Book Review : Minda Magick

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Buku ini ditulis oleh Salina Ismail, rebtetan seminar pada 1 Februari lalu.
Merupakan the best seller amazon.com. Dalam versi Enggeris berjudul "The Magick Mind : a Mental Miracle.
Buku ini menduduki #rank 1 di bawah katogari "Islam-Spirituality- Ritual and Practice'.


Saya ambil petikan dalam buku ini supaya kita menjadikan syurga sebagai destinasi kta bersama.

Allah swt menciptakan manusia dengan minda-jiwa-tubuh dan memberi kita fakulti pendengaran, penglihatan, deria dan otak supaya kita dapat mewujudkan keajaiban diri di dalam kehidupan kita seharian. Menggunakan fakulti yang diberikan adalah acra kita mensyukuri pemberian dan rahmatNya. Tidak menggunakan fakulti ini adalah betindak balas kepada kejahilan. 


"Kebijaksanaan membakar syaitan manakala Kejahilan adalah kebahagiaannya" Rumi

Fikirkan sejenak, peranan segalan sesuatu ciptaan Allah swt Yang Maha Agong Lagi Maha Bijaksana. Matahari memberi kehidupan kepada semua, hujan memberi nafas kepada tanah yang gersang, bulan menerangi kegelapan. bunga memberi kehidupan kepada serangga, syur-sayuran memberi faedah kepada manusia.

Oleh itu, mida-jiwa-tubuh juga perlu memberi hasil, kerana tanpa hasil, pertumbuhananya terhenti dan hidup menjadi tidak bermaya dan tidak bernilai. Adapun manusia yang hidup tetapi sebenarnya 'mati'. Itulah saya di zaman kejahilan. Tetapi di sebalik kejahilan ada rahmatNya. Allah swt sedang mengajar kita melalui proses bertentangan (by means of the opposite)!

Oleh itu, hadapkan mukamu kepada Nya dengan sebenar-benar iman dan bangunkan kebijaksanaan mengikut corak di mana Dia membentuk manusia.  

"Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri (sendiri) mereka" Surah Al-Anfal ayat 53

Surah ini memberikan saya satu kehidupan baharu dengan merungkai rahsia sains kehidupan. Saya dapati bahawa dengan mengubah apa yang ada di dalam diri, saya mampu menjadi apa sahaja yang saya mahu. Begitu muda? Ya, begitu mdah! saya tahu kerana saya telah melalui proses ini.

Manusia hanya menggunakan 10% intelek. Jika kita mencetus 90% (spiritual), E=mc... ad infinitum akan berlaku. Tenaga manusia mampu bertukar menjadi tulen (the most purified energy), kebangkitan umat Muhammad seperti Dzulqarnain, Khalid Al Walid, Muhammad Al Fateh dan lain-lain manusia hebat, kaya, berkuasa dan digeruni. 


Manusia Sebagai Khalifah Allah 
90% spiritual yang ada dalam otak kita kita perlu kita keluarkan menjadi hamba abdi dan khalifah Allah swt. Kita kita sekarang adalah ilusi dan fatamorgana. Percaya atau tidak. susah nak cakap.... 


Hanya Amal Dua Nama Allah 
Kak Salina kongsikan ada peristiwa yang membuatkan dia berubah mahu mengenali Allah swt. Allah datangkan asbab dalam pekerjaannya menarik dia dekat mengenali Yang Maha Pencipta. Selama 6 bulan berturut tanpa miss sehari dia paksa dirinya bangun bertahajut dan mengamalkan zikir Asmaulhusna Allah Ya Rahman Ya Rahim selama lima tahun.... Hanya dua nama Allah yang diamalnya selama lima tahun menyebabkan dirinya berubaha 360* bayangkan.....

Sehinggakan dia tak sanggup nak tengok orang susah, apa saja kesusahan, kucing yang dibuang pun dia kutip tak boleh tengok menangis-nangis.... Allahu.... Allah kurniakan dia sifat yang maha pengasih dan penyayang sehinggakan dia tak boleh kawal dirinya.... 

Bersambung.....



3 comments:

  1. Salam

    Nak tanya dimana saya boleh beli buku ni secara online dan ofline

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam... sis, saya pun tak sure kat kedai buku ada tak buku ni.... boleh tinggalkan contact no tak sis, sy cuba tanya dgn rakan2 kalau ada lg dalam simpanan mereka.... sebab buku ni Dr. Salina bawa sendiri masa seminar....

      Delete
  2. Boleh saya tahu di mana saya boleh dapatkan buku ni. Saya masih mencari tapi takde kedai yang ada buku ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.