Pulut Kuning Kukus

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Salah satu akak suka makan pulut kuning. Seronok bila tengok pulut ni. Makan pandai mengukus pun kena pandai la. Asyik nak beli saja.


 Pulut direndam dahulu selama 8 jam. Kalau nak betul-betul lembut. Senang untuk dikukus.
Saya terus rendam dengan pewarna kuning. Semasa merendam boleh juga letak asam keping.


Bila dah direndam toskan dan kukus, caranya guna santan, gula dan secubit garam.
Untuk mengukus ni saya buat dua kali angkat. Kali pertama gaulkan santan, gula, sedikit garam dan kukus. 


Dalam 45 minit agak-agak separuh masak angkat, dan masukkan lebihan santan lagi. Kemudian kukus sehingga masak. Saya letak asam keping di atasnya petua untuk pulut tu nampat berkilat.


Sambil mengukus, boleh sediakan telur rambu rambai. Tak kisah la nak guna berapa biji. Saya guna sebiji sahaja. Bagi resepi ni saya guna 500g pulut, 1 peket atau 1 cawan santan, gula 2 sb, secubit garam dimasukkan dalam santan, asam keping, pewarna kuning atau kunyit hidup dan serbuk kunyit dan telur serta pewarna ros.

Telur dicampur dengan pewarna. 1 bahagian origional dan satu bahagia pewarna ros. Goreng seakan telur dadar tapi nipis, selepas tu digulungkan hiris nipis-nipis.


2 comments:

  1. Sedapnya.. Makan ngn serunding ataupun rendang memang ohsem nie..

    ReplyDelete
  2. a' aa kan sis... makan dgn serunding, rendam ka... kari ayam ke... hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.