaya jika tidak memahami isi kandungan Al Quran?

Al Quran merupakan panduan hidup manusia yang wajib diimani oleh seluruh umat manusia yang beriman kepada Allah. Jika Al Quran ditolak malah ditentang, maka akan menyebabkan terbatalnya iman atau kafir. Inilah bahayanya.

Al Quran sememangnya ramai dikalangan kita yang mampu untuk membacanya. Tetapi hairan kan, dalam asyik mereka mendendangkan bacaan bacaan Al Quran ramai juga yang tidak mahu mengikuti isi kandungan Al Quran.

Lihatlah seberapa ramai umat manusia membaca Al Quran tetapi mempertikaikan dan menolak poligami, berhijab, tuntutan zakat, tuntutan puasa, tuntutan solat, perlaksanaan hukum hakam islam, tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa dan banyak lagi.

Dimanakah bermulanya penyakit ini? Iaitu apabila Al Quran hanya seronok dibaca tetapi tidak mahu difahami. Ini adalah penyakit kronik yang menimpa orang orang yang membaca Al Quran di akhir zaman ini.

Membudayakan Memahami Isi Al Quran

Penyakit kronik ini perlu disembuhkan pada kadar segera. Jika ia dibiarkan, maka ia akan terus membusuk ke dalam jiwa masyarakat yang melahirkan umat yang membaca Al Quran tetapi jahil isi kandungannya. Na'uzubillah.

Antara cara merawat penyakit ini adalah dengan memulakan membaca Al Quran beserta terjemahannya. Jangan sibuk hendak berlumba siapa banyak kuantiti bacaan Al Quran, tetapi pentingkanlah kualiti bacaan dengan memahami ayat ayat Al Quran tersebut. Ini lebih bermakna.

Setiap para pembaca Al Quran pula hendaklah menyediakan dirinya dengan tafsir tafsir Al Quran yang dikarang oleh para ulama' bagi tujuan memahami Al Quran dengan lebih mendalam. Jangan kita bakhil untuk mengeluarkan sedikit harta untuk membeli kitab kitab tafsir Al Quran.

Hadirlah ke majlis majlis ilmu yang dibacakan dan membincangkan ayat ayat suci Al Quran kerana padanya sangat banyak peluang untuk memahami isi kandungan Al Quran.

Pastikan ada guru yang membimbing dalam memahami isi kandungan Al Quran. Ini kerana isi kandungan Al Quran itu ada yang mudah untuk difahami dan ada juga yang sukar difahami. Maka gurulah yang perlu dirujuk demi untuk mendapatkan kefahaman yang benar.

Ingat! Jangan sekali kali Al Quran itu difahami mengikut akal yang dipandu oleh nafsu dan syaitan. Kerana ia boleh menyebabkan kita salah memahami kehendak Al Quran dan menyesatkan kita daripada kebenaran.

Kesimpulan

Marilah kita mulakan memahami isi kandungan Al Quran. Mulakanlah dengan membaca satu atau dua ayat dan kemudian fahami sebaiknya. Ini pasti akan mendatangkan kesan membaca Al Quran yang sebenar di dalam diri kita.

Bukankah ianya sesuatu yang menghairankan apabila ada yang merasa kosong dan tidak tenang walaupun membaca Al Quran setiap hari.

Juga menghairankan kita apabila melihat premis perniagaan ada menggantung "ayat seribu dinar" tetapi owner kedai dan pekerja tidak menutup aurat ketika bekerja. 

Ini semua perlu dihentikan dengan segera dengan memulakan membaca Al Quran beserta memahami isi kandungannya. Wallahu'alam.



11 comments:

  1. Assalamualaikum Sheila, memahami isi Al-Quran salah satu azam LZ tahun ini. Tak kira lambat atau cepat, matlamat LZ supaya betul-betul faham dan terus tersemat dalam hati.. In shaa Allah semoga dipermudahkan, amin..

    By the way, thanks for sharing this 💕..

    ReplyDelete
  2. insya allah.. tq atas peringatan

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah mendalap sangat perkongsian ini..dan jujur PC katakan ini teguran Allah SWT pada PC melalui akak yang kongsi entri ini.Lazimnya yang sering ditanya adalah dah berapa kali khatam Al Quran.Semakin banyak jumlahnya akan dinilai semakin hebat...semakin bangga..kita ubah..tidak mengapa kita khatam sekali dua tetapi kita tahu makna setiap patah yang kita baca..PC sendiri pun kak...ubah..baca dan ambil tahu erti isi kandungan ayat yang di baca.Moga istiqhomah.

    ReplyDelete
  4. terimakasih atas perkongsian ini kak seila.

    ReplyDelete
  5. tq for sharing ni. a reminder to me.
    syukur sebab skang ni di sekolah ada dimasukkan pelajaran bahasa arab.
    wajib belajar. agar anak-anak kita celik bahasa al-Quran.
    dan mudah mereka menghayati al-Quran.

    ReplyDelete
  6. ooo itu maksud Orak Reti..ye betul..bila baca dan faham maksudnya..baru terkesan di hati..kena baca terjemahan dan fahamkan

    ReplyDelete
  7. Perkongsian dan peringatan yang baik. Insyallah moga kita sama-sama mengamalkannya.

    ReplyDelete
  8. betul sangat kak sheila. Sekarang ni pun dah belajar memahami ayat AQ

    ReplyDelete
  9. In Sha Allah
    bagus peringatan nih :)

    ReplyDelete
  10. baca dengan terjemahan sekali baru faham. kadang2 sesetengah perkataan faham tapi bila digabungkan maksud lain. dulu main hentam je bedal baca.. skrg la sikit2 ikut muka surat dan fahamkan maksud =D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.