Pantai Cahaya Bulan Menggambit Memori

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 Allhamdulillah....
Balik kampung kali ni sempat pergi Pantai Cahaya Bulan....
Yang ni ssebelah Perdana Resort. Masih cantik pantainya.


 Ya Allah Ya Salam Yang Maha Menenangkan, sepertimana tenangnya air pantai ini mengalunkan memuja memuji Mu, tenangkan jua hati kami untuk sentiasa berzikir memuja memuji Mu jua,,,,,

Ya Allah Ya Affu Ya Ghoffar Ya Tawwab, sepertimana banyaknya pepasir ini begitu lah dosa-dosa hambaMu ini.... Maafi, ampuni dan terimalah taubah ku Ya Allah.... Sepertimana banyaknya bebuih di lautan bila menghempas di tepian pantai buih itu akan hilang, begitulah hebatnya pengampunan Mu kepada hambaMu ini..... 


Ya Allah Ya Wasi, Ya Basit, Ya Allah Ya Maha Luas dan Maha Melapangkan, sepertimana luasnya laut ini dan lapangnya langinMu, luaskan pengampunan Mu untuk ku di atas dosa-dosa ku yang banyak dan lapangkan perjalanan hidup ini mencari redhaMu untuk ku menjadi abdiMu yang sejati dan khalifahMu....

Memori Ku Di Sini
Pantai Cahaya Bulan ni tempat saya membesar, bukan saya tinggal di kawasan sini.... Tapi ini lah tempat saya dari kecil hingga remaja melepak bersunyian sendirian melihat ombak mencari ketenangan. Kalau 15 tahun yang lepas jarak masa dari rumah saya 20 minit sahaja sebab masa tu tak jamm.... tapi sekarang adalah 30 ke 40 minit....

Masa budak-budak dulu, saya papa saya adik dan mak saya main tidur dalam pasir kat sini.... syokkk k.... ye la, masa tu pantainya sangat cantik pasirnya halus, bersih..... terapi pasir katakan....

Kalau cuti semesta ini lah tempat yang selalu saya pergi seorang diri..... Kekadang pergi breafast and lunch pun kat sini.... Bila boring duk rumah saya akan datang sini.... Itu 15 tahun yang lalu la.... memang menggamit memori.... Masa muda remajakan... hehehe.... Saya memang suka tengok laut, pantai, bunyi air menghempas pantai, angin bayu,,,,, sangat tenang!

Rupanya Allah nak beritahu sesuatu pada saya! Kini saya fahami... apa itu maksud ketengangan hakiki!

Sekarang susah sangat nak datang sini! Tak sempat. Balik kampung kejap-kejap aktiviti penuh mana nak sempat terjah PCB ni.

Allhamdulillah, balik kali ni sempat tengok pantai Allah yang cantik ini. Terima kasih Ya Rabb.... Kau memang sayangkan aku!

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jami' sepertimana Kau menyatukan ombak dan pepasir ini dengan kasih sayangMu satukan silaturahim ku sesama makhlukMu dengan kasih sayang Mu jua....



No comments

Powered by Blogger.