Saya Nak Jadi Berlian

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.... 
Hari ni baru sempat saya buka blog....

Nak citer pasal berlian dan kristal ni nak sambung entry lepas..... Berlian dan kristal ni berkilau sangat cantikkan.... Sebelum ni saya ada juga lah beberapa kristal dan berlian..... tapi sekarang dah tak pakai semua tu.... Dan saya tak pernah beli emas atau berlian untuk diri sendiri,,,,, tapi saya nak jadi berkilau macam berlian dan kristal....

Selepas seminar Spiritual Intelligent pada 1 Februari lalu,,,,, saya rasa kita semua mesti jadi berlian dan kristal berkilau-kilauan hati kita..... 

Caranya sangat mudah, ini kajian saintifik dan sudah diketahui umum yer...... Cara????
Hanya dengan zikir!

Betul??

Speaker ini,
Kak Salina (Salina Ismail) yang lebih suka membahasakan dirinya Kak Salina, membentangkan kajian dengan zikir dan sebutan perkataan yang baik, air yang diuji menjadi berkilau macam berlian dan kristal yang sangat cantik....

Gambar di bawah adalah daripada kajian Dr. Masaru Emoto


Kristal air yang cantik terbentuk selepas solat di empangan Fujiwara

Setiap perkataan baik yang diucapkan oleh kita akan memberi kesan kepada molekul air. Bayangkan kalau setiap saat dan ketika hati dan bibir kita sentiasa berzikir dan mengucapkan kata yang baik akan berkilau-kilau gemerlapan kristal dan berlian....




Bagaimana fikiran positif memberi kesan kepada kita, alam sekitar kita hidup di planet ini dan secara keseluruhan? 

Kata-kata positif, gambar dan solat boleh membuat air mewujudkan kristal air heksagon indah tetapi yang negatif akan mewujudkan hodoh kristal air mencari. Mana-mana makhluk yang hidup, dibuat daripada air dan juga mineral dan planet itu sendiri adalah sama. Jadi pemikiran positif boleh membuat apa-apa perkara yang berkaitan yang indah dan harmoni.


Subhannallah.... hebatkan ciptaan Allah swt.... kata-kata yang baik, fikiran yang baik, zikir, adalah bermula dari hati yang suci dan bersih....

Ayuh kita sama-sama suci dan bersihkan hati sentiasa jauhi daripada berfikiran negatif,,,, 

"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan) nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu) dan sungguh rugi orang yang mengotorinya...... " Surah Ash-sham ayat 7-10

Surah As Syam, selalu dibaca semasa solat sunat dhuha....
Maknanya Allah suruh bersihkan hati untuk selalu dekat denganNya, untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah.... Kadang-kala kita tersasar dengan apa yang kita buat, nak murah rezeki buat solat sunat dhuha.... 

InsyaAllah, saya sedang siapkan video seminar hari itu dan akan dimuatnaikkan dalam youtube....




1 comment:

  1. Hai hai. Cah memang suka tengok snowflakes sebab lawa sangat. Gain new knowledge! Yess

    ReplyDelete

Powered by Blogger.