Mat Moto vs Mat Rempit

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Erm... dari akhir tahun lagi sebenarnya duk syok dengan dua filem ni, Mat Moto Ahmad Idham dan Mat Moto Pekin.... 

Nak buat skrip kena research kan, baru saya tahu perbezaan antara Mat Moto dan Mat Rempit.

Masa zaman muda remaja saya pun, 15 tahun yang lalu dah bersepah mat moto mat rempit ni....

Saya bukan nak bercakap pasal filem ni, buh jer tajuk. Bila dengar tentang filem mat moto vs mat rempit ni saya teringat pesan guru saya. 

Katanya "Nampaknya saya kena turun padang mencegah lumba haram, mat rempit ni. Jangan ingat orang perempuan tak boleh buat keje ni. Saya biasa jadi minah rempit,,,,, Kita semua khalifah memang diamanahkan buat semua kerja. Bila dah perangkap mereka, semua krew-krew saya keluar dengan berjubah tangkap mereka, bagi sesi kaunseling"...... hahaha..... yang ni lawak.... jarang guru saya buat lawak masa kuliah.... 

Saya duk bayangkan camana gayanya dengan berjubah jadi minah rempit ni??? ada gak krew yang berjilbab! fuhhh,,,,  hehehehe.... tapi kalau kata Dato' Ramli MS "tak kelakar".....

Masalah sosial kian hari kian tenat! Tidak boleh dipertanggungjawab pada pihak berkuasa sahaja. Kita adalah khalifah Allah, kita semua yang kena buat bukan duk menuding jari sana sinun.... Ini tugas kita semua.....

sumber di sini

Jadilah matahari Allah Ya Nur!!! memancarkan cahaya kepada semua makhluk di bumi tiadak kira siapa pun mereka, yang baik yang jahat, yang jahil yang jernih,,,,, siapa sahaja. 

Konklusi tak kira apa masalah kita sama atasi bersama tidak perlu menuduh apa yang berlaku disebabkan itu dan ini. InsyaaAllah.... Jangan mudah pandang serong pada makhluk Allah.... kerana adakala makhluk Allah tidak dapat NurNya.... 



1 comment:

Powered by Blogger.