Dari Kedah Ke Kelantan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allhamdulillah.....
Selamat balik kampung dan selamat kembali ke Kedah....

Kami bertolak balik kampung pada hari Isnin. Lebih kirang pukul 11 lebih juga la baru gerak.

Banyak pit stop. Pit stop di Jitra, kemudian di Perah.


Cantikkan bila tengok alam dipenuhi kehijauan pokok. Allah Ya Badi'.... Mereka sedang berzikir hanya kita yang tidak memahami, mendengari, apa yang mereka zikirkan.

Pit stop lagi di RnR Titiwangsa.


Perjalanan kali ni saya tak sibuk lak nak makan. Bekalkan anak-anak dengan roti, pau, kekacang, pisang goreng,,, biasanya saya lah orang yang paling sibuk nak makan nasi.... Kali ni memang saya rasa tenang ikut saya apa yang Allah aturkan.... 


Lepas ja kawasan rehat Titiwangsa, jalan berkabus... Fuhh, memang sejuk.... indahnya ciptaan Allahkan.... 


Empangan Temenggung... Bila sampai sini dah rasa dekat nak sampai Kelantan! Subhanallah, Allhamdulillah....

Kemudian kami berhenti lagi di Petronas Jeli. Kali ni memang berhenti lama-lama setiap pit stop. Rehatkan badan, walaupun sya bukan driver.... hehehe.... Tak ada la nak rush sangat....

Last Pit stop di pasaraya Pantai Timur Bukit Bunga.

Baru sampai Pasir Mas pukul 7 lebih juga la rumah mak mertua saya.... Keesokan baru balik Kota Bharu, rumah mak ayah saya...

Terima kasih Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin menjaga dan melindungi kami serta memelihara perjalanan kami.

Dalam hati memang duk zikir ja.... risau perjalanan jauhkan.... Allahmdulillah, tiada kemalangan sepanjang perjalanan yang kami temui. Cuma banyak sangat kenduri-kendara. Ye la kan, musim cuti tak kira cuti apa, tak lekang dengan majlis perkahwinan.

Dari Kedah hingga ke Kelantan ada la 20 lebih kenduri tepi-tepi jalan tu....
Meriah sungguh....




No comments

Powered by Blogger.