Rezeki Allah Yang Luas

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sekarang femes dengan isu 3D, sana sini duk cakap pasal ni. Tak pa la semua yang berlaku ada hikmahnya. Ada la tu apa Allah nak cakap dengan kita. Dengan keadaan sekarang di akhir zaman bagi saya apa jua berlaku back to Allah. Allah dah cakap dah masa di akhir zaman akan berlaku huru-hara, fitnah-memfitnah, penindasan, pemberontakan, peperangan, kezaliman dan sebagainya. Memang zaman kita sekarang ni!

Ayuh kita bangun wahai hamba Allah sekalian untuk kita mendekatkan diri kepadaNya. Saya cuma hambaNya yang jahil lagi fakir. Cuma mahu sarankan ju, dan saya juga sama dalam proses kenal Allah.

Bergantung dengan Allah Seratus Peratus
Percayalah Rezeki Allah Sangat Luas

Ada jiran bagi ikan, Saya pun tak tahu ikan apa. Yang pasti itu Allah bagi! Terima kasih Ya Allah Ya Razzaq. Tak kisah la apa pun nama ikan tu,,, apa nak dikisahkan apa yang Allah bagi. Memang kami ketidakcukupan, bulan ini banyak komitmen, bengkel, Penang dan Penang dan juga balik kampung.


Jangan salah sangka, bukan saya nak takbur, tapi saya cuma nak anda rasa yang Allah dekat dengan kita lebih dekat dari urat leher kita. Bergantunglah denganNya seratus-peratus. 

Di akhir zaman ini, tiada apa yang hendak dikejar lagi bukan harta, bukan wang ringgit, bukan pangkat dan darjat tapi kecintaan pada Allah Ya Waddud. 

Maafkan saya kalau entry ini membuata anda rasa tersinggung say mahu mengajak anda semua untuk meraih cinta Allah.

Apa jua masalah akan dihadapi dengan tenang. 

InsyaaAllah

Dengan NamaaMu Ku Seru

Allahu

Semoga Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razzaq sentiasa mengasihi mereka dan dimurahkan rezeki....




7 comments:

  1. kita panggil ikan tamban...hehe...alhamdulillah , dalam rezeki pasti ada rezeki org lain.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..ikan selangat kalau ak silap PC..hiihi..PC pun sedang perbaiki diri kak..

    ReplyDelete
  3. ikan selangat goreng garing sedap tu...bergantung kuat dgn tali Allah insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Mendalam entri ni. Kekadang sibuk hal dunia sangat sampai lupa pada Dia. InsyaAllah, sama2 perbaiki diri

    ReplyDelete
  5. Minta dijauhkan perkara yang mungkar.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  6. Minta dijauhkan perkara yang mungkar.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  7. yup,betul tu, rezeki Allah, boleh datang dengan disangka, dan rezeki Allah juga boleh datang dengan tak tersengaja........

    ReplyDelete

Powered by Blogger.