Masak Peria Goreng

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah...


Al kisah peria. Semasa nak balik kampung baru ni saya belek peti ais terjumpa peria dalam plastik. Baru saya teringat ada jiran saya yang bagi. Memandangkan nak balik kampung, peti ais kena kosonkan dengan bahan basah, saya potong peria ni untuk masak. Masa tu saya lupa apa nama sayur ni. Memang saya tak pernah masak peria dan tak pernah beli. Erm…. Makan tahu la,,,,, muahahaha….. Saya potong besar-besar, dalam hati saya minta petunjuk Allah apa nak buat dengan sayur ni? Masak lemak ke? Ya Allah Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq….. saya panggil suami saya tengok sayur ni….. 

Bila husband saya tengok, dia kata ni peria kena potong nipis-nipis. Hehehe….. nak masak apa? Ingatkan nak masak lemak? Haduihhhh peria ni pahit mana boleh masak lemak! Kekeke…. Goreng ja la buh telur. Suami saya gelak. Oic baru saya ingat saya selalu tengok dan makan kat café universiti. Memang saya tahu makan tapi harammm tak pernah masak. Ye la kan, mak saya tak pernah buat! Husband saya kata kesian kat saya baru kenal ikan darat, baru kenal sayuran, ulam-ulam.

Minggu lepas jiran bagi lagi peria ni. Kali ni saya dah tahu masak. Yeahhhh....


Belajar Makan Dengan Suami
Memang betul, lepas kawin dengan husband baru saya kenal dan makan semuanya. Nasib baik la tekak saya ni boleh cuba saja. Ayah saya tak makan ikan darat (ikan air tawar). Ikan laut pun ikan-ikan tertentu sahaja dia makan. Sayur pun, sayur-sayaur tertentu sahaja dia makan. Sama juga ulam langsung tak makan. Rumah saya kalau, makan nasi dengan budu agaknya dalam sebulan sekali tau dua bulan sekali saja. Masa kecil kalau nak makan nasi dengan budu saya pergi makan nasi rumah nenek. Rumah nenek tiap hari ada budu bawah saji.

Belajar Makan Dari Pengalaman Merantau 
Masa kat Uitm Shah Alam, 15 tahun yang lepas, saya baru belajar makan ikan patin masak lemak tu… perghhh sedap rupanya. Masa tu makan kat Seksyen 2. Kalau time saya belajar u seksyen 2 memang port student la. Tapi masa tu saya tak tinggal di Uitm main campus. Fakulti saya di Stadium Shah Alam, syeksyen 13…. Kekadang je la pergi Seksyen 2 kalau ada apa-apa hal di main campus atau nak pergi perpustakaan.

Uitm Di Hati Ku

Dari belajar kat Uitm la saya kenal ikan patin tu. Ada pula adik-adik diploma batch saya pergi Temerloh buat dokumentari pasal ikan patin ni. Dari doku tu saya tengok macamana ikan patin dipelihara sehingglah di masak…. Perghhh memang sedap rupanya. Masa belajar juga saya kali pertama makan masak lemak pucuk ubi. Kawan saya orang Negori, masak lemak pucuk ubi. Rupanya, pucuk ubi pun boleh buat makan. Muahahaha… bengap betul otakk masa tu... 

Sekarang, saya memang tak kisah pasal makan pa sahaja makanan yang halal saya makan. Allhamdulillah. Nikmat makan juga nikmat kasih sayang Allah.

Dan ingat makan hanya untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Ikut sunnah lagi terbaik. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. 

Resepi
Peria (potong nipis)
Bawang besar 2 ulas + bawang putih 1 ulas
telur 2 biji, 
Serbuk kari
Budu
Kuib ayam
Minyak masak untuk tumis

Cara-cara
Tumis bawang putih bawang merah, pecahkan telur, buh kiub ayam, budu sikit serbuk kari dan peria. Kacau goreng rasa, 
Siap

Senang sangatkan masak. Nak buh perisa apa pun ikut suka janji sedap tekak anda... hehehe




'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();
Powered by Blogger.