Demam Berulang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Allah Ya Rahman Ya Rahim,,
Sayang sungguh kan Dia kat kita, sihat kejap datang lagi sakit... 


Allhamdulillah, tadi pergi urut, badan memang duk sakit, kepala lagi sakit. Ya Allah sedapnya,,,, rasa bila dipicit-picit kepala ni. Sebelum ni rasa macam nak meletup kepala, fuhhh... 

Bila kena orang yang pandai mengurut buat aduiii... lega rasanya yang amat.... Bila difikir Allah juga yang tolong pulihkan dan bagi rasa lega itu! dan Allah yang tolong duk urut tu....

Sayang sungguh Dia kat kita ni kan.... bukan kuasa tangan itu yang memicit memberi rasa lega, tapi Allah Ya Rahman, Ya Rahim menunjukkan kasih sayang Dia pada kita.... Allahuakhbar.... 

sumber IUAH

Dia bagi kita sakit dengan tujuan. Dan kemudian memberi kita sembuh juga dengan tujuan agar kita sentiasa meletakkanNya di hati... 

Adik Belum Sihat
Namun, demam adik Zara berulang lagi. Saya resah juga, risau sebab dia jarang demam, batuk dan selsema lama macam ni... Kalau biasa dia aktif tapi sejak hari Isnin lalu dia banyak diam, tidur awal, kepenatan tak selesa dengan apa yang dialaminya. 

Tengok dia bernafas pun ikut mulut. haishhhh.... ini baharu anak demam kita demam.... bayangkan mereka kat luar sana macam-macam sakit yang dihadapi,,,,, huh.... hebatnya Allah.... untuk kita semua berfikir!

Adik, adik, zikir la Allah Ya Fattah Ya Salam tau... 
Nanti adik cepat sembuh. Bisik saya kat dia!




1 comment:

  1. Ya rabbie...
    Betapa ujian Allah bgi buat akak...
    Bersabar dan bertabah...adik cepat sembuh ya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.